Pakaian 2H - Halal tapi HARAM!

Inilah artikel yang msti dibaca oleh semua orang yang mengakui ISLAM. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai fesyen terbaru 'ala-ISLAM' kononnya yang begitu laris di pasaran Malaysia.

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.
Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Pakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram' memang mnjadi kegilaan remaja perempuan sekarang. Kalau anda tanya pada saya, saya berasa malu berjalan dgn perempuan yang sebegitu kerana setiap org akan memandang kita berjalan dan seterusnya menimbulkan fitnah yang merosakkan akhlak.

Jika diperhatikan, ramai di kalangan perempuan yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.



Suatu ketika dahulu, pakaian sebegini begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan. Sehinggakan para ibubapa seolah-olah bangga melihat anak-anak mereka berpakaian sebegini.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

p/s: sumber dari isuhangat.blogspot.com

0 KOMEN: