Mengemis Kasih

Lagu nasyid yang sangat senang untuk dinyanyikan. Lembut dan hanya menggunakan satu alat muzik sahaja iaitu Bongo. Memang sesuai sangat sebagai lagu nasyid. Lagu ni sebenarnya banyak menyimpan kenangan sewaktu sekolah agama dulu...sewaktu bersama Shababul Muslimin.

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Lagu: Mengemis Kasih
Nyanyian: The Zikr

4 KOMEN:

Tomato Gurl's Life said...

sedsp ker lagu ni?bagus bagi link leh try testing dengar gak..huhu

seepot seedot said...

sdp tu xla sdp sngt...
tp utk ulik tido bleh la kot.

cari je kt youtube.com...
hehe.

tasha aisha said...

sangat suka nasyid ni!sangat best!

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

iyep...mmg best.