Parti Komunis Malaya


Anda kenal lelaki di atas?Itulah pemimpin penting Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Beberapa hari kebelakangan ni, Malaysia sibuk dengan isu Parti komunis Malaya atau PKM. Apa sebenarnya parti ni, adakah ianya sebuah parti yang sentiasa melambangkan keganasan.

Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, ini kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap waris mereka yang terkorban semasa darurat dahulu.

Aku pun tak tahu sebenarnya realiti sebenar PKM kerana persoalan-persoalan itu pasti terjawab jika kita menyelami hati dan perasaan mengenai kisah kehidupan sebenar semasa zaman tersebut. Pendek kata, kalau kita tak ada pada masa itu, jangan buat memandai je duk buat cerita tentang kehidupan zaman tersebut.

Apa yang aku dan rakyat Malaysia sekarang ini faham tentang PKM ialah, PKM ialah sebuah parti atas pertubuhan komunis yang kejam dan menindas rakyat Malaya suatu masa dahulu. Itu yang aku faham la. Tapi seperti yang aku katakan tadi, kita tak tahu realiti sebenar kehidupan zaman tersebut. Yang kita tahu, hanyalah dari buku-buku sejarah yang dipelajari dari sekolah dahulu.

Senang cerita la, kalau nak tahu cerita tentang PKM ni, baca blog ni http://matamin.blogspot.com/ yang menceritakan segala yang anda ingin tahu tentang apa itu PKM. Aku bukannya nak suruh percaya, tapi bacalah sebab pembacaan itu suatu ilmu. Anda akan tertanya-tanya selepas membaca blog ini dan anda mungkin akan tertanya-tanya lagi tentang perjuangan sebenar PKM.

Bagi aku, selepas membaca blog ni, aku tertanya-tanya, adakah PKM ini suatu pertubuhan yang HALAL pada realitinya dan diHARAMkan oleh UMNO? Semua persoalan ini pasti terungkai jika Pakatan Pembangkang berkuasa kelak.

Wassalam...

0 KOMEN: