Manchester United 5-3 Gamba Osaka


Perlawanan separuh akhir Piala Kelab Dunia antara Manchester United menetang Gamba Osaka semalam bolehlah dikatakan perlawanan yang sedikit mudah bagi Manchester United..lapan gol dihasilkan pada perlawanan itu dimana 5 gol daripadanya milik Man Utd dan 3 lagi berjaya dihasilkan oleh pemain-pemanin Gamba Osaka...Dengan kemenangan itu, Manchester United dijadualkan berdepan pasukan dari Ecuador, Liga de Quito pada perlawanan akhir pada hari Ahad ini 21/12/08...

Penyerang sensasi England, Wayne Rooney meledak dua gol bagi membantu Manchester United mara ke perlawanan akhir selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk Carlos Tevez. Terdahulu, Nemanja Vidic dan Cristiano Ronaldo meletakkan United selesa mendahului 2-0 pada babak pertama melalui dua sepakan sudut yang masing-masing tepat ditanduk oleh kedua-dua pemain itu.

Begitupun, anak buah Alex Ferguson itu tersentak seketika selepas Masato Yamazaki mengurangkan defisit apabila menjaringkan gol pertama Gamba pada minit ke-74. Ferguson kemudian memasukkan Rooney dan jelas ia membuahkan hasil apabila penyerang England itu menjadikan kedudukan 3-1 selepas menyudahkan hantaran Darren Fletcher pada minit ke-75. Fletcher juga meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila menanduk masuk bola hasil hantaran Patrice Evra pada minit ke-78.

Rooney kemudian menjaringkan gol keduanya pada minit ke-79 hasil lorongan cantik daripada Ryan Giggs untuk kedudukan 5-1. Namun Gamba kembali mengejar kedudukan menerusi sepakan penalti Yasuhito Endo dan jaringan lewat Hideo Hashimoto untuk menjadikan kedudukan rasmi 5-3 berpihak kepada United.

Semoga lagu GLORY GLORY MANUTD terus kedengaran di Jepun apabila Manchester United dijadualkan bertemu Liga de Quito pada perlawanan akhir PIALA KELAB DUNIA Ahad ini...
Manchester terus gah di pentas bolasepak dunia!

0 KOMEN: