Kematian...

Innalillah...banyak sungguh rasanya kematian yang berlaku pada minggu ini...inilah sebenarnya ketentuan yang dah ditetapkan oleh ALLAH sebelum kita lahir di dunia ini lagi...setiap makhluk yang bernyawa itu pasti akan merasai mati...itulah ketentuan-Nya!



Kematian pertama yang paling menyedihkan ialah perginya seorang yang aku anggap sebagai pemberi semangat kepada setiap anak muda tanpa mengenal rasa jemu...Beliau ialah Dato' Razali Ismail,bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu suatu ketika dahulu atau jawatan sekarang(sebelum meninggal) iaitu Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia...Al-Fatihah buat Allahyarham...Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, dua hari yang lalu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika beliau menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan. Sebelum itu, beliau menutup konvensyen berkenaan dan pagi sebelum meninggal dunia, Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar bagi dunia pendidikan negara. Kepetahan dan semangat beliau semasa berucap amat diikagumi kerana suatu ketika dahulu ketika beliau menjadi Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, aku sempat mendengar ceramah beliau yang begitu bersemangat menaikkan semangat anak-anak muda ketika itu.

Kematian kedua yang sampai di pengetahuan aku ialah mangkatnya,Raja Perempuan Besar Perlis iaitu Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.47 pagi pada 28hb november yang lalu.

Berita kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu diumumkan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu melalui stesen Radio Malaysia Perlis. Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari hari tersebut sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar.Al-Fatihah buat Almarhum...

Berita kematian ketiga yang aku tahu ialah perginya ibu kepada Menteri Besar Terengganu iaitu Dato' Ahmad Said...Al-Fatihah jugak buat Allahyarham...moga semuanya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beroleh keredhaan dari ALLAH..Amin!

2 KOMEN:

Ibnu Zaid said...

correction...

bukan timb menteri pendidikan..

timb menteri pelajaran...

seepot seedot said...

bereh...saya salah cikgu!