Showing posts with label Diari Ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan 2010. Show all posts

Bye Bye Ramadhan...Happy Eidulfitri!

Selamat Tinggal Ramadhan...
Happy Eidulfitri buat semua...

Ramadhan yang pergi sebenarnya meninggalkan banyak kenangan tahun ni...
Kenangan berpuasa... juga kenangan beribadah kepadaNya...
Terasa seolah-olah belum sempurna ibadah untuk bulan Ramadhan yang dah berlalu ni...

Apa tidaknya, percubaan untuk mengkhatam Quran tidak juga berjaya...
Ni adalah kali kedua percubaan ni GAGAL...
Dulu sibuk dengan bermacam-macam projek...
Kali ni, entah apalah yang aku sibukkan sangat...
Aku hanya mampu baca sampai Surah Al-Hujurat sahaja!
Itupun setelah berhempas-pulas membacanya....isk isk isk.

Rasanya...inilah KEGAGALAN paling dikesali di bulan Ramadhan lalu...
Harap cubaan kali ketiga nanti membuahkan hasil,
untuk mengKHATAM Al-Quran di bulan Ramadhan akan datang.

Balik Kampung

Alhamdulillah...
Sedar tak sedar rupanya esok atau lusa akan raya...
Ramadhan pun dah makin menjengah ke penghujungnya...
Harap-harap tahun hadapan masih lagi dipertemukan dengan Ramadhan...

Aku sebenarnya bimbang sangat ni...
Kalau hari ni anak bulan kelihatan, sah esok raya...
Tapi kalau tak kelihatan, lusa akan raya...
Harap-haraplah jangan raya lagi esok....
Kalau esok raya, beraya atas Highway la nampaknya aku.
Namun kalau raya esok pun, tak mengapalah...
Tak ada maknanya pun, sama sahaja.

Rupa-rupanya, aku tak keseorangan pulang esok pagi...
Nasib baik ade sorang kawan kebetulan juga balik esok pagi...
Kawan yang sudah lama aku tak jumpa...
Siapa tahu, inilah jodoh pertemuan yang Allah tentukan...
Rupa-rupanya kami bertemu pada hari pulang ke kampung.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!

Beraya di Pahang

Akhirnya, keputusan dah ku buat tadi. Aku akan beraya di Pahang iaitu umah kakak aku, bukan sepertimana selalu aku beraya di Terengganu. InsyaAllah pagi khamis ni aku bertolak pulang iaitu sehari sblm raya. Baru la feeling sikit.

Memang susah nk buat keputusan ni, mencabar sungguh. Mulanya aku pikir akan cakap2 org jika aku tak balik beraya di kampung. Tapi orang bukan tahu keperitan beraya di kampung, di rumah lama tinggalan arwah ibuayah sambil menonton gelagat kakak-kakak yang bergaduh sesama sendiri. Tapi setelah difikir masak-masak, kekurangan dan kelebihan antara beraya di Trg atau Pahang adalah lebih kurang sahaja. Aku dah tak mahu lagi beraya sorang2 kat umah di Terengganu. Aku nak jumpa kakak sulung yang sebenarnya sangat kurang rapat denganku, seolah-olah aku rasa kakak sulungku ini tiada dalam ingatan aku. Jadi raya tahun ni aku nak kenal betul2 kakak sulung aku ni, anak2nya iaitu anak2 saudara aku dan juga cucu2 saudara aku iaitu anak kepada anak2 saudara aku tadi. Serius aku tak pernah kenal kesemua cucu saudara aku yang ada 6org kesemuanya tu. Aku pun belum kahwin lagi.

Kadang2 aku pikir lagi,betol ke tindakan aku beraya di Pahang ni. Sekali rasa ok je tapi bila pikir balik rasa mcm janggal. Biarlah, bukan aku tak beraya di Terengganu. Raya kedua nanti aku balik la Terengganu. Sama saje. Tak sabarnya nak beraya kat Pahang ni. Moga raya tahun ni menjadi memori indah selamanya.

Ramadhan nak pulang

Ramadhan dah nak tiba ke penghujungnya.
Masih ada satu malam lagi iaitu malam ganjil (malam 29)
untuk umat Islam menemui malam seribu bulan
iaitu LailatulQadar.

Namun bukan bermakna malam-malam lain tiada ganjaran pahala,
tapi Rasulullah dah beri bayangan tentang malam LailatulQadar ni
iaitu pada 10 malam terakhir dan malam-malam ganjil
antara 10 malam tadi.
Rugi kalau tak rebut peluang setahun sekali ni.

Zakat Fitrah


Buat kedua kalinya, aku dah berjaya menunaikan zakat fitrah untuk tahun ni pada petang tadi. Inilah kali kedua aku membayar zakat setelah kematian kedua ibubapa beberapa tahun yang lalu. Jumlahnya hanyalah RM7. Tapi bukan itu soalnya, tetapi tanggungjawab perlu ditunaikan.


Kalau dulu, aku tak ambil pusing pun pasal zakat ni sebab dah tentu makayah yang uruskan. Aku rilek je. Namun sekarang semuanya harus difikirkan sendiri. Jadi sesiapa yang belum bayar zakat, pergilah bayar segera sebelum masanya tamat.


Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkeram kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi Saw membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi." (HR. Bukhari)

Terawih di rumah

Jam di laptop tepat menunjukkan pukul 12.40pg...
Sebenarnya baru shaja selesai solat Terawih yang lewat dikerjakan...
Terpaksa dikerjakan di rumah...ni 1st time!

Semua ni angkara shopping punya pasal...
Berbuka pun di bus stop je...
semua kedai kat Kuala Lumpur tu sesak,
tapi tak tahu la orangnya puasa ke tidak...
erm...harap2 puasa la hendaknya!

Baru aku tahu...
Ramai juga rakyat Malaysia ni...hehe.
Tadi baru pergi Sogo...
Kalau MidValley lagi teruk agaknya...
The Curve...Jusco....Alamanda....Sunway Pyramid????

Mungkin hari ni orang semua keluar sempena cuti Merdeka...
Entah dari mana keluar manusia...
Penuh sesak bershopping raya...

Namun yang penting...
Tertunai juga solat terawih walaupun pahala berjemaah tu tak dapat...
Tak mengapalah...

Kursus Perkahwinan...


Selama dua hari ni,
dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,
inilah kursus yang telah berjaya diharungi...
Bayaran RM50 rasanya cukup berbaloi
jika dibandingkan dengan bayaran kursus diluar kampus.

Alhamdulillah, rasa dah mantap dan tahu serba sedikit sekarang
tentang selok-belok alam perkahwinan ni...

Walaupun jalan masih jauh untuk ditempuhi,
pencarian teman hidup masih berterusan,
persediaan kursus rasanya mampu menyiapkan diri untuk berkahwin
suatu ketika nanti...

Janji ALLAH itu benar, berilah jodoh yang terbaik untukku.
"Sesungguhnya Wanita-Wanita Yang Baik Adalah Untuk Lelaki-Lelaki Yang Baik"

Engineering dan Agama

Entah kenapa...
sejak dua tiga menjak ni...
perasaan dan keinginan untuk mendalami ilmu agama Islam ni melebih-lebih pula...
bukan maksudnya dulu kurang beribadah tapi....

Rasa tak puas je kalau tak solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu...
Satu lagi ialah rasa seronok yang amat sangat bila berhadapan dengan Al-Quran,
sambil terkenang membaca Al-Quran bersama sahabat-sahabat di sekolah menengah dulu...
mungkin ni kot kelebihan bulan puasa Ramadhan.

Pernah juga terasa macam menyesal saje mengambil aliran kejuruteraan ni...
Susahnya bukan kepalang...

Rasa best pula tengok Imam solat dan para hafiz Al-Quran membaca Al-Quran...
Suatu ketika dulu pernah juga berkeinginan menjadi hafiz tapi hasrat tu dilupakan sebab tak dapat masuk Darul Quran JAKIM.

Mungkin usia yang tua ni mempengaruhi keadaan diri dan semangat yang semakin membuak-buak untuk mendalami ilmu ISLAM.
Ya Allah, kalaulah aku menjadi Hafiz dahulu..alangkah seronoknya.

Selamat Hari Nuzul Quran

Alhamdulillah...
Allah mempertemukan lagi aku dengan Nuzul Quran pada tahun ni...
Setelah nikmat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan diizinkanNya...

Sempat juga mengikuti program di Masjid Teras Jernang sempena Nuzul Quran ni iaitu memberi bantuan Hari Raya kepada Fakir Miskin, disusuli majlis berbuka puasa yang sebenarnya diadakan setiap hari di masjid ini. Diakhiri dengan pengisian rohani dari Ustaz Nik Zawawi Salleh mengenai ceramah Nuzul Quran.

Moga dapat lagi dipertemukan dengan Nuzul Quran pada tahun akan datang.

Terawih di Masjid Besi Putrajaya

Sempat tadi solat Terawih di Masjid Besi Putrajaya.
Itu sahaja.
Masjidnya teramatlah besar.
Sampai hampir tersesat dibuatnya.
Nama Masjid Besi tu disebabkan kebanyakan struktur dibuat daripada besi.

SELAMAT BERPUASA!

Berbuka di Taman Universiti, Kajang

Alhamdulillah...
Tadi sempat berbuka puasa di Taman Universiti...
Bukan aku yang tinggal di taman ni, cuma mengikut seorang sepupu yang mempelawa berbuka puasa di surau taman ni.

Kenyang...sangat kenyang.
Rezeki Allah semasa Ramadhan ni ada dimana-mana sahaja.
Ada yang mengatakan Ramadhan ni adalah bulan makanan kerana kita dapat berbuka puasa di mana-mana sahaja.
Masjid-masjid atau surau-surau banyak menyediakan makanan berbuka puasa bagi yang musafir, pelajar atau sebagainya.

Namun ada kelainan la sedikit sewaktu berbuka puasa di Surau Taman Universiti ni.
Waktu berbukanya hanyalah dihidangkan dengan kurma dan sedikit manisan.
Selepas itu semua jemaah bersolat Maghrib berjemaah.
Makanan berat dihidangkan selepas selesai solat Maghrib.
Itu sahaja kelainannya..hehe.

Selamat berpuasa.

Berbuka Bersama Anak Yatim

Alhamdulillah...
Hari ni dh masuk hari kesembilan kita semua berpuasa.
Lapar dan dahaga diakhiri dengan kegembiraan berbuka puasa sesama muslim.
Syukur kerana tiada lagi setakat ini rintangan atau cabaran besar yang memungkinkan diri ini tidak berpuasa.
Semoga kekal ke akhir Ramadhan puasa ini berterusan.

Hari ni rasanya adalah kali pertama aku berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Darul Izzah Bangi. Majlis diadakan di Masjid As-Solihin Bangi iaitu tempat biasa aku berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. Suka bercampur duka melihat kegembiraan raut wajah anak-anak yatim yang ceria diraikan dalam majlis berbuka puasa. Hati tersentuh tatkala azan dilaungkan dan kami sama-sama makan untuk meraikan kegembiraan berbuka puasa.

Sedar tak sedar, aku tak boleh lari dari kenyataan yang aku juga senasib dengan mereka semua. Apa yang membezakan ialah mereka ini masih kecil dan perlu diberi perhatian agar tidak terjerumus ke tempat yang tidak sepatutnya. Aku pula sudah membesar tanpa ayah ibu, yang kurasakan sudah cukup memberikan apa yang sepatutnya diberikan oleh kedua ibubapa kepada anaknya. Cuma yang tinggal hanyalah diri ini yang perlu menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Untung nasib semuanya di tangan Allah Yang Maha Esa.

Moga aman selamanya ibu dan ayah 'disana'...Ameen.

Puasa ke-6

Alhamdulillah...hari ni dah hari keenam berpuasa.
Allah masih memberi peluang kepadaku untuk merasai
dan menikmati keenakan Ramadhan kali ini.
Ternyata, aku masih lagi diberi pilihan olehNya
tatkala ramai umat Islam yang lain sudah pergi menghadapNya.

Ramadhan...Bulan seribu Bulan.
Ungkapan yang sering aku dengar.
Bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat, pengampunan, kemuliaan, dan semuanya.
Janji Allah kepada umatNya sesungguhnya bukanlah suatu yang tipu semata-mata.
Allah telah memberi hadiah iaitu Ramadhan agar umatNya dapat mendekatkan diri kepadaNya.

Saat ni juga sudah 5 hari aku dapat menjalankan ibadah puasa, tidak termasuk hari ini.
Apa yang kuharap ialah semoga hari ini akan dapat kuhabiskan untuk yang keenam kalinya aku diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Sepanjang 5 hari ni, aku berbuka puasa di masjid dengan semua jemaah masjid.
Alhamdulillah rezeki dikurniakan Allah itu banyak melimpah ruah.
Malah sentiasa ada baki atau lebihan yang disumbangkan oleh
orang perseorangan atau badan kebajikan kepada pihak masjid.

Inilah antara kelainan yang aku buat pada tahun ini.
Tahun-tahun lepasnya, aku sentiasa berbuka puasa dengan membeli-belah di Bazar Ramadhan. Kalau dulu, aku tak biasa berbuka puasa di masjid
tapi sekarang semuanya sudah menjadi mudah.
Inilah juga kelainan antara cara berbuka puasa di kampungku
dengan gaya di Bandar Besar seperti Bandar Baru Bangi ni.

Moga sebulan puasa ini penuh dengan keberkatan dari Ilahi.
Ameen...

Khatam QURAN di Bulan Ramadhan


Dah dua hari kita berpuasa.
Syukur kerana kita masih dipertemukan lagi dengan Ramadhan.
Syukur kerana kita masih lagi dipilih oleh Allah untuk beribadah di bulan mulia ini.
Kalaulah manusia itu tahu betapa besarnya rahmat yang diberi oleh Allah kepada orang yang berpuasa. Sedangkan Malaikat begitu 'cemburu' dengan manusia sehinga sanggup untuk memohon izin dari Allah bagi sama-sama beribadat bersama umat manusia di alam ini.

Banyak amalan yang boleh dibuat sempena Ramadhan seperti membaca Al-Quran. Jika kita tak berapa lancar membaca Al-Quran bolehlah mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas 100 kali . Tip ini dikongsikan oleh seorang ustaz. Daripada kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran dengan tajwid ke mana, tartib ke mana eloklah kita amalkan.

Orang fikir untuk khatam Quran sempena Ramadhan ni memang susah. Lagipun masanya cuma 30 hari sahaja. Tapi semua ini tidak mustahil untuk dilakukan. Percaya atau tidak. Kita hanya perlu membaca 4 setengah muka Al-Quran selepas setiap solat waktu. Tapi kalau kita rasa malas nak baca setiap waktu atau kesibukan duniawi membataskannya, pandai-pandai la adjust sendiri.

Ini kiraannya:
4 X 5 X 30+4 = 604 muka surat. Jumlah muka surat dalam Al-Quran 'resam' Uthmani.

Jadi marilah sama-sama kita membaca Al-Quran..Walaupun tak mampu khatam, bacalah surah-surah yang sederhana sesuai dengan kelapangan yang kita ada di bulan Ramadhan ini.

Salam Ramadhan buat semua...

Ketika aku menulis ni..
Ramadhan baru saja menjelma...
Penyimpan Mohor BesarRaja-Raja baru je buat pengumuman tadi...
Harap kita semua dapat berpuasa penuh sebulan ni...

ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah

Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku

ku Tempuh Jua

Selamat Berpuasa...