XPDC Gunung Nuang


Agungnya ciptaanMu Ya Allah...
Terpukau hati dikala melihat kebesaranMu...
Tuhanku Yang Maha Kaya...
Engkaulah pencipta segala keagungan dunia ini.
Betapa indahnya pesona alam...
Bila berada di atas puncak kenikmatan...
Yang pertama kali dialami...
Terpegun melihat keajaiban dunia ciptaanMu.

Kesempatan naik ke puncak tertinggi di Selangor ni...
Sempatlah digunakan untuk menghayati keagungan Allah...
Pertama kali naik ke gunung,
perasaan bercampur antara suka dan kagum.
Suka melihat alam semulajadi dari tempat luarbiasa...
Kagum kerana ciptaan Allah sungguh menakjubkan.

Jumaat(15 Okt)
11.00mlm-bertolak ke kaki Gunung Nuang.
12.45tghmlm-sampai di kaki Gunung Nuang & tidur di rumah sementara.
Sabtu
(16 Okt)
7.40pg-sarapan & bergerak ke Kem Lolo.
9.20pg-sampai di Kem Lolo, berehat & berkhemah.
Ahad
(17 Okt)
3.30pg-Qiamulail.
4.00pg-bergerak ke Kem Pacat.
5.45pg-sampai di Kem Pacat, berehat & solat subuh.
6.25pg-bergerak ke Puncak Pengasih.
8.10pg-sampai di Puncak Pengasih & berehat.
8.20pg-bergerak ke Puncak Gunung Nuang.
8.50pg-sampai di Puncak Gunung Nuang, berehat & bergambar.
9.50pg-turun dari Puncak Gunung Nuang.
12.30tghari-sampai di Kem Lolo & berehat.
2.35ptg-turun ke kaki Gunung Nuang
4.20ptg-sampai di kaki Gunung Nuang & berehat
5.10ptg-bertolak pulang.

Memori indah selamanya...
Mendaki Gunung Nuang!!!

6 KOMEN:

Tomato Gurl's Life said...

best jugak daki gunung ek..dah lama xjoin xpdc..rindu plk..hihi

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

mmg best ciktom...
terpukau dgn keindahanNya.

yhe ❤ said...

hr tu yhe g daki gunung ledang kat asahan... mmg best sgt. Maha Kuasa Dia yg mnciptakan... ^^

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

yhe..gunung ledang tu kena naik guna tali kan..nanti plan nak gi gunung ledang juga,tp xtau lg mcm mana..insyaALLAH.

Lasak juge yhe ni..hee.

Tok Esah said...

hahaha, aku pernah hiking nunag. bru agy... tgok r entry sal nuang yer... best blog ni... aku ltak link ko...
ltak link aku gak sini yer..

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

ok...tok esah.