MFI oh MFI...


Inilah tempat saya belajar, Malaysia France Institute. Saya tak malu belajar disini, sebab ada yang kata belajar kat IPTS ni kurang bermutu. Susah dapat kerjalah, itu ini...bla bla bla. Saya bangga menjadi pelajar MFI. Ada pelajar lain kata, MFI ni ialah Mother Father Institute atau dalam melayunya Mak Ayah Institute. Ada yang kata Money First Institute atau Duit Dulu Institute. Ada yang lebih kasar kata Mother F**ker Institute. Ini lucah la. Tapi tu hanya ungkapan seseorang. Mungkin ada sebab tersendiri mereka berkata sedemikian. Bagi saya, inilah tempat saya menimba ilmu sedalam mungkin dan tak lama lagi saya akan grad disini. InsyaAllah.

Kenapa saya tulis pasal MFI ni??? Banyak masalah MFI ni yang tak dapat diselesaikan dan pelajar pun kadang-kadang pendam saje. Tiada tempat mengadu ke atau tak tahu. Entahlah, rasanya borang aduan berlambak kat bahagian admin tu. Mungkin pelajar malas nak menulis pada surat aduan tu sebab leceh kena tulis nama dan nombor student. Nanti mesti pihak pengurusan akan cari student yang menulis aduan tu. Saya sendiri pun tak sanggup. Lagilah panjang ceritanya. Tak dinafikan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) atau JPP memang ok. Tapi bila mengadu pada MPP ni, masalah akan hanya tergantung di pihak pengurusan. Biasanya tiada penyelesaian walaupun MPP ni dah buat tindakan susulan. Ini bukan saya yang cakap, orang MPP sendiri yang bagitahu.

Ada la satu masalah minggu ni. Masalahnya kalau dilihat terlalulah kecik. Tapi saya ambik perhatian masalah ni sebenarnya tak kecik. Mungkin ada yang terlepas pandang atau saja buat taktahu. Masalah ni kat bahagian pengambilan slip exam. Memang tak sistematik cara pengambilan slip tu. Sebelum mengambil slip, pelajar perlu tandatangan pada satu bahagian yang mengesahkan mereka dah ambil slip exam. Jarak kaunter tu jauh sedikit dari pintu utama dan terletak dalam sebuah bilik. Jadi pelajar yang datang akan dipanggil oleh pegawai bahagian tu supaya tandatangan dahulu sebelum ambil slip. Bayangkan kalau seribu pelajar yang datang pada waktu yang berlainan dan pegawai tadi terpaksa melambai dan memanggil sebanyak seribu kali setiap student tu.

Saya panjangkan masalah ni dengan menulis satu komen kat facebook. Selang beberapa jam, telefon saya berbunyi. Ingatkan panggilan dari tempat praktikal yang saya tunggu-tunggu, rupanya panggilan dari pihak MFI yang bertanya kenapa saya tulis komen sedemikian. Pegawai MFI tu tanyalah pada saya kenapa tulis komen begitu. Saya pun teranglah yang saya kesian tengok pegawai bahagian pengambilan slip tu. Pegawai yang telefon tu semacam marah je dengan komen yang saya tulis. Mungkin tak patut komen tentang MFI ni kat facebook. Memalukan saje. Tak mengapalah. Saya mengaku kesilapan saya.

Keesokannya, sorang kawan suruh temankan dia pergi ambil slip. Apa yang berlaku ialah, bahagian pengambilan slip tu dah nampak sistematik. Memang sistematik sangat-sangat. Pegawai bertugas dah tak perlu melambai atau memanggil pada pelajar untuk tandatangan sebab kaunter tu dah berada betul-betul depan pintu utama bahagian pengambilan slip tadi. Pelajar yang datang pun memang faham la untuk tandatangan dulu sebelum ambil slip exam. Saya tak tahulah kenapa jadi begitu tapi saya agak, mungkin ni sebab komen saya pada facebook tu kot.

Memang lawak la. Tapi ni hanyalah secebis dari pelbagai masalah kat MFI ni. Saya tak salahkan sape-sape. Tapi prihatin itu tanggungjawab bersama walaupun kadang-kadang pelajar terpaksa membisu kelu tanpa tahu nak tuju pada siapa setiap masalah berbangkit.

2 KOMEN:

Anonymous said...

terima kasih ahmad syukry...sebenarnye bahagian yg kakak melambai awak tu bahagian MQA dimana mereka nak tau awak dah buat ke belum penilaian pada pensyarah awak...akak yg call awak tempoh hari bukan marah cume geram student berani ckp belakang tp diam bile berdepan macam mana kami nak tahu masalah..tau2 dah ader kat facebook kan bagus kalu ckp depan2...cepat masalah selesai..kami pun terime dgn baik segala komen..kadang2 student xfaham keadaan sebenar yg student tau hanya mengutuk n mencaci kami..terima kasih kerana menegur..tp len kali ckp sendiri pada kami ok...

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

ok...
sy pn xmarah.
tp cuba la MFI tnya student ttg masalah mereka...
mcm2 mereka pendam sebab taktahu mana nak diajukan.

mcm yg saya tulis tu.
borang aduan tu hnya dianggap menyusahkan kami sbg student sbb perlu tulis nama dan ID.
kalau tak tulis semua tu, memang takde tindakan diambil kalau ditulis.

satu lg, smpai bila smua masalah akan tertunggak di bahagian pengurusan je...
(ini saya tahu dr pihak MPP/JPP)

terima kaseh kerana pihak cik peka masalah ni.