Harga Minyak Turun Lagi???

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia pimpinan PAKLAH HADHARI kerana mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini (3/12/2008).

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,"kata PAKLAH.

Beliau berkata, harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Ini merupakan kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos. Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November lalu.

Apa pun,ucapan terima kasih yang tak terhingga dari jutaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pimpinan PAKLAH akibat daripada penurunan harga minyak tersebut walaupun penurunan itu dibantu oleh desakan dari beberapa pihak termasuklah dari Pakatan Rakyat sendiri sejak beberapa bulan kebelakangan ini...

0 KOMEN: