MANCHESTER UNITED Juara EPL lagi



Manchester United membuktikan sekali lagi kepada dunia bahawa tak ada siapa dapat menghalang usaha berterusan untuk bergelar juara EPL buat kali ke-18, menyamai rekod yang dipegang LiverFOOL yang bermatian-matian kononnya ingin mengejar kedudukan ManUtd di persada liga suatu masa dahulu. Walaupun bermula hambar di awal musim, ternyata hasil didikan yang tidak pernah mengenal lelah oleh Sir Alex Ferguson membuahkan kejayaan yang diimpikan sejak awal musim lagi.


Manchester United berjaya menggenggam trofi EPL selepas seri dengan musuh utama dalam EPL iaitu Arsenal. Manchester United berjaya mencipta satu lagi sejarah kelab yang amat berharga!


Keputusan seri yang dihasilkan tadi amat penting kerana selepas ini ManUtd perlu memikirkan macam mana untuk mendapatkan kejayaan seterusnya iaitu menggenggam pula trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut selepas berjaya digenggam musim lalu. Perlawanan selepas ini adalah pertemuan dengan Hull City yang sekadar pelengkap jadual kerana trofi EPL sudah berjaya digenggam sepenuhnya di genggaman MANCHESTER UNITED!


Rasanya Sir Alex Ferguson sudah boleh berkira-kira untuk menurunkan barisan kedua bagi menghadapi perlawanan menentang Hull City kerana selepas itu, ManUtd akan menentang Barcelona di FINAL Liga Juara-Juara Eropah. Barcelona juga merupakan juara liga sepanyol utk musim ini. Tiada lagi kelab Eropah yang berjaya mempertahankan kejayaan sebagai Juara Liga Juara-Juara Eropah buat dua musim berturut-turut. Apakah ManChester United mampu lakukan? Kita tunggu jawapannya 28hb Mei ini!


GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!

0 KOMEN: