HARAM sebut SELAMAT HARI KRISMAS!


Penting sangat perkara ni aku rasa...!!! Aku dapat tahu pun dari seorang kenalan. Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Wallahua'lam...

Penyertaan Ahli UMNO sempena Tahun Baru 1430Hijriah


Beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Hijrah baru dalam kalendar ISLAM iaitu 1430 Hijriah.Pelbagai peristiwa menarik berlaku sepanjang tahun 1429 Hijriah yang lalu dimana pengakhiran tragedi di Malaysia berlaku beberapa hari sebelum AIDILADAH iaitu tragedi runtuhan Bukit Antarabangsa yang sehingga kini meragut 5 nyawa.Disamping pelbagai lagi kisah suka duka rakyat Malaysia khususnya, masyarakat dunia juga dikejutkan atau lebih tepat dikatakan sebagai dipertontonkan dengan keberanian seorang wartawan IRAQ yang membaling kasut ke arah Presiden US iaitu George Bush beberapa hari yang lalu dalam satu sidang media.

PAS juga tidak terkecuali dari mengakhiri tahun 1429 Hijriah ini dengan koleksi-koleksi berita gembira selain kemenangan yang dilakar dalam PilihanRaya Umum ke-12 yang lalu yang dianggap sebagai Tsunami politik di Malaysia. Berita penting mengenai kemasukan seorang pemimpin penting UMNO telah diketahui beberapa hari yang lalu tetapi hanya namanya sahaja yang masih tidak diketahui umum. Pada awalnya,pengumuman itu akan dilakukan sekaligus dengan pengumuman calon PAS bagi Pilihanraya Kecil K.Terengganu tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pengumuman itu ditangguhkan.

PAS menerima khabar gembira hari ini 24/12/2008 apabila bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim sah menyertai PAS. Beliau amat dikenali ramai apatah lagi semenjak pendedahan beliau mengenai isu pembelian helikopter Eurocopter akhir-akhir ini. Ternyata,kedatangan bulan ISLAM yang baru ini disambut dengan kehadiran muka baru yang dianggap sebagai watak penting UMNO bagi bahagian Petaling Jaya suatu ketika dahulu. Keyakinan yang telah terhakis di peringkat akar umbi ini menyerlahkan lagi kekeruhan yang telah timbul sejak sekian lama dalam politik kepartian UMNO. Suatu tindakan yang boleh dikatakan sebagai berani dilakukan oleh pemimpin penting UMNO bagi bahagian Petaling Jaya ini amatlah diharapkan oleh PAS kerana memungkinkan pelbagai lagi pendedahan dan penyertaan dari beberapa orang lagi watak penting UMNO yang sekarang ini dirasakan terkial-kial samada hendak menyertai PAKATAN RAKYAT khususnya atau setia kepada agenda UMNO yang jelas merasuahi parti mereka akhir-akhir ini. SYABAS kepada Dato' Abu Zahar Hashim di atas keberanian beliau ini. Suatu pemilihan yang memang tepat dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada perjuangan menegakkan kebenaran di MALAYSIA.

Penyerahan keahliannya diserahkan sendiri oleh beliau kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi (24/12/2008). Turut menghangatkan lagi majlis penuh harmoni itu ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir yang sekaligus memberi sokongan dan galakan kepada penyertaan Dato' Abu Zahar Hashim kedalam PAS.

Di samping itu, Dato' Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama yang difahamkan bahawa pejabat itu adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu,harakahdaily.net melaporkan Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Dato' Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan yang diharapkan menjadi tonik semangat kepada permulaan tahun baru Hijriah yang lebih gemilang kepada perjuangan PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

Terdahulu, Dato' Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis penyerahan borang keahlian PAS tadi, Dato' Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS. Semoga segalanya berjalan dengan lancar terutama dalam menjamin kemenangan PAS dalam PilihanRaya kecil K.Terengganu pada 17hb Januari 2009 nanti yang mana diharapkan menjadi penentu kepada halatuju politik di Malaysia. Pelbagai isu yang dimainkan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini termasuk isu HUDUD PAS yang kembali dijaj oleh UMNO diharapkan tidak menjadi pemusnah kepada harapan dan impian PAS untuk menjatuhkan UMNO-BN di K.Terenggan nanti...Tidak kiralah siapa pun calon PAS di K.Terenggabu nanti tetapi yan penting, hanya PAS sahaja yang layak dipangkah demi memastikan kebenaran tertegak di bumi ALLAH ini!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Manchester United Juara Kelab Dunia


Tanggal 21/12/2008, Manchester United meneruskan rentak cemerlang bagi menutup tirai kejohanan musim 2007/2008 dengan menggenggam ssatu lagi piala terakhir untuk musim 2007/2008 apabila menewaskan Kelab dari Ecuador iaitu LDU Quito dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab-kelab Terbaik Antara Benua atau lebih dikenali sebagai Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2008. Terdahulu, LDU Quito merupakan kelab Amerika Selatan terbaik apabila pernah mengejutkan Fluminense untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan Piala Kelab Terbaik Dunia itu. Piala yang diperoleh itu merupakan Piala ketiga bagi musim gemilang 2007/2008 selepas menggengam trofi Liga Perdana Inggeris dan UEFA Champions League. dan bolehlah juga dianggap sebagai kejayaan treble United pada musim 2007/2008...


Kejohanan itu yang mewakilkan kesemua kelab terbaik dari semua benua menobatkan Manchester United sebagai kelab yang paling baik di bumi ini. antara pasukan lain yang menjadi wakil bagi setiap benua ialah Al-Ahly(Asia), Pachuca(Mexico), LDU Quito(Amerika Selatan), Adelaide United(Australia), Waltakere United(New Zealand), Gamba Osaka(wakil dari Jepun) serta Manchester United mewakili kelab terbaik dari benua Eropah.


Lebih menarik lagi, skuad kendalian Alex Ferguson itu menjadi satu-satunya pasukan British atau pasukan dari EPL pertama yang berjaya memenangi kejohanan yang disertai juara-juara kelab antara benua. Antara kelab lain yang pernah memenangi kejuaraan tersebut adalah AC Milan dari Itali dan dua kelab Brazil, Internacional serta Sao Paulo. Kejayaan itu juga membolehkan Manchester United dianggap sebaris dengan AC Milan, Internacional serta Sao Paulo yang pernah memenangi piala itu.


Pemain kesayangan, Wayne Rooney muncul wira Manchester United selepas membantu juara Eropah itu menjulang Piala Kelab Dunia dengan menewaskan juara Amerika Selatan, Liga de Quito 1-0. Penyerang antarabangsa England itu meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 selepas mendapatkan hantaran cantik daripada Cristiano Ronaldo. Sebelum itu, United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada awal babak kedua selepas pemain pertahanan, Nemanja Vidic dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas penyerang Quito, Claudio Bieler. Beraksi dengan 10 pemain, United cuba bertahan tetapi Ronaldo tetap mampu menyusahkan Cevallos menerusi rembatan jarak jauh sambil sesekali Rooney turut mengancam. Tambahan lagi, Rooney dan Ronaldo turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Apa yang lebih penting, jaringan menarik dari ROONEY itu sudah cukup untuk membolehkan Manchester United terus menambahkan koleksi piala yang diraih setakat ini untuk menjadi kelab Inggeris pertama memenangi kejuaraan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas Liverpool gagal meraih kemenangan pada 2005 apabila mereka ditewaskan pasukan Sao Paulo dari Brazil.

GLORY GLORY MANUTD!!!

Manchester United 5-3 Gamba Osaka


Perlawanan separuh akhir Piala Kelab Dunia antara Manchester United menetang Gamba Osaka semalam bolehlah dikatakan perlawanan yang sedikit mudah bagi Manchester United..lapan gol dihasilkan pada perlawanan itu dimana 5 gol daripadanya milik Man Utd dan 3 lagi berjaya dihasilkan oleh pemain-pemanin Gamba Osaka...Dengan kemenangan itu, Manchester United dijadualkan berdepan pasukan dari Ecuador, Liga de Quito pada perlawanan akhir pada hari Ahad ini 21/12/08...

Penyerang sensasi England, Wayne Rooney meledak dua gol bagi membantu Manchester United mara ke perlawanan akhir selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk Carlos Tevez. Terdahulu, Nemanja Vidic dan Cristiano Ronaldo meletakkan United selesa mendahului 2-0 pada babak pertama melalui dua sepakan sudut yang masing-masing tepat ditanduk oleh kedua-dua pemain itu.

Begitupun, anak buah Alex Ferguson itu tersentak seketika selepas Masato Yamazaki mengurangkan defisit apabila menjaringkan gol pertama Gamba pada minit ke-74. Ferguson kemudian memasukkan Rooney dan jelas ia membuahkan hasil apabila penyerang England itu menjadikan kedudukan 3-1 selepas menyudahkan hantaran Darren Fletcher pada minit ke-75. Fletcher juga meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila menanduk masuk bola hasil hantaran Patrice Evra pada minit ke-78.

Rooney kemudian menjaringkan gol keduanya pada minit ke-79 hasil lorongan cantik daripada Ryan Giggs untuk kedudukan 5-1. Namun Gamba kembali mengejar kedudukan menerusi sepakan penalti Yasuhito Endo dan jaringan lewat Hideo Hashimoto untuk menjadikan kedudukan rasmi 5-3 berpihak kepada United.

Semoga lagu GLORY GLORY MANUTD terus kedengaran di Jepun apabila Manchester United dijadualkan bertemu Liga de Quito pada perlawanan akhir PIALA KELAB DUNIA Ahad ini...
Manchester terus gah di pentas bolasepak dunia!

Buang lagi...Buang Lagi!!!


Kalau akal sudah tidak dapat menguasai diri...maka akan hilanglah pertimbangan akan HALAL dan HARAM...Betul dan Salah..serta BAIK dan Buruknya sesuatu perkara..seterusnya menjerumuskan manusia ke lembah yang hina lagi menyedihkan untuk memberi peluang kepada makhluk ALLAH yang bernama SYAITAN atau JIN untuk menguasai diri...Kita masih lagi segar dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menjelang AIDILADHA beberapa hari yang lalu...kesannya masih lagi terasa terutama kepada penduduk sekitar ibunegara yang masih lagi trauma dengan peristiwa yang menyentuh hati semua masyarakat MALAYSIA itu...tapi ada segelintir manusia yang masih tidak berasa takut akan musibah yang boleh dikatakan sebagai petanda akan hampirnya kita kepada kemusnahan bumi ini iaitu Hari Kiamat...seolah-olah akal sudah tidak mampu lagi menafsir mana yang patut dan mana yang tidak boleh dibuat...

Terkejut rasanya hati ini bila menatap akhbar KOSMO! mengenai kes pembuangan bayi yang masih lagi melanda negara walaupun dah banyak kempen dan pemantauan dibuat oleh kerajaan terhadap perkara ini...Hari ini(15 Disember 08),KOSMO! melaporkan bahawa seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap ibu jari tangan kanannya dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok pada hari kelmarin.

Semasa ditemui pada pukul 10.15 pagi, bayi lelaki itu masih lagi berlumuran darah dan bertali pusat. Kejamnya manusia, sanggup meninggalkan bayi dalam keadaan menghisap jari dan juga diletakkan dalam mangkuk tandas. Ketika ditemui, bayi itu juga sudah kebiruan dan badannya sudah lemah kerana kesejukan.

Selepas dijumpai, bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Changloon untuk rawatan lanjut. Suri rumah itu berkata bahawa bayi itu ditemui apabila dia dimaklumkan oleh seorang anak jirannya yang memberitahu terdengar suara bayi menangis dari dalam tandas di pasar tersebut. Pada awalnya, anak jirannya itu takut untuk pergi melihat lalu dia menggagahkan diri untuk melihat tempat di mana suara itu datang. Sebaik membuka pintu tandas, dia melihat seorang bayi sedang terlentang di dalam mangkuk tandas dengan badan mempunyai kesan darah dan masih bernyawa...NAUZUBILLAH!

Sehingga sekarang,masih ada lagi manusia yang sanggup membuat perkara yang lebih hina dari apa yang dibuat oleh binatang...Binatang lebih sayangkan anak dari manusia menyayangi anaknya jika inilah keadaannya...Apa akan terjadi kepada kehidupan bayi itu seterusnya dan apabila dewasa, cuba kita bayangkan apa perasaannya jika diberitahu yang dirinya ditemui dalam mangkuk tandas oleh seorang surirumah..Pelbagai musibah yang melanda sekarang ini tidak dijadikan panduan oleh kita sehingga ada yang sanggup berbuat perkara yang sedemikian rupa...ALLAH telah memberi pelbagai dugaan kepada manusia agar semuanya insaf dan kembali ke pangkal jalan untuk menemui keredhaan-Nya...

Tahun Baru 2009 bakal menjelang tiba dan di akhir Disember 2008 ini, sudah ada kes pembuangan bayi untuk kita ratapi...Apa akan berlaku pada malam sambutan Tahun Baru nanti yang rata-rata sedia maklum bahawa pelbagai aktiviti serta konsert melalaikan diberi permit untuk dianjurkan oleh kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI???Sedangkan baru menghampiri tahun baru,sudah ada kes seperti ini...Bukan niat untuk meminta agar ada lagi kes seperti ini pada tahun baru nanti, tetapi pengalaman lampau dalam menghadapi sambutan tahun baru memberi mesej yang berguna untuk kita sama-sama bersiap sedia menghadapinya...Eloklah rasanya diadakan majlis tahlil dan disusuli dengan solat hajat serta doa yang seikhlasnya demi kemajuan negara dan keharmonian rakyat MALAYSIA menjelang tibanya detik Tahun Baru 2009 nanti...

Wallhua'lam...!

Mengira Hari...PilihanRaya Kecil Kuala Terengganu



Satu...dua..tiga...LEKUK!!!Sekarang ini,masyarakat MALAYSIA terutamanya penyokong PAS dan terutamanya lagi kepada semua penghuni daerah Kuala Terengganu sedang menghitung hari demi hari untuk menerima kunjung tibanya sebuah lagi perjuangan menegakkan kebenaran dalam perundangan negara MALAYSIA...PilihanRaya Kecil Kuala Terengganu bakal mengambil tempat pada 17hb Januari 2009 seperti mana yang diputuskan oleh SuruhanJaya PilihanRaya Malaysia(SPR)...manakala penamaan calon akan dijalankan pada 6hb Januari 2009..satu pilihanraya yang bakal memacu halatuju kepimpinan daerah Kuala Terengganu untuk tempoh akan datang setelah bakti yang cukup besar disumbangkan oleh bekas Ahli Parlimen terdahulu iaitu Allahyarham Dato’ Razali Ismail...dan juga satu pilihanraya bagi menentukan samada pemerintahan UMNO-BN masih diterima atau sebaliknya oleh masyarakat MALAYSIA umumnya dan masyarakat Kuala Terengganu khasnya....kita tunggu dan lihat sahaja dengan penuh sabar sambil berdoa pada ALLAH agar segala kebenaran akan dibentangkan oleh-Nya YANG MAHA ESA...


Perang yang boleh dianggapkan sebagai perang psikologi sekarang tengah dimainkan oleh UMNO-BN melalui pelbagai media massa milik mereka termasuklah media elektronik mahupun suratkhabar-suratkhabar mereka seperti UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN! TV milik mereka sekarang duk heboh menyiarkan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sedia ada terutamanya yang memerintah di 5 buah negeri Pakatan Rakyat iaitu KEDAH,PENANG,SELANGOR,KELANTAN serta PERAK...ada sahaja berita yang disiarkan terutamanya ketika siaran berita-berita utama pukul 8malam dan lebih perit lagi,berita-berita ringkas pun kadang-kala turut mengambil tempat dalam menyiarkan sedikit berita mengenai kebaikan yang ditonjolkan oleh segerombolan pemimpin UMNO-BN dan kononnya kejelikan yang ditampilkan oleh segelintir kepimpinan Pakatan Rakyat...teringat akan kata-kata seorang rakan semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu..katanya,kalau tengok TV beberapa hari sebelum hari pembuangan undi boleh mengubah logo parti yang akan kita pangkah semasa hari pembuangan undi nanti...tak hairanlah nanti bila tibanya beberapa hari sebelum pengundian dijalankan,macam-macamlah berita atau provokasi yang akan disiarkan melibatkan Kuala Terengganu untuk menarik simpati pengundi terutamanya pengundi 'ATAS PAGAR' yang terkial-kial menentukan calon terbaik dihati masing-masing...DEMOKRASIKAH KITA SELAMA INI???kita sebenarnya sedang didemokrasikan oleh kepimpinan negara yang tak pernah tahu pun akan erti sebenar DEMOKRASI kepada diri mereka!!!


Perang kedua yang sedang mengambil tempat ialah tentang perihal calon yang akan menduduki kerusi pencalonan untuk merebut tempat dalam PilihanRaya Kecil itu nanti seterusnya menjadi Ahli Parlimen untuk Parlimen Kuala Terengganu...Saya suka menyentuh akan perihal calon bagi PAKATAN RAKYAT kerana kesemua calonnya adalah berkaliber dan menepati citarasa sebagai pemimpin...manakala calon untuk UMNO-BN tidak akan saya panjangkan kerana kesemuanya dirasakan tidak membawa apa-apa erti pun untuk perubahan serta kemajuan dalam pemerintahan dan undang-undang AGAMA ISLAM...calon yang sudah dipersetujui secara bersama oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat adalah tentunya datang dari PAS kerana mengambil kira sensitiviti serta mentaliti masyarakat setempat yang menginginkan calon Pakatan Rakyat dari kalangan PAS sendiri yang telah sekian lama bertanding di Parlimen Kuala Terengganu...pelbagai andaian dibuat oleh sesetengah pihak dengan menyatakan calon-calon yang sesuai untuk Pilihanraya itu nanti..dan senarai ‘PANAS’ tersebut termasuklah YB MAT SABU atau lebih dikenali sebagai ABANG MAT,Dr. Syed Azman,Dato’ Wan Mutalib Embing dan juga Dato’ Mustapha Ali..sambil Muryidul AM PAS menginginkan ABANG MAT sebagai calon,masyarakat setempat pula lebih terarah kepada calon dari negeri sendiri,mengikut cakap-cakap yang didengari dari pelbagai kedai kopi di Kuala Terengganu...tak kiralah siapa calon yang bakal menduduki kerusi ‘PANAS’ pencalonan itu kerana yang penting kemenangan berpihak kepada ISLAM...


Semoga segalanya berjalan lancar semasa hari pembuangan undi tanpa menimbulkan suasana atau kekecohan yang melampau yang boleh meragut nyawa serta harta benda mereka yang tidak berdosa... dan semoga kempen yang berterusan terus ditampilkan oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat tanpa mengira penat dan lelah termasuklah dari Tuan Guru Hj Hadi Awang,Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kalau boleh Lim Kit Siang sendiri hendaklah turun ke Kuala Terengganu membantu kempen yang berterusan itu bagi menjamin kemenangan yang diinginkan oleh PAKATAN RAKYAT!!!jangan biarkan kemenangan yang tidak membawa apa-apa erti serta perubahan kepada pemerintahan ISLAM terus bermaharajalela di bumi TERENGGANU!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Pindaan AUKU LULUS

Akhbar KOSMO! melaporkan,Dewan Rakyat semalam(11/12/2008) telah meluluskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2008 bagi menambah baik dan memperluas autonomi universiti.

Berdasarkan pindaan itu, beberapa kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong dan menteri akan dipindahkan kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

Ia juga menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti selain membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

Di samping itu, canselor turut diberi kuasa melucutkan ijazah daripada mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan skandal.

Terdahulu dalam sesi penggulungan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pindaan yang dibuat ke atas AUKU berdasarkan kepada pertimbangan dan prinsip pendidikan yang dirumuskan daripada matlamat pendidikan peringkat tinggi dan bukannya politik. Beliau berkata, pindaan akta itu dilakukan bagi memenuhi matlamat pendidikan untuk mewujudkan persekitaran pendidikan dan persekitaran kurikulum yang terbaik bagi pembinaan insan yang baik dan juga sentiasa berfikir.

Jika benar bagai dikata,bermakna selepas ini semua penuntut di IPTA atau IPTS tidak lagi berasa takut-takut atau gerun untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berasaskan pertubuhan politik termasuklah menganggotai PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS)!!!

sekian...ALLAHUAKBAR!!!

Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa


Masyarakat MALAYSIA dikejutkan lagi oleh kejadian tanah runtuh yang rasanya sudah lama tidak berlaku di negara kita yang tercinta ini. Tragedi menyanyat hati ini berlaku selepas terjadinya mimpi ngeri yang dicatatkan dalam lipatan sejarah negara apabila rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu. Masyarakat MALAYSIA semuanya terkejut dengan berita yang menggemparkan negara ini dikala beberapa hari sahaja lagi ulangtahun peristiwa Highland Towers rebah menyembah bumi kembali mengingatkan kita...dan juga beberapa hari sahaja lagi umat ISLAM akan menyabut Hari Raya Korban.

Apa yang dikesali ialah samada hal ini ada kaitan dengan kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers kembali berulang. Pelbagai andaian dibuat oleh beberapa pihak dimana masing-masing menuding jari kepada semua projek pembangunan yang dijalankan di lereng-lereng bukit sambil kerajaan lantas mengarahkan agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit berkenaan. Apa yang dikhuatiri ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban. Walaubagaimanapun,sebagai umat ISLAM,kita tidak boleh lari dari menerima ketentuan dari YANG MAHA ESA...

Ucapan takziah diucapkan atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat....

ROONALDOOOOO!!!!


Menang lagi...

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo ditabal Pemain Terbaik Eropah 2008 semalam, sekali gus membolehkannya meraih anugerah Bola Emas. Kejayaan Ronaldo menggondol anugerah tersebut menghampakan penyerang muda Barcelona, Lionel Messi yang sekadar berada di tempat kedua. Manakala penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres di tempat ketiga berdasarkan undian yang dilakukan oleh majalah France Football.

"Ini adalah salah satu daripada hari yang terhebat dalam hidup saya. Saya telah mengimpikan untuk memenangi trofi ini sejak kecil lagi,"kata Ronaldo.

Berdasarkan undian yang dibuat di kalangan wartawan-wartawan sukan bola sepak, Ronaldo ternyata unggul apabila meraih 446 mata diikuti Messi (281) dan Torres (179). Jumlah undian yang diperoleh Ronaldo itu hanya dua mata melebihi undian yang diterima perancang AC Milan, Kaka ketika memenangi anugerah yang sama tahun lalu. Ketika itu, Ronaldo sekadar berada di tempat kedua apabila meraih 277 mata, manakala Messi di tempat ketiga dengan 255 mata.


Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya sambil berkata: "Saya berharap untuk memenangi anugerah ini sekali lagi."

Untuk rekod, Ronaldo menjadi pemain keempat United yang memenangi anugerah ini selepas kali pertama diraih George Best pada tahun 1968. Ronaldo menyumbang 42 gol dalam semua pertandingan musim lalu yang turut menyaksikan dia membantu United muncul juara Liga Perdana England serta Liga Juara-Juara.

Terdahulu, Ronaldo telah meraih dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFPro selain menggondol anugerah Kasut Emas Eropah dan Pemain Terbaik Kelab Eropah. Dengan dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah, Ronaldo juga muncul pemain pertama yang beraksi pada kempen Liga Perdana England meraih anugerah tersebut selepas bekas penyerang Liverpool, Michael Owen melaku- kannya pada tahun 2001.


Dia juga muncul pemain ketiga Portugal meraih anugerah itu selepas Eusebio pada tahun 1965 dan Luis Figo (2001)...

Go...Go...Go...ROONALDOOOO!!!!

Harga Minyak Turun Lagi???

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia pimpinan PAKLAH HADHARI kerana mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini (3/12/2008).

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,"kata PAKLAH.

Beliau berkata, harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Ini merupakan kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos. Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November lalu.

Apa pun,ucapan terima kasih yang tak terhingga dari jutaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pimpinan PAKLAH akibat daripada penurunan harga minyak tersebut walaupun penurunan itu dibantu oleh desakan dari beberapa pihak termasuklah dari Pakatan Rakyat sendiri sejak beberapa bulan kebelakangan ini...

Gol ke-100 ROONEY untuk Manchester United


Semalam,perlawanan yang penuh dramatik antara Manchester United dan Manchester City berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni...dengan layangan kad merah yang dikenakan oleh pengadil Howard Webb kepada Cristiano Ronaldo, sedikitpun tidak merencatkan semangat Manutd untuk terus kembali berada di landasan kemenangan. Manchester United menang dengan jaringan 1-0. Perlawanan ini juga dianggap sebagai perlawanan 'derby' kerana menemukan dua musuh setempat atau musuh berjiran...kad merah yang diterima Ronaldo merupakan kad merah ketiga yang diterimanya sepanjang kariernya bersama United...

Kita lupakan seketika mengenai Ronaldo..sebaliknya,ROONEY terus membuktikan bahawa keupayaan selaku penjaring utama Manchester United masih lagi berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila berjaya menjaringkan gol yang ke-100 untuk Manchester United sepanjang dia bermain untuk Manutd...pasti WAYNE ROONEY berasa puas dengan pencapaiannya setakat ini setelah berhempas-pulas dalam beberapa perlawanan yang terdahulu dimana dia gagal menjaringkan gol setelah membantu England dalam kempen kelayakan Piala Dunia yang lalu...

Tahniah untuk WAYNE ROONEY kerana berjaya mambantu ManUtd kembali berada dalam kelompok teratas liga EPL selepas musuh utama iaitu Chelsea tewas kepada Arsenal semalam dengan jaringan 2-1...MANCHESTER UNITED akan kembali menggegar lagi selepas ini!!!

GLORY GLORY MANUTD!!!!

Kematian...

Innalillah...banyak sungguh rasanya kematian yang berlaku pada minggu ini...inilah sebenarnya ketentuan yang dah ditetapkan oleh ALLAH sebelum kita lahir di dunia ini lagi...setiap makhluk yang bernyawa itu pasti akan merasai mati...itulah ketentuan-Nya!



Kematian pertama yang paling menyedihkan ialah perginya seorang yang aku anggap sebagai pemberi semangat kepada setiap anak muda tanpa mengenal rasa jemu...Beliau ialah Dato' Razali Ismail,bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu suatu ketika dahulu atau jawatan sekarang(sebelum meninggal) iaitu Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia...Al-Fatihah buat Allahyarham...Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, dua hari yang lalu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika beliau menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan. Sebelum itu, beliau menutup konvensyen berkenaan dan pagi sebelum meninggal dunia, Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar bagi dunia pendidikan negara. Kepetahan dan semangat beliau semasa berucap amat diikagumi kerana suatu ketika dahulu ketika beliau menjadi Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, aku sempat mendengar ceramah beliau yang begitu bersemangat menaikkan semangat anak-anak muda ketika itu.

Kematian kedua yang sampai di pengetahuan aku ialah mangkatnya,Raja Perempuan Besar Perlis iaitu Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.47 pagi pada 28hb november yang lalu.

Berita kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu diumumkan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu melalui stesen Radio Malaysia Perlis. Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari hari tersebut sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar.Al-Fatihah buat Almarhum...

Berita kematian ketiga yang aku tahu ialah perginya ibu kepada Menteri Besar Terengganu iaitu Dato' Ahmad Said...Al-Fatihah jugak buat Allahyarham...moga semuanya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beroleh keredhaan dari ALLAH..Amin!

AIDILADHA 8 Disember 2008

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah semalam mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Selamat Hari Raya Qurban buat semua umat ISLAM yang menyambutnya...

Manchester United Terus Melangkah Bergaya


Satu perkara yang aku tak lupa dalam minggu ni ialah mengenai keputusan seri yang dianggap sudah cukup memadai bagi Manchester United untuk melangkah dengan penuh keyakinan menuju pusingan kalah mati dalam UEFA Champions League musim ini. Keputusan seri 0-0 itu dicatat dalam perlawanan kedua terakhir dalam Kumpulan E menentang kelab Sepanyol iaitu Villareal malam kelmarin...

Macam biasa lah,ancaman Manchester United sudah tentu datangnya dari pemain sensasi ManUtd iaitu Cristiano Ronaldo..malah pengurus ManUtd,Sir Alex Ferguson percaya kekasaran ke atas Ronaldo adalah antara rancangan pasukan Villareal. Ini kerana,Villareal seolah-olah melakukan kekasaran ke atasnya dengan sistematik iaitu sekejap tackle..dan tak lama selepas tu akan tackle lagi.Ia adalah satu taktik dan sebab itu kadang kala pengadil fikir yang dia sengaja menjatuhkan dirinya, menurut Ferguson.

Apa pun,ManUtd sudah boleh menarik nafas lega dengan kemenangan itu yang menjamin kedudukan dalam pusingan kalah mati nanti...dan perlawanan terakhir nanti akan menentukan nasib ManUtd untuk bertemu samada pasukan dari Kumpulan yang lebih sukar atau tidak..GLORY GLORY MANUTD!!!

Lagi Kes Bunuh Diri...lagi dan lagi!!


-Anggota Bomba & org awam bertungkus-lumus menyelamatkan wanita itu-

Apa dah jadi dengan negeriku,Terengganu ni...lepas satu kes bunuh diri,kini dah menjadi dua...rasanya belum sampai seminggu kejadian bdk yang dikatakan dari Kuantan cuba membunuh diri di Bandar Kuala Terengganu beberapa hari yang lalu kerana marah dengan kekasihnya...pening sungguh memikirkan nasib org2 di Terengganu...mana perginya nilai keimanan kalau hanya setakat nama je Terengganu Darul IMAN???Nauzubillah...Bayangkan,dalam tempoh tak sampai seminggu,dua kejadian membunuh diri dilaporkan di negeri Terengganu...Apakah org2 Terengganu ni semuanya terdesak membuat sesuatu diluar batasan sehingga sanggup menggadaikan maruah dan harga diri sendiri...

Apa yang saya maksudkan ialah tentang tindakan nekad seorang suri rumah yang dikatakan ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 sebuah bangunan yang belum siap di Kuala Berang,Terengganu semalam(23/11/08). Apa yang membingungkan ialah,wanita berkenaan berbuat demikian setelah kecewa dengan suaminya yang dikatakan telah berkahwin lain...macam-macamlah!!!kalau dahulu,kekasih nak bunuh diri sebab ditinggalkan..tapi kini,isteri pulak yang nak bunuh diri selepas menyangka si suami mahu kahwin lain...rosak semuanya org2 di Terengganu...memalukan!!!

Drama TRAGIS ini dikatakan bermula apabila si isteri dikatakan bertengkar dengan si suami di rumah mereka di Ajil sebelum si isteri memecut motosikal ke Bandar Kuala Berang. Si isteri yang merupakan isteri kedua kemudiannya naik ke bangunan yang masih dalam pembinaan dan mengugut untuk menikam 4 pekerja Bangladesh dengan pisau ketika para pekerja Bangladesh tadi menghalang hasrat 'murni' wanita itu!

Pihak polis dan bomba yang menerima maklumat terus bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu. Pada masa yang sama,wanita itu turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau. Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.

Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir. Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.

Kesal sungguh dengan apa yang berlaku itu. Semua orang-orang Terengganu perlu bersiap sedia dari sekarang kerana kejadian membunuh diri sudah semakin menjadi-jadi di Terengganu sekarang...siapa yang nak dipersalahkan sekarang?Kerajaan yang memerintah atau institusi kekeluargaan itu sendiri...Tepuk dada tanyalah IMAN keranan hanya IMAN sahaja yang mampu menghalang perbuatan yang dilaknat oleh ALLAH itu...ALLAH tidak menyuruh umat-Nya mencabut nyawa sendiri kerana ALLAH telah menyediakan Malaikat yang diberi tugas khas mencabut nyawa manusia apabila tiba ajalnya...Wallahua'lam!

Alhamdulillah,kebelakangan ini sambutan ceramah KeADILan, PAS dan DAP kian hangat mendapat sambutan. Maka pimpinan UMNO yang dibantu oleh polis2nya kian gelabah dan mempersulitkan kelulusan permit ceramah. Tindakan tersebut nyata membingungkan rakyat yang seakan-akan semakin melupai insiden-insiden buruk yang pernah berlaku dahulu seperti kes Batu Burok dan Himpunan BERSIH di ibunegara.Rakyat semakin tertipu oleh janji kerajaan yang ingin melaksanakan sistem demokrasi di Malaysia...DEMOKRASIkah MALAYSIA ini???

Saya merujuk kepada insiden yang berlaku pada malam tadi di Dataran MPAJ,Pandan Indah dalam kawasan Parlimen AMPANG iaitu Ceramah Mansuhkan ISA yang tidak mendapat permit atau kelulusan dari pihak polis. Nyata insiden yang berlaku terus mencalarkan imej polis yang mendakwa telah melakukan tugas membantu rakyat dengan menjalankan prinsip-prinsip demokrasi...DEMOKRASIkah cara berkenaan apabila tidak meluluskan perhimpunan aman tersebut yang dah dirancang beberapa hari sebelumnya..Walhal,konsert-konsert hiburan begitu rakus diluluskan atau dengan mudahnya mendapat kelulusan dari pihak polis yang nyata melalaikan dan memberikan maksiat yang maksimum kepada pengunjungnya. Apa agaknya yang bersarang di benak fikiran anggota polis berkenaan? Apa masalahnya kalau perhimpunan itu diluluskan,traffik jam ke...atau menghalang tugas polis yang sentiasa berkawal utk membantu rakyat?

Ceramah tersebut yang asalnya akan diadakan pada jam 9malam, malam kelmarin terpaksa dibatalkan atas arahan pihak polis yang dah siap sedia berkawal di tempat kejadian sebelum ceramah tersebut dimulakan. Sebetulnya,ceramah itu akan dihadiri oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat iaitu DS Anwar Ibrahim,TG Hj HAdi AWang dan Lim Kit Siang serta beberapa jemputan Pakatan Rakyat. Di atas sebab itu, ceramah yang dijangka panas itu terpaksa dibatalkan. Walaubagaimanapun, kehadiran orang kuat BERSIH iaitu YB Mat Sabu (atau Abang Mat di Terengganu) telah mengurangkan sedikit kekecohan daripada menjadi semakin panas. Dalam ucapan selama lebih kurang 3 minit di pentas Dataran MPAJ malam tadi, YB Mat Sabu telah melaungkan semangat ANTI-ISA yang mana sekaligus tidak melunturkan semangat Pakatan Rakyat dalam menghapuskan terus sisa-sisa perjuangan hukum rimba itu walaupun ceramah itu dibatalkan. YB Mat Sabu juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang JAKUN dimana terus menghalalkan hukum rimba itu.

Walaupun dibatalkan, menurut YB Mat Sabu, ceramah atau kempen mansuhkan ISA itu akan tetap diteruskan oleh Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan InsyaALLAH akan diadakan di Kawasan Selayang atau Rawang...Selain itu,agenda GMI untuk menghimpunkan ribuan rakyat demi menjayakan kempen mansuhkan ISA di ibunegara pada MAC depan tetap akan dilaksanakan dengan teratur. InsyaALLAH!

Oleh yang demikian,apa yang dikesalkan ialah sikap polis yang masih terus mengharamkan program-program anjuran Pakatan Rakyat walaupun ianya nyata tidak bertentangan dengan lunas undang-undang negara yang dikatakan DEMOKRASI ini! Insiden semalam mengingatkan saya akan kejadian di Batu Burok, Kuala Terengganu dimana program anjuran Bersih tidak diberikan permit atau kelulusan, dan halangan tersebut dikatakan atas arahan Menteri Besar ketika itu, iaitu Pok Derih!

p/s: Insiden yang aku hadiri malam semalam juga mempertemukan kembali sahabat lama yang rasanya dah hampir 3 tahun lebih tidak bersua muka...hanya sesekali berbalas msg di friendster...tu la dikatakan sebaga takdir...walaupun ceramah tidak dpt diadakan,tetapi ALLAH mempertemukan aku dengan dia...di medan ceramah pun ALLAH boleh mempertemukan kita...dah besar rupanya kau Yusalmie!!!hehe...

Tindakan BODOH muda-mudi Terengganu!


Apa nak dikata lagi jika maruah jadi taruhan bila sesuatu yang diingini tidak kesampaian...Malu besar keluarga apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup berbuat demikian dek kerana alasan yang tidak masuk dek akal fikiran. Hanya kerana seorang kekasih yang saya tidak tahu hujung pangkalnya, seorang gadis sanggup mencuba untuk membunuh diri dengan memanjat sebuah bangunan. Tetapi ternyata ALLAH Maha Kuasa, nasibya masih baik kerana tidak diganggu dengan gangguan emosi yang teruk. Jika tidak, sudah tentu gadis malang itu akan terjun sahaja dari bangunan tersebut dan seterusnya...INNALILLAH!!! Saya merujuk kes dimana seorang gadis cuba untuk membunuh diri selepas kehendaknya tidak dituruti oleh kekasihnya pada petang kelmarin(21/11/2008) di Jalan Tok Lam,Kuala Terengganu. Apalah nasib muda-mudi di negeriku yang tercinta ini...Dimana letaknya keimanan dan akal fikiran kamu yang waras???Hanya kerana hasutan syaitan,kamu sanggup menentang akal fikiran yang waras yang dikurniakan ALLAH. Siapa yang nak dipersalahkan...kerajaan yang memerintah atau apa???Tepuk dada anda tanyalah IMAN!!!

Menurut Harian Metro, gadis malang itu bernama Sha dan bekerja di sebuah salon rambut di Kuala Terengganu, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai Fadhil ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.

Episod malang yang mencalar imej Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter. Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba. Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.

Episod itu turut disaksikan oleh orang ramai yang kebetulan ada disitu dan mungkin juga datang dari jauh semata-mata utk melihat babak sedih dua 'pelakon terhebat' berkenaan! Orang ramai yang memenuhi kawasan hotel itu juga turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun. Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.

Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut. Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang. Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak. Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.

Apa nak jadi kepada muda-mudi di negeri kesayanganku ini...dah jatuh ditimpa tangga..dimana nak letak muka sebagai sebuah Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) ni..malu malu malu...dok sanggup rasanya kalau adegan sebegini berulang lagi...dan yang pasti, keadaan ini pasti akan berulang jika pemerintahan ISLAM tidak dilaksanakan di Terengganu secepat mungkin..hanya ISLAM yang akan merubah segalanya. ALLAHUAKBAR!!!

Wahai muda-mudi seangkatan denganku sekalian, sedarlah akan tanggungjawab anda yang masih lagi jauh dari kehidupan duniawi yang hnya sementara ini..Carilah bekalan untuk dibawa ke akhirat kerana akhirat itu adalah kehidupan yang lebih hakiki. Jangan digadaikan segalanya termasuk maruah dan harga diri dek kerana sesuatu tindakan yang bodoh dan tidak masuk dek akal fikiranmu yang waras..Sedarlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...!!!

Kegagalan UMNO Dalam PilihanRaya Umum ke-12

Walaupun PilihanRaya umum ke-12 yang lalu telah berakhir dengan kemenangan yang amat memberangsangkan daripada Barisan Alternatif, rasanya kepuasan itu masih lagi melekat dalam hati setiap penyokong Barisan Alternatif yang tak jemu-jemu berkempen utk memastikan kemenangan BA dalam PRU ke-12 itu...

Banyak fakta yang mengatakan bahawa kegagalan atau kejatuhan UMNO-BN dalam pilihanraya umum ke-12 lalu adalah disebabkan oleh berleluasanya kempen melalui internet yang disebarkan oleh para penyokong Barisan Alternatif yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat...termasuklah juga blogger-blogger yang banyak membantu ke arah kempen yang berterusan itu..Berikut adalah sedikit sedutan daripada gambar-gambar yang pernah menjadi tatapan umum sebelum pilihanraya umum ke-12 yang lalu...PilihanRaya yang telah menjatuhkan kerajaan UMNO-BN,walaupun jatuhnya belum lagi menyembah bumi...tetapi jatuhnya sudah tidak bermaruah lagi...kita ikuti sedutan gambar-gambar berikut: (klik untuk besarkan)





















-Sumber tranungkite.net-

Apa Rasional Penurunan 10% Kadar Tol???

Beberapa hari yang lepas,rakyat Malaysia sekali lagi digemparkan dengan langkah baik kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat. Saya suka menggunakan perkataan gempar kerana rakyat sekarang sudah tidak mampu lagi menerima keprihatinan kerajaan kepada rakyatnya dan perkataan gempar rasanya amat sesuai digunakan bila kerajaan berbuat sesuatu kepada rakyat. Dalam erti kata lain..BERJASA kepada RAKYAT!

Selepas kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI begitu prihatin dengan nasib rakyat apabila menurunkan harga barangan dan petrol, kini kerajaan bertambah prihatin dengan menurunkan kadar tol sebanyak 10% di lebuhraya utama negara iaitu PLUS dan Elite...baik sungguh kerajaan
Malaysia,bangga rasanya menjadi rakyat Malaysia. Tetapi apa rasional penurunan itu jika hanya berlaku selepas jam 12 tghmalam hingga 7pagi. Bukan tak bersyukur dengan sikap kerajaan tapi macam tak mengurangkan langsung beban rakyat bila masa tersebut diambil kira. Cuba kita renung sejenak,ramai ke manusia yang ada kat atas jalanraya selepas jam 12tgh malam??? Rasanya boleh dibilang dengan jari kaki je sebab memang tak ramai manusia pada waktu berkenaan kecuali 'kutu-kutu malam' yang hanya tidur selepas waktu subuh.

Satu hal lagi,tergelak besar rasanya bila Buletin Utama(TV3) menyiarkan tentang langkah baik kerajaan menurunkan kadar tol berkenaan beberapa hari yang lalu. Pada awal laporan,pembaca berita memberitahu kononnya jumlah kenderaan di lebuhraya utama tersebut sangat banyak pada satu-satu masa malahan melebihi 80,000(betulkan kalau saya salah). Kerajaan yang prihatin sanggup menurunkan kadar tol tersebut untuk mengurangkan beban rakyat. Selepas itu,barulah diberitahu yang pengurangan berkenaan hanya berlaku selepas jam 12tgh malam hingga 7 pagi. Maka punah sudah harapan rakyat yang pada awalnya menyangka yang pengurangan itu bermula dari awal pagi hingga tgh malam ataupun untuk satu hari terus!!!Selepas tu,tinjauan dibuat oleh pihak TV3 dan rata-rata berkata yang tidak ada makna jika penurunan itu berlaku selepas jam 12tgh malam. Ada yang lebih parah mengatakan bahawa jika hal itu berlaku,maka akan ramailah yang akan keluar pada waktu malam utk menikmati penurunan itu. Tak hairanlah nanti jika rakyat Malaysia bersesak-sesak utk balik raya pada waktu malam iaitu selepas jam 12tgh malam.

Memetik kenyataan Ketua Muslimat Selangor dalam harakahdaily, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan memang tidak rasional cadangan kerajaan dengan memberi tempoh tertentu kerana di waktu malam kurang pengguna lebuh raya. Menurut beliau, jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa. Beliau berkata, kerajaan BN memang tidak ikhlas hanya sekadar mahu mengambil hati kerana orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasai nikmat pemotongan tol. Wan Hasrina yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut jika benar-benar prihatin dengan rakyat.

Oleh yang demikian,kerajaan sepatutnya lebih peka dalam situasi ini dan berharap agar ada perubahan yang lebih rasional ke arah mengurangkan lagi beban rakyat!!!

Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA



Sesiapa yang ada kelapangan pada cuti hujung minggu ni,bolehlah menyertai siri ceramah berikut yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). GMI merancang mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Mac tahun depan (Mac 2009) di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA serta membebaskan semua tahanan tanpa syarat.

Sehubungan itu, suatu Majlis Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dataran MPAJ, Pandan Indah
Masa : 9 malam

Pemidato Utama :
1) YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
2) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
3) YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP)

Penceramah :
1) Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS)
2) YB Salahuddin Bin Ayob (Ketua Pemuda PAS Pusat)
3) Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Pengerusi GMI)

Anda dijemput beramai-ramai!

Harga Minyak turun lagi 15 sen

Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang semakin prihatin kepada rakyatnya. Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos. Beliau berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya. Selain itu, Najib juga berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga telah turun.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini. Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

-Sumber: Harakahdaily.net-

Manchester United 5-0 Stoke City


BRILLIANT...FANTASTIC...OUTRAGEOUS...OWESOME!!!

Manchester United ternyata berada dalam kelas yang tersendiri apabila mudah meratah kekebalan pertahanan Stoke City menerusi kemenangan 5-0 malam tadi...Kemenangan itu juga adalah kemenangan terbesar Manutd musim ini...Ayam tambatan Manutd yang ternyata tidak berjaya ditambat oleh pertahanan Stoke City iaitu Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol menarik menerusi sentuhan sepakan percuma yang biasa dilakukannya pada season lepas...manakala 3 gol lagi disumbangkan oleh Michael Carrick, Dimitar Berbatov dan penyerang muda Manutd iaitu Danny Welbeck...Stoke City ternyata tidak mampu melawan asakan Manchester United hingga ke akhir babak permainan apabila sesekali sahaja cuba menyerang kubu pertahanan Manchester United yang dikawal oleh pemain pertahanan muda Manchester iaitu Jonny Evans serta Nemanja Vidic...

Apa pun...game malam tadi aku anggapkan sebagai yang terbaik utk musim ini yang ternyata menghadirkan semula sentuhan berbisa Cristiano Ronaldo walaupun seorang lagi ayam tambatan Manchester iaitu Wayne ROONEY tidak bermain malam tadi akibat kecederaan pada dadanya...Rio Ferdinand juga tidak bermain pada game malam tadi...Perlawanan malam tadi juga adalah untuk mengenang penglibatan Sir Alex Ferguson selama 50 tahun dalam dunia bolasepak ketika bermulanya karier beliau sewaktu usia 16 tahun dengan mewakili Queen's Park pada 1958.

Jutaan penyokong Manchester United di seluruh dunia menyaksikan pasukan terbaik Eropah itu bermain dengan penuh taktikal sambil sesekali dihidangkan dengan kelicikan RONALDO yang sentiasa menjadi senjata rahsia kepada kehebatan Manchester United...

Kekalahan ARSENAL kepada ASTON VILLA menjadi bekalan kepada MANCHESTER UNITED untuk melompat ke tangga ketiga kedudukan liga dan dibezakan dengan hanya 8 mata oleh pasukan teratas liga iaitu LIVERPOOL yang menewaskan BOLTON dengan jaringan 2-0 malam tadi..manakala CHELSEA juga turut menang selesa 3-0 kepada West Brom..tapi perlu diingat,Manchester United masih kurang satu perlawanan lagi dan oleh sebab itu,apa jua boleh berlaku kerana perjalanan EPL masih lagi panjang!!!

Kepada semua penyokong RED DEVILS...sokonglah pasukan anda hingga ke titisan darah yang terakhir!!!

GLORY GLORY MANUTD!!!

Manutd kalah pulak dah...


Malam yang dingin kusangka akan dingin selamanya...tapi jangkaan itu silap...rupanya ribut melanda di tengah kepekatan malam tersebut..tulah rasanya gambaran yang jelas utk kekalahan seterusnya Manutd pd malam td...kalah pulak pd ARSENAL yang dah dari dulu sememangnya menjadi musuh tradisi Manutd...apa pun...salute jugak kepada budak baru Manutd..RAFAEL DA SILVA kerana berjaya menjaringkan satu gol berharga buat Manutd walaupun kalah 2-1...itulah gol pertama RAFAEL dlm EPL sejak menjadi bdk first team Manutd...tahniah kepada beliau..

Tapi bukan itu yang nak diperkatakan sekarang ni...kekalahan Manutd kepada ARSENAL lebih penting..semua tak menjadi malam tadi..ROONEY main mcm lembik...RONALDO ok la sket...defend hancur...midfield kira ok la sebab CARRICK berjaya kawal midfield dengan baik rasanya..semua 2 gol ARSENAL td aku rasa berpunca dari kesilapan defend yang tak main dgn baik....pemain Arsenal dgn mudahnya dapat masuk dalam kawasan Manutd....

Apa pun..semangat MANCHESTER UNITED terus menebal dalam diri ini..masa masih panjang lagi..MANUTD akan bangkit utk game seterusnya...GLORY GLORY MANUTD!!!!!

Liverpool kecundang jua...

Hari ni dah habis dua paper aku FINAL...math3 dgn mechanics of machine...kira boleh jawab la rasanya sbb soalan yang keluar dah dibuat dalam tutorial...harap2 la dpt kedudukan yang baik dlm result,setidak-tidaknya dpt hampir pd 3.0..

Tapi itu semua dah berlalu...soalan dah dijawab cuma tunggu lecturer je nak marking...apa yang penting sekarang...LIVERPOOL dah tewas akhirnya di tangan Tottenham Hotspurs...puas hati rasanya!kemenangan tersebut hadir setelah Spurs kembali mendapat rentak kemenangan hasil pertukaran jurulatih barunya iaitu Harry Redknapp...

Manakala pasukan aku,Manchester United kembali mengejar dari belakang setelah menang menewaskan HullCity dengan 4-3...takhta EPL masih jauh utk dikejar dan semua pasukan masih berpeluang utk mendapat kedudukan teratas termausk ManUtd..!!!GLORY GLORY MANUTD....

KJ dan Botol Arak...!!!

Minggu ni rasanya kembali panas dengan pelbagai isu politik yang melanda tanah air kita...Nampaknya jalan ke Putrajaya semakin terbuka luas untuk Pakatan Rakyat menyusup masuk dan seterusnya memerintah negara..INSYAALLAH!!!

Minggu ni mcm2 kes politik tanah air kita dipertontonkan kepada umum sebagai teladan atau pun sebagai sempadan buat yang mengerti permainan politik MALAYSIA...Tak habis kisah di Parlimen tentang ucapan Najib yang menerangkan pembatalan pembelian helikopter Eurocopter,kisah pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda dari pembunuhan Altantuya yang turut dikaitkan dengan Najib dan juga mengenai hanya satu sahaja bahagian UMNO yang mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru...

Tapi semua tu tak menarik minat aku untuk menulis di blog ni kerana...kerana apa yer...ntah,tak minat rasanya...tapi dalam banyak2 kes minggu ni,aku tertarik dengan satu perkara yang aku baca dari blogger Husin Lempoyang(klik disini)tentang KHAIRY JAMALUDIN yang duduk semeja dengan arak...NAUZUBILLAH!!!entah benar atau tidak gambar tersebut,itu hanya ALLAH yang tahu...sebab aku menulis tentang Khairy ni kerana tak sanggup tengok golongan pemuda seperti aku dipermainkan jika benar itu adalah Khairy yang dimaksudkan...apa akan jadi kepada kehidupan para pemuda jika Khairy dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO sekiranya gambar itu adalah benar??!!!mintak dijauhkan.

ye ke Khairy tu...?


nampak macam dah betul Khairy tu...


botol arak tu...!!!NAUZUBILLAH...

Gambar Khairi Jamaludin yang tersiar di blog Husin Lempoyang tu(klik disini) di sebuah kelab yang popular di kalangan selebriti Malaysia telah menjadi isu hangat tetapi di nafikan oleh penyokong Khary sendiri dengan menyatakan bahawa semua itu adalah strategi sempena pemilihan UMNO tahun depan...Mungkin untuk ambil gambar je bukan minum huhu...mungkin gambar telah diedit mungkin juga gambar ori.Sebenarnya, susah nak cerita pasal politik ni , banyak tersirat dari yang tersurat . Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hamba-Nya hanya berserah kepadanya...Moga kebenaran akan terbukti nanti!!!

Minyak TURUN Lagi...!!!!

Majoriti rakyat Malaysia hari ini bolehlah tersenyum riang rasanya sebab minyak dah turun lagi. Kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI hari ini telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok (1/11/08).

Aku sebagai rakyat Malaysia merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada PAKLAH sebab menurunkan lagi harga minyak...Walaupun penurunan ini masih dirasakan belum memenuhi kehendak rakyat tapi sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung...

Harga petrol RON97 atau dipanggil minyak hijau dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 atau dipanggil minyak merah dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Walaupun aku dah tiada kenderaan, tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakan2 aku yang terpaksa memberi tumpang pd aku setiap kali pergi ke kelas...hehe!

HIDUP PAKLAH HADHARI!!!

Ibu Bayi Mengaku Bersalah


Gambar wanita yang mengaku bersalah membuang bayi lelaki itu.

Rasanya masih segar lagi peristiwa seorang bayi lelaki ditemui oleh sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat subuh pada 11 oktober 2008 lalu..Bayi tersebut ditemui oleh jemaah tersebut di Masjid Terapung,Kuala Terengganu atau dikenali sbg Masjid Tengku Tengah Zaharah dikalangan para pelancong...Menurut sumber yang aku ketahui,jemaah tersebut adalah sekumpulan pelajar dari Unisel yang singgah menunaikan solat subuh disitu...Apa yang nak diceritakan disini bukanlah tentang jemaah yang datang dari Unisel tu walaupun keindahan dan kesucian Masjid Allah itu telah diragut dek kerana peristiwa itu,tetapi tentang ibu mayat bayi berkenaan.

Mayat bayi lelaki yang ditemui 11/10/08 yang lalu.

Semalam (26/10/08), Sabariah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen untuk didakwa kerana melakukan perbuatan tersebut.

"Saya mengaku membuang anak itu di Masjid Terapung."Itulah pengakuan Sabariah, ibu kepada bayi tersebut yang dilafazkan dalam keadaan tenang di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.Sabariah yang berasal dari Kampung Lubok Kawah, Jertih, Besut itu bagaimanapun tidak mengaku membunuh bayi itu sebelum diletakkan di ruang solat perempuan di tersebut.

Apa yang aku kesalkan disini ialah ibu tersebut dengan tenangnya mengaku bersalah mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atasnya...Ini adalah menurut akhbar Kosmo yang aku baca petang kelmarin..Kalau benarlah sebegitu yang dilaporkan,dimanakah nilai perikemanusian seorang ibu yang sanggup berbuat demikian...apa dah jadi dengan perumpamaan yang mengatakan bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu...???Hanya ALLAH sahaja yang tahu hati nurani ibu berkenaan dan kepada-Nya jualah ibu berkenaan diadili dengan sebaik mungkin...dan betapa beruntungnya bayi berkenaan yang dijamin syurga ALLAH ke atasnya...AL-FATIHAH!

Alamak...Malaysia kalah lagi


Malam tadi aku berkesempatan menonton siaran live Bolasepak PestaBola Merdeka kat RTM..kira nasib baik la kali ni sbb ada siaran live dari televisyen Malaysia...bayangkan semasa Chelsea datang ke Malaysia..takde pun siaran live sebegitu...nasib ada,kalau tak mengamuk la penduduk Malaysia yang duk kat pedalaman nun jauh disana..mcm mana diorang nak ke stadium!hehe...

Awalnya,ada yang ajak aku pergi tengok live kat Bukit Jalil tapi entah kenapa,aku rasa mcm malas je...mungkin aku dah tau kot yang Malaysia memang akan kalah...sebenarnya,aku mmg taknak pergi sbb nak tgk Manchester United punya game...Manchetser United vs Everton..biarlah org nak kata apa pun..aku tetap dgn Manchester United aku..Glory Glory Manutd!!!walaupun Manutd seri je dgn Everton tapi sekurang-kurangnya aku tak rugi sbb duit RM10 aku tak habis..kalau pergi tgk Malaysia main,hangus la duit aku tu!kalau menang takpelah jgak..

Aku yakin...akhbar akhbar hari ni memang sedap duk kritik pemain Malaysia yang ternyata bermain sambil lewa...dapat je bola terlucut...dapat je bola terlepas...dapat je bola terjatuh...itulah kot skrip yang mungkin ditulis dlm akhbar-akhbar hari ini (26/10/08)...walaupun pedas,pemain-pemain Malaysia kena terima lah sebab dah kamu yang main sebegitu...siapa yang suruh!lain kali main la betul-betul,lawan Vietnam pun boleh kalah,ni kan plak nak main kat World Cup 2014!

Terdahulu,Malaysia telah memenangi kesemua perlawanan dalam PestaBola Merdeka sebelum tewas ditangan Vietnam melalui penentuan sepakan penalti...Prestasi cemerlang skuad bimbingan B. Sathianathan dalam kempen edisi ke-40 ini gagal diteruskan ke atas Vietnam yang banyak bertahan sepanjang 120 minit permainan.Biarpun banyak menguasai permainan dan mencipta beberapa gerakan berbahaya, namun nasib tidak menyebelahi skuad negara apabila setiap hantaran dan sentuhan penyudah gagal dilakukan dengan sempurna.Vietnam yang mengalahkan Sierra Leone juga menerusi sepakan penalti pada pusingan separuh akhir berjaya menjulang trofi kejohanan tertua di Asia Tenggara itu selepas pemain pertahanan Malaysia, Norhafiz zamani Misbah gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Bagi aku,takde yang lebih memalukan dari sikap pemain sendiri yang aku tgk telah menyebabkan Malaysia kalah dgn Vietnam malam semalam...bukan nak kata aku pandai main bola...tapi bila aku main boleh gak score 2 atau 3 gol!!!hehe...apa yang aku cakap ni ada asasnya sbb aku tgk,pemain-pemain senior Malaysia lebih mementingkan semangat setiakawan yang kadang kala meruntuhkan nilai setiakawan sesama Asia...sikit sikit nak bertumbuk..apa salahnya saling bermaafan sesama kita...lagipun ni kan Bulan Syawal!satu lagi aku rasa sebab utama kekalahan Malaysia adalah kerana sikap mengambil mudah perlawanan malam tadi kerana semua sedia maklum yang Malaysia mudah memenangi perlawanan terdahulu dgn keputusan 4-0 dan 6-0...

Apa yang penting sekarang ialah...main la betul-betu sampai tak kalah lagi mcm malam semalam...!

Happy Birthday ROONEY!!!

Lama rasanya tak sembang pasal bola...minggu ni rupanya dah genap 23 tahun umur si ROONEY tu...tapi dalam usia yang sebegini rupa,dia dah menjadi antara pemain yang dikagumi serta diminati di seluruh pelusuk dunia...siapa kaki bola yang tak kenal WAYNE ROONEY,pemain kesayangan seluruh penduduk England dan dia adalah antara nadi kemenangan setiap kali England menentang pasukan lawan...bak kata pepatah,kalau takde ROONEY England mungkin kalah kot! hehe...

Dalam masa beberapa minggu ni,akhbar akhbar duk sibuk melaporkan tentang kehebatan ROONEY menjaringkan gol untuk kelab dan juga untk negaranya iaitu England...mana tidaknya,bermula dengan gol yang dijaringkan ketika menentang Bolton semasa EPL berterusan sehingga kepada lima perlawanan termasuk ketika kempen Kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Belarus dan Kazakhstan..dia menjaringkan masing masing dua gol ketika menentang Belarus dan Kazahkstan...hebat kan!Pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dengan kemajuan pemain yang dibeli daripada kelab Everton itu.

Ada lima faktor penting yang boleh mengharumkan Rooney musim ini.
Pertama, seperti Berbatov, Ronaldo dan Tevez, Rooney juga tidak kurang dari segi kemahiran.Dari itu, Rooney boleh menjaringkan gol dengan pelbagai gaya, dalam keadaan sukar, dalam ruang yang terbatas dan dalam kedudukan yang tercabar.

Kedua, Rooney, tidak seperti Berbatov, adalah pemain serba boleh. Beliau boleh bergerak di depan, di kanan, di kiri dan rajin membantu rakan-rakan pertahanannya jika keadaan terdesak.

Ketiga, Rooney adalah pemain yang rajin. Mungkin beliau masih muda, sebab itu beliau tidak mengenal erti penat. Setiap kemunculannya dalam kesebelasan utama United adalah satu perjuangan.

Keempat, keyakinan. Rooney semakin dijulang keyakinan dengan kemampuannya. Beliau tahu bakatnya. Keyakinan itu kemudian meningkatkan tahap kematangannya.

Kelima, segala kemajuan yang ditunjukkan sejak kebelakangan ini adalah hasil kerja keras dalam latihan. Kejayaan tidak boleh dibeli tetapi harus diusahakan.

Kini, Rooney bagaikan mula memetik buah ganjarannya dengan menjaringkan lapan gol untuk United dan juga England dalam enam perlawanan.

Tapi sayangnya,perlawanan malam tadi menyaksikan Manchester United seri 1-1 dengan Everton dan menyebabkan peluang menghampiri pasukan teratas seperti Liverpool dan Chelsea semakin tipis. Rooney hanya bermain 70 minit sahaja apabila dia dikeluarkan dan digantikan dengan Nani, seorang lagi pemain harapan United...mungkin dia tak serasi bermain menetang kelab lamanya iaitu Everton...kerap kali juga dia diejek tadi ketika membawa bola sebab penyokong Everton memang tak suka kepadanya kerana berpaling tadah dengan menyertai Manchester United beberapa tahun dahulu...Apa pun,liga masih lagi terlalu awal untuk ditentukan kerana Manutd baru sahaja bermain lapan perlawanan sedangkan pasukan pasukan lain telah bermain sebanyak 9 perlawanan msuim ini...Teruskan usaha Manchester United!

Hadiah Deepavali Umno-BN buat masyarakat India


Dalam keghairahan umat ISLAM menyambut kedatangan bulan Syawal yang penuh keberkatan ini,tak lupa jgak pada masyarakat INDIA yang ditindas oleh kerajaan PAKLAH HADHARI hari ini(24/10/2008)...Aku tahu berita ni pun selepas buka harakahdaily.net yang sentiasa menjadi nadi perjuangan orang PAS menyalurkan sebarang idea atau mendengar sebarang perkembangan semasa yang memang tak ditulis dlm akhbar UMNO seperti Berita Hairan atau UTUSAN MELOYA!...

Entah apa pertimbangan dan percaturan pimpinan Umno-BN tatkala saban tahun mereka melakukan penindasan ke atas masyarakat India.
Tahun lepas kita menyaksikan perobohan Kuil Rimba Jaya menjadi 'hadiah' Deepavali Umno-BN buat masyarakat India, tahun ini, dalam keadaan beberapa hari saja lagi masyarakat India akan menyambut Deepavali, 11 individu ditahan - termasuk seorang anak kecil berusia 6 tahun - di saat mereka mahu menyerahkan memorandum secara aman di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Hari ini Mahkamah Majistret Kajang menetapkan supaya 10 daripada mereka direman selama 3 hari sebermula hari ini. Sekali gus keputusan mahkamah ini menafikan hak mereka untuk merayakan Deepavali sebagaimana masyarakat India lainnya.

Dato Seri Anwar Ibrahim berasa kesal dengan tindakan dangkal yang diambil oleh penguasa untuk menahan kumpulan 11 individu semalam. Hujahnya masih samar dan tidak jelas. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan justifikasi dari konteks perundangan dan hak asasi, bukan mengambil tindakan cacamarba yang hanya memburukkan keadaan.

Kenyataan terdahulu Menteri Dalam Negeri bahawa Hindraf diharamkan atas alasan penganjuran demonstrasi yang menganjurkan keganasan adalah tidak munasabah.
Waima ada pelanggaran undang-undang sekalipun, wajar bagi beliau membuktikan setiap butir katanya dengan fakta dan pembuktian jelas, bukan mengadu domba tanpa hala!

Dato Seri Anwar Ibrahim juga menyeru agar Kementerian Dalam Negeri khususnya Menteri yang berkenaan tidak bersikap selektif terhadap berpuluh lagi gabungan dan pertubuhan yang acapkali berselindung di sebalik sentimen perkauman sempit, sekiranya mereka mahu membuktikan mereka adil di mata rakyat.
Kita tidak boleh terus berkompromi dengan slogan anti-keganasan dan anti-sentimen perkauman untuk terus menghalalkan kezaliman!!!...ALLAHUAKBAR!

-Sumber: harakahdaily.net-

Dulu PAKLAH naikkan harga minyak

Ini adalah luahan hati seorang pejuang UMNO-BN yang masih berpegang kepada prinsip 'Hidup Melayu'nya walaupun UMNO-BN semakin terumbang-ambing sekarang..Cerpen 'sedih' ini sebetulnya dah dia tulis semasa hari pertama PAKLAH menaikkan harga minyak sesuka hati dia dulu...tapi dia lupa sket..hehe!!kerana teramatlah sedih, dia postkan jugak utk tatapan semua...sedih ni...

Pertama,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pak lah kerana menaikkan harga minyak..selepas ini apabile harge minyak naik.. harge barang yg lain akan naik..
saya akan mengubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg bermata merah dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete… sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi… setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)

saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn…
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..
akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup BN…hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negara
sekian terima kasih.