ManChEsTeR UniTeD

Apa yang ada pada ManUtd sampai saya sangat minat kepadanya? Selain daripada pasukan yang terkaya di dunia, sebab2 lain tersenarai seperti berikut:
  1. Sebab pemain kesayangan saya berada di sana, Wayne ROONEY! Kalau la satu hari nanti ROONEY berpindah ke pasukan lain contohnya Selangor, saya pasti akan minat pasukan Selangor.
  2. Sebab namanya sahaja sudah cukup untuk membuatkan saya meminatinya. Kalaulah ditukar kepada nama lain seperti ManStar United, tak ke lain bunyinya!
  3. Sebab saya suka warna merah iaitu warna rasmi pasukan Manchester United. Kalau ManUtd tukar warna pasukan, mungkin saya akan berkira-kira untuk menukar pasukan lain.
  4. Sebab mutu permainan ManUtd memang mempunyai kelas yang tersendiri. Apa yang saya maksudkan? Itu kena tanya peminat fanatik ManUtd sendiri sebab hanya diorang sahaja yang tahu mutu permainan ManUtd. Jika kena gaya permainan, ManUtd pasti akan belasah cukup-cukup pasukan yang ditentang seperti yang dilakukan ke atas AS Roma beberapa tahun dahulu! 7-1 kena…
  5. Sebab pengurusan ManUtd antara yang terbaik dalam pengurusan pasukan di seluruh dunia. Tak hairanlah jika mana-mana pasukan lain dari negara lain khususnya sentiasa berkunjung ke OLD TRAFFORD untuk membuat tinjauan atau kaji selidik mengenai kekuatan pengurusan pasukan MANCHESTER UNITED. TV3 juga pernah membuat pertandingan untuk sesiapa yang ingin merealisasikan impian untuk pergi ke OLD TRAFFORD suatu masa dulu, tapi sayangnya saya tak menang!
  6. Sebab ManUtd berjaya melahirkan ramai pemain yang berbakat dan menjadi sandaran utama untuk negara yang mereka wakili seperti David Beckham(England), Ryan Giggs(Wales), Nemanja Vidic(Serbia) ,Patrice Evra(Perancis), Berbatov(Bulgaria), Van Der Sar(Belanda) dan tentunya CRISTIANO RONALDO(Portugal).
  7. Sebab adanya Sir Alex Ferguson, individu yang amat berani dan menjadi orang penting dalam pembentukan skuad ManChester United sehingga hari. Contoh keberanian paling ketara ialah apabila beliau menjual David Beckham ke Real Madrid yang dikatakan sebagai punca kemerosotan permainan ManUtd sedikit masa dahulu. Tetapi suasana berubah apabila beliau berjaya mendapatkan CRISTIANO RONALDO dari Sporting Lisbon. Pengganti paling tepat untuk Ferguson ialah ERIC CANTONA!
  8. Sebab banyak sejarah dicipta oleh Manchester United sebagai Legenda bolasepak Inggeris sehingga tak terbilang oleh jari tangan atau kaki dan terbaru sekali ialah memenangi trofi EPL sebanyak 18 kali yang sekaligus menyamai rekod LiverFOOL. Tahniah ManUtd!
  9. Sebab selain bermain bola, Manchester United juga peka terhadap permasalahan dunia seperti kebuluran, kemiskinan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, ManUtd menjadi salah sebuah pasukan yang diberi pengiktirafan khas oleh UNICEF sebagai duta kemanusiaan di seluruh dunia. Sebab itulah kita lihat, bila musim EPL berakhir, ManUtd akan membuat lawatan atau perlawanan amal dengan beberapa pasukan bukan ternama termasuk Malaysia bebaru ni.
  10. Sebab terakhir iaitu sebab kesepuluh ialah kerana Wayne ROONEY memakai jersi nombor 10!
Apa yang pasti, Manchester United tetap dihati…Ikuti perkembangan pasukan MU dan bolasepak kegemaran saya disini.

Manchester United Songs - http://rapidshare.com/users/4ZW5ER
 

Manchester United Season Review:
Manchester United Season Review 1992-93 – http://rapidshare.com/users/FEUDR2
Manchester United Season Review 1993-94 – http://rapidshare.com/users/3U3616
Manchester United Season Review 1994-95 – http://rapidshare.com/users/YPYOQ9
Manchester United Season Review 1995-96 – http://rapidshare.com/users/QPG2YS
Manchester United Season Review 1996-97 – http://rapidshare.com/users/NA6V4E
Manchester United Season Review 1997-98 – http://rapidshare.com/users/1Q6S8F
Manchester United Season Review 1998-99 – http://rapidshare.com/users/5JNUK7
Manchester United Season Review 1999-00 – http://rapidshare.com/users/3RXV14
Manchester United Season Review 2000-01 – http://rapidshare.com/users/7PT7VA
Manchester United Season Review 2001-02 – http://rapidshare.com/users/QMI02L
Manchester United Season Review 2002-03 – http://rapidshare.com/users/1GBDSB
Manchester United Season Review 2003-04 – http://rapidshare.com/users/MOFZRE
Manchester United Season Review 2004-05 – http://rapidshare.com/users/6Q72HN
Manchester United Season Review 2005-06 – http://rapidshare.com/users/SJOYDL
Manchester United Season Review 2006-07 – http://rapidshare.com/users/A2K3GV
Manchester United Season Review 2007-08 – http://rapidshare.com/users/NIUKCZ
Manchester United Season Review 2008-09 – http://rapidshare.com/users/K8S3UJ
Manchester United Season Review 2009-2010 – http://rapidshare.com/users/WVI3I1