Penyertaan Ahli UMNO sempena Tahun Baru 1430Hijriah


Beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Hijrah baru dalam kalendar ISLAM iaitu 1430 Hijriah.Pelbagai peristiwa menarik berlaku sepanjang tahun 1429 Hijriah yang lalu dimana pengakhiran tragedi di Malaysia berlaku beberapa hari sebelum AIDILADAH iaitu tragedi runtuhan Bukit Antarabangsa yang sehingga kini meragut 5 nyawa.Disamping pelbagai lagi kisah suka duka rakyat Malaysia khususnya, masyarakat dunia juga dikejutkan atau lebih tepat dikatakan sebagai dipertontonkan dengan keberanian seorang wartawan IRAQ yang membaling kasut ke arah Presiden US iaitu George Bush beberapa hari yang lalu dalam satu sidang media.

PAS juga tidak terkecuali dari mengakhiri tahun 1429 Hijriah ini dengan koleksi-koleksi berita gembira selain kemenangan yang dilakar dalam PilihanRaya Umum ke-12 yang lalu yang dianggap sebagai Tsunami politik di Malaysia. Berita penting mengenai kemasukan seorang pemimpin penting UMNO telah diketahui beberapa hari yang lalu tetapi hanya namanya sahaja yang masih tidak diketahui umum. Pada awalnya,pengumuman itu akan dilakukan sekaligus dengan pengumuman calon PAS bagi Pilihanraya Kecil K.Terengganu tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pengumuman itu ditangguhkan.

PAS menerima khabar gembira hari ini 24/12/2008 apabila bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim sah menyertai PAS. Beliau amat dikenali ramai apatah lagi semenjak pendedahan beliau mengenai isu pembelian helikopter Eurocopter akhir-akhir ini. Ternyata,kedatangan bulan ISLAM yang baru ini disambut dengan kehadiran muka baru yang dianggap sebagai watak penting UMNO bagi bahagian Petaling Jaya suatu ketika dahulu. Keyakinan yang telah terhakis di peringkat akar umbi ini menyerlahkan lagi kekeruhan yang telah timbul sejak sekian lama dalam politik kepartian UMNO. Suatu tindakan yang boleh dikatakan sebagai berani dilakukan oleh pemimpin penting UMNO bagi bahagian Petaling Jaya ini amatlah diharapkan oleh PAS kerana memungkinkan pelbagai lagi pendedahan dan penyertaan dari beberapa orang lagi watak penting UMNO yang sekarang ini dirasakan terkial-kial samada hendak menyertai PAKATAN RAKYAT khususnya atau setia kepada agenda UMNO yang jelas merasuahi parti mereka akhir-akhir ini. SYABAS kepada Dato' Abu Zahar Hashim di atas keberanian beliau ini. Suatu pemilihan yang memang tepat dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada perjuangan menegakkan kebenaran di MALAYSIA.

Penyerahan keahliannya diserahkan sendiri oleh beliau kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi (24/12/2008). Turut menghangatkan lagi majlis penuh harmoni itu ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir yang sekaligus memberi sokongan dan galakan kepada penyertaan Dato' Abu Zahar Hashim kedalam PAS.

Di samping itu, Dato' Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama yang difahamkan bahawa pejabat itu adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu,harakahdaily.net melaporkan Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Dato' Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan yang diharapkan menjadi tonik semangat kepada permulaan tahun baru Hijriah yang lebih gemilang kepada perjuangan PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

Terdahulu, Dato' Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis penyerahan borang keahlian PAS tadi, Dato' Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS. Semoga segalanya berjalan dengan lancar terutama dalam menjamin kemenangan PAS dalam PilihanRaya kecil K.Terengganu pada 17hb Januari 2009 nanti yang mana diharapkan menjadi penentu kepada halatuju politik di Malaysia. Pelbagai isu yang dimainkan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini termasuk isu HUDUD PAS yang kembali dijaj oleh UMNO diharapkan tidak menjadi pemusnah kepada harapan dan impian PAS untuk menjatuhkan UMNO-BN di K.Terenggan nanti...Tidak kiralah siapa pun calon PAS di K.Terenggabu nanti tetapi yan penting, hanya PAS sahaja yang layak dipangkah demi memastikan kebenaran tertegak di bumi ALLAH ini!!!

ALLAHUAKBAR!!!

0 KOMEN: