MU 4-0 StokeCity

Manchester United akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan chelsea...
CHELSHIT!!!
Walaupun menang 4-0, namun EPL dah jadi milik diorang...
Cukuplah hanya dua piala sahaja musim ni.

video

video

Jumpa Lagi Season Depan!!!

Demo FinalYearProject

Alhamdulillah...
setelah berhempas-pulas selama beberapa bulan ni...
akhirnya siap juga FYP untuk degree ni...
pening habis kepala lutut nak buat benda alah ni...
tapi kejayaan mengiringi kesabaran, walaupun sukar diperolehi.

Hari ini telah berakhir segalanya apa yang dikatakan sebagai Hari Demo FYP!

Demo telah dibuat walaupun hasilnya taklah sehebat yang dipertontonkan di bawah:
video
Namun, segala usaha dan penat lelah bersama rakan projek amatlah berbaloi.

Final Project Presentation


gambar casing @ hardware terbaru

Final year project masih berjalan setelah sekian lamanya menyepi, kerana kesibukan yang amat sangat dalam proses pembelajaran.
Pagi tadi selamat satu lagi sesi presentation iaitu presentation akhir FYP2.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.
Semua panel memberi kerjasama yang baik dalam mendengar presentation dari aku dan partner,
Ahmad Ghazali bin Mohd Omar.

Kerangka utama project atau disebut hardware telah ditukar saiznya menjadi lebih kecil.
Ini memberikan daya yang sedikit untuk robot mengangkat kakinya dan seterusnya bergerak memanjat dinding.

Program pun telah ada dah sedang diedit untuk memdapatkan hasil yang lebih baik dan bermutu.


Sepanjang presentation tadi, hanya bahagian hardware sahaja yang ditanya oleh para panel,
jadi mudahlah untuk menjawabnya, kerana sebab-musababnya memang logik apabila hardware itu diubah bentuknya.

ni adalah gambar casing yang lama

Sekarang adalah proses akhir dalam menyiapkan project ini.
Demo seterusnya akan menjadi platform terakhir untuk project ini mendapat ganjaran yang setimpalnya.

Moga segalanya baik.
Amin...

MU 3-3 Aston Villa (3-2 Penalty) - Premier League Reserve Cup

Manchester United menggenggam Piala kedua musim ini selepas kejayaan pemain-pemain simpanan MU menewaskan Reserve Team Aston Villa semalam dgn jaringan 3-2 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 3-3.

Walaupun piala ni taklah sehebat EPL atau FA Cup, tapi inilah piala tertinggi dlm pasukan Reserve Inggeris. Semacam Piala Presiden atau Piala Emas Raja-Raja la kalau kat Malaysia.

Manchester United!!!

video
~Highlights~

video
~Penalty Shootout~

video
~Trophy Presentation~

GLORY GLORY MANUNITED!!!

MU 1-0 Sunderland

Manchester United terus menekan Chelsea.
Menang lagi semalam.
Gol jaringan Nani.

video