Parti Komunis Malaya


Anda kenal lelaki di atas?Itulah pemimpin penting Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Beberapa hari kebelakangan ni, Malaysia sibuk dengan isu Parti komunis Malaya atau PKM. Apa sebenarnya parti ni, adakah ianya sebuah parti yang sentiasa melambangkan keganasan.

Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, ini kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap waris mereka yang terkorban semasa darurat dahulu.

Aku pun tak tahu sebenarnya realiti sebenar PKM kerana persoalan-persoalan itu pasti terjawab jika kita menyelami hati dan perasaan mengenai kisah kehidupan sebenar semasa zaman tersebut. Pendek kata, kalau kita tak ada pada masa itu, jangan buat memandai je duk buat cerita tentang kehidupan zaman tersebut.

Apa yang aku dan rakyat Malaysia sekarang ini faham tentang PKM ialah, PKM ialah sebuah parti atas pertubuhan komunis yang kejam dan menindas rakyat Malaya suatu masa dahulu. Itu yang aku faham la. Tapi seperti yang aku katakan tadi, kita tak tahu realiti sebenar kehidupan zaman tersebut. Yang kita tahu, hanyalah dari buku-buku sejarah yang dipelajari dari sekolah dahulu.

Senang cerita la, kalau nak tahu cerita tentang PKM ni, baca blog ni http://matamin.blogspot.com/ yang menceritakan segala yang anda ingin tahu tentang apa itu PKM. Aku bukannya nak suruh percaya, tapi bacalah sebab pembacaan itu suatu ilmu. Anda akan tertanya-tanya selepas membaca blog ini dan anda mungkin akan tertanya-tanya lagi tentang perjuangan sebenar PKM.

Bagi aku, selepas membaca blog ni, aku tertanya-tanya, adakah PKM ini suatu pertubuhan yang HALAL pada realitinya dan diHARAMkan oleh UMNO? Semua persoalan ini pasti terungkai jika Pakatan Pembangkang berkuasa kelak.

Wassalam...

NIKE HARAM ke?

NIKE haram ke??? Aku pun ada gak pakaian NIKE ni. Menurut seseorang, NIKE ni adalah nama tuhan Greek iaitu Tuhan Perempuan.




Kalau tak percaya anda boleh baca disini.

MANCHESTER UNITED vs BARCELONA

RONALDO vs MESSI


Pagi esok, masyarakat dunia akan dihidangkan dengan persembahan dari dua orang pemain terkemukan dunia ketika ini dan selayaknya dipanggil pemain paling berkualiti pada masa ini. RONALDO akan mengetuai jentera serangan Manchester United manakala MESSI pula akan mengepalai skuad BARCELONA. Tak sabar rasanya!

MESSI: Jika kamu beri Ronaldo ruang, dia akan mengambil kesempatan itu dengan baik.
RONALDO: Sudah tentu Messi sangat berbahaya dengan pergerakannya yang cukup pantas.

SUSAN BOYLE GEGAR lagi

Ingatkan anda bakat luar biasa yang pernah aku ceritakan dahulu. Memang ajaib sangat bakat anugerah Ilahi yang diberi kepadanya. Pemilik nama ini iaitu SUSAN BOYLE yang bersuara merdu tampil dengan imej mengejutkan sekali gus mendapat undian daripada penonton untuk memasuki pertandingan akhir, Britain's Got Talent.

Susan yang berusia 47 tahun dan masih dara itu dipilih memasuki pertandingan akhir selepas menyanyikan lagu Memory. Dia berjaya memukau orang ramai dengan suara merdunya dan menjadi peserta terbaik daripada lapan peserta lain. Dia akan bertanding di peringkat akhir pada Sabtu depan. Penonton-penonton di studio memberikan tepukan penghormatan selepas dia membuat persembahan. Susan turut menjadi pilihan hakim Simon Cowell, Piers Morgan dan Amanda Holden. Menerusi senyuman yang menarik, Susan menari dengan penuh gembira.

p/s: Itulah sebenarnya bakat anugerah Ilahi kepada hamba-Nya...

HARAM ke Coklat ni?

Betul atau tidak ni??
Aku memang suka sangat makan coklat ni tapi sebenarnya ada unsur BABI! AWAS jika anda pun suka makan coklat ni.

Coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam. Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

Berikut ialah kod babi yang digunakan dalam beberapa produk di dalam makanan. Anda boleh donlod disini -http://www.ziddu.com/download/4911430/Kod_babi.pdf.html

SUMBER: isuhangat.blogspot.com



MANCHESTER UNITED Juara EPL lagi



Manchester United membuktikan sekali lagi kepada dunia bahawa tak ada siapa dapat menghalang usaha berterusan untuk bergelar juara EPL buat kali ke-18, menyamai rekod yang dipegang LiverFOOL yang bermatian-matian kononnya ingin mengejar kedudukan ManUtd di persada liga suatu masa dahulu. Walaupun bermula hambar di awal musim, ternyata hasil didikan yang tidak pernah mengenal lelah oleh Sir Alex Ferguson membuahkan kejayaan yang diimpikan sejak awal musim lagi.


Manchester United berjaya menggenggam trofi EPL selepas seri dengan musuh utama dalam EPL iaitu Arsenal. Manchester United berjaya mencipta satu lagi sejarah kelab yang amat berharga!


Keputusan seri yang dihasilkan tadi amat penting kerana selepas ini ManUtd perlu memikirkan macam mana untuk mendapatkan kejayaan seterusnya iaitu menggenggam pula trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut selepas berjaya digenggam musim lalu. Perlawanan selepas ini adalah pertemuan dengan Hull City yang sekadar pelengkap jadual kerana trofi EPL sudah berjaya digenggam sepenuhnya di genggaman MANCHESTER UNITED!


Rasanya Sir Alex Ferguson sudah boleh berkira-kira untuk menurunkan barisan kedua bagi menghadapi perlawanan menentang Hull City kerana selepas itu, ManUtd akan menentang Barcelona di FINAL Liga Juara-Juara Eropah. Barcelona juga merupakan juara liga sepanyol utk musim ini. Tiada lagi kelab Eropah yang berjaya mempertahankan kejayaan sebagai Juara Liga Juara-Juara Eropah buat dua musim berturut-turut. Apakah ManChester United mampu lakukan? Kita tunggu jawapannya 28hb Mei ini!


GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!

Lagi Buang BAYI

SEDIH, PILU, NGERI!!!

Macam biasa la, dah lama kita tak dengar kes buang bayi kan. Hari ini, sarapan pagi aku dihidangkan dengan berita seorang bayi telah dibunuh dan dibuang ke dalam tong sampah di ibunegara kebanggaan Malaysia, Kuala Lumpur. Bayangkan, mayat bayi itu dibuang dalam tong sampah hijau milik DBKL. Nauzubillah...


Tapi macam biasalah, berita sebegitu diletakkan di akhir berita pagi, kerana masyarakat dah lali atau dah biasa dengan kes seumpama itu. Kalau letak kat muka depan berita pun, sama sahaja, takde apa yang berubah.


Bila lagi wahai kerajaan UMNO, laksanakan sahaja hukum HUDUD dan QiSAS yang telah diajarkan oleh ALLAH. Sampai bila pun masalah ini takkan selesai selagi hukum ALLAH dipersendakan oleh kita sebagai manusia. Inilah petanda ALLAH menyuruh kamu wahai UMNO untuk memartabatkan hukum-Nya!


Wahai UMNO, jangan duk asyik sibuk dengan masalah rakyat sampai maruah bangsa dan anak muda tergadai. Tapi siapalah aku, nak kata lebih-lebih kepada pemimpin UMNO yang bangang tu! Aku yakin, berita semacam ini dipandang sepi sahaja oleh kerajaan UMNO kerana bagi mereka, itu kan masalah rakyat, kita akan bincang dalam mesyuarat kabinet selepas ini. Itulah jawapan mudah bagi pemimpin UMNO. Dulu, Kini dan diharapkan janganlah untuk selamanya!


Sampai bila lagi kita harus terbelenggu dengan permasalahan muda-mudi sekarang. Sedih rasanya melihat anak muda sekarang hanyut, tanpa diajar dengan hukum hakam ISLAM yang betul....Nak diharapkan kepada UMNO, ‘indah khabar dari rupa’. Cakap tak serupa bikin!


Sumber: Berita Pagi TV3, 17 Mei 2009.

Terima Kaseh CIKGU

Salam Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru di mana sahaja anda berada. Sesungguhnya jasa seorang guru tak akan ternilai dengan wang ringgit!

SELAMAT HARI GURU!

Pening! tapi ManUtd menang lagi

Dalam kepeningan menghadapi FINAL dan Projek yang tak berkesudahan, nasib baik Manchester United menang game semalam. Ryan Giggs dan Park Ji Sung menjadi watak penting atas kemenangan semalam kerana masing-masing menjaringkan satu gol untuk ManUtd selesa di puncak liga dengan kelebihan 6 mata.


ManChester United 2-0 Middlesbrough