MU 2-1 Arsenal


MU berjaya meranapkan impian Arsenal utk menang malam tadi dengan kemenangan 2-1. terima kaseh kepada jaringan dari Wayne Rooney dan bantuan dari gol yang ditolongjaringkan oleh pemain Arsenal, Abou Diaby. ternyata Mu berada pada kelas tersendiri dengan ketiadaan Ronaldo, MU masih mampu bermain 'teamwork' seperti biasa. tak ade ape pun si Ronaldo tu meninggalkan MU.

bahang kemenangan memang tak terlihat dari awal permainan kerana Arsengal lebih dahulu mendahului hasil jaringan Arshavin. namun MU tak mudah menyerah, lebih2 lagi bermain di tmpt sendiri, apabila Rooney berjaya menyempurnakan penalti selepas dijatuhkan oleh Almunia aluminium!

gol kemenangan MU disumbat sendiri oleh pemain Arsengal iaitu Abou Diaby, mungkin kerana kepeningan+keletihan+ntah la!
video
gol pertama Arsenal..Arshavin!~boleh tahan la gol ni,kalau VanDerSar mkin boleh save bola ni~

video
gol Rooney selepas dikasari oleh Aluminium! ~Rooney sekarang dh pndai ambek penalti...tak mcm dulu lagi~

video
gol kemenangan MU ditolong jaringkan oleh Diaby!

video
Full Highlights+Arsene Wenger punya drama...(must see)

video
Alex Ferguson kata...MU sepatutnya dapat 4-5 gol pd second half!!!

p/s: tak sia-sia aku pergi Hartamas!

punca H1N1


Kalau anda nak tahu, makhluk Allah nilah sebenarnya punca H1N1.
Tapi yang pelik, jarang kita dengar orang Cina yang mati akibat H1N1 ni...
KENAPA tu??

MU 5-0 Wigan Athletic

MU dah bangkit dari tido. inilah yang berlaku jika Manchester United mula menunjukkan kehebatan sebenar. hasilnya kemenangan 5-0 berjaya dihasilkan malam tadi dengan Rooney menjaringkan 2 gol dan masing2 satu gol dari Berbatov, Owen dan Nani. MU masih berbisa dengan kesemua penyerang yang dimasukkan menjaringkan gol.

kalau diberikan ruang, inilah sebenarnya yang akan dilakukan oleh MU sehingga 5 gol berjaya dihasilkan!

video
1st ROONEY
video
2nd BERBATOV
video
3rd ROONEY again
video
4th OWEN got his first Manchester United goal
video
5th NANI like 'ROONALDOOO'

MU 0-1 BURNLEY

video
gol pertama dan juga pemusnah perjuangan MU semalam....

Mu dah mencipta satu kekalahan memalukan mlm tadi dengan kekalahan 1-0 kepada kelab bawahan iaitu Burnley. Ia merupakan kekalahan memalukan pertama musim ini dengan hampir kesemua pemain bintang diturunkan kecuali pemain baru iaitu Obertan.

video
ni pula sepakan penalti yg gagal disumbat oleh Carrick!!!

Manchester United patut membeli beberapa pemain baru terutama pemain bintang bagi memecahkan kebuntuan gol yang dihadapi semalam.

Apalah naseb MU selepas ni???

Pakaian 2H - Halal tapi HARAM!

Inilah artikel yang msti dibaca oleh semua orang yang mengakui ISLAM. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai fesyen terbaru 'ala-ISLAM' kononnya yang begitu laris di pasaran Malaysia.

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.
Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Pakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram' memang mnjadi kegilaan remaja perempuan sekarang. Kalau anda tanya pada saya, saya berasa malu berjalan dgn perempuan yang sebegitu kerana setiap org akan memandang kita berjalan dan seterusnya menimbulkan fitnah yang merosakkan akhlak.

Jika diperhatikan, ramai di kalangan perempuan yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.



Suatu ketika dahulu, pakaian sebegini begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan. Sehinggakan para ibubapa seolah-olah bangga melihat anak-anak mereka berpakaian sebegini.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

p/s: sumber dari isuhangat.blogspot.com

UMNO juga tahu DEMO!


Agaknya, inilah cara puak2 UMNO mengadakan demonstrasi jalanan. Tak seperti demo Anti-ISA yang aku hadiri 2 minggu yang lalu, demonstrasi ini kelihatan aman sekali tanpa gangguan askar upahan UMNO iaitu FRU. bagus kan??

Inilah perhimpunan menyokong kenyataan TPM iaitu Dato' Muhyiddin Yasin bhw Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa di hadapan bangunan UMNO Perak. Ia dihadiri lebih 500 orang...(kira bnyk la tu kan?)

Perhimpunan yang aman damai dgn iringan angin sepoi-sepoi bahasa ini menunjukkan bhw UMNO adalah HERO dlm membuat demonstrasi aman tanpa gangguan FRU. Maklumlah, demo dibuat di pejabat sendiri bukannya mcm demo Anti-ISA yang menyebabkan kerugian besar berjuta-juta ringgit!

MU 1-0 Birmingham City

Manchester United menang 1-0 ke atas Birmingham City. Gol disumbangkan oleh ROONEY. Semua 'The Big Four" sudah memulakan aksi dlm EPL ni dgn hanya LiverFOOL sahaja yang tewas kepada Spurs dgn 2-1. ChelSHIT mng ke atas Hull City dgn 2-1 manakala Arsengal mnwaskan Everton 6-1(naseb je tu)...
video
Gol ROONEY...ini bukan naseb tp naseb baek!

Politik semasa

Dah lama rasanya tak menulis entry mengenai POLITIK selepas menghadiri tragedi hitam demo ISA di Kuala Lumpur bebaru ini.

Kenyataan terbaru Dato Seri Anwar Ibrahim berikut dirasakan boleh menimbulkan keraguaan tentang aspirasi MALAYSIA sebagai satu malaysia seperti yang diperdebatkan oleh Dato Najib.

Berikut adalah petikan yang diambil dari harakahdaily.net yang melaporkan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim-

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.

Beliau menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau-lampau.

Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?" soal Anwar.

Sebaliknya Anwar menegaskan Umno dan BNlah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.

"Orang Melayu diperbodohkan kerana Umno hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.

Beliau juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.

"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,"soal Anwar lagi.

Kalau ade yang baca, tanyalah diri sendiri kenapa kerajaan masih berdiam diri sedangkan Anwar begitu berani mengeluarkan kenyataan ini, Kalau betul Anwar bersalah, buktikan di mahkamah dunia ini sebelum mahkamah akhirat menentukan segalanya!

Ustaz ASRI RABBANI

Innalillah...

Berita yang amat mengejutkan aku terima sebentar tadi tentang kematian Ustaz Asri atau lebih dikenali sebagai Asri RABBANI. Vokalis utama kumpulan Rabbani itu meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar kepada dunia nasyid Malaysia yang sekarang ini kelihatan semakin suram kerana kemunculan muzik generasi baru.

Teringat lagi kenangan semasa di bangku sekolah dahulu. Lagu-lagu Rabbani seperti INTIFADA, PERGI TAK KEMBALI dan INSAN menjadi lagu favourite utk dibuat selingan semasa mengadakan latihan nasyid sekolah. Walaupun tidak digunakan sebagai lagu wajib semasa membuat persembahan, tapi lagu2nya begitu berkesan dihati setiap pendengar atau penggemar alunan nasyid.

Selepas ini, kita tidak akan mendengar lagi alunan merdu dari Ustaz Asri yang dikurniakan oleh ALLAH suara yang lunak merdu bak puluh perindu.

Al-Fatihah...moga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman.

MU 2-2 CHELSEA (kalah penalti 4-1)

Manchester United tewas kepada CHELSEA dalam perlawanan Perisai Keamanan semalam.
video
superb goal by nani

video
ricardo carvalho menyamakan kdudukan

video
gol kontroversi dari Lampard...pengadil tengah pening masa ni.

video
goal penyamaan dari ROONEY pd minit 92...tapi MU tetap kalah melalui sepakan penalti.

Fantasy Football


Jemputan sahaja.

aku ade buat liga kat www.fantasy.premierleague.com...

kalau minat EPL, boleh join aku dan member yg laen kat website tu.

caranya mudah sahaja, buat team sendiri dan join liga yang aku buat. liga akan bermula pada 15 hb ogos ni. kalau nak join, sila buat sblm tarikh tersebut.

kod utk join liga tu ialah 760918-159524 .

wassalam...