Islamic Festival Fashion (IFF)

Sungguh memalukan.
Rasa sungguh terhina dengan perbuatan sebegini.
Sanggup membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia.

Malas cerita panjang-panjang.
Inilah hasil naungan isteri PM ni...
sempena Islamic Festival Fashion (IFF) baru-baru ni.

Namun apa yang menyedihkan ialah...
kenyataan Ustaz Fathul Bari yang kononnya Ulama UMNO tu...
Melalui Malaysiakini,
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu. "Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata" .

Nama saje Ulama...tapi tak tahu nak bezakan penganjur dengan penaung.
Kalau tiada penganjur, tiadalah penaungnya!
Ulama muda Umno tu seakan cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.


Sering kali orang pertikai kenapa kita membantah perkara mungkar sebegitu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya? Kalau kita tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya Ulama dahulu? Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat.


Wallahua'lam....

2 KOMEN:

Tomato Gurl's Life said...

inilah yang berlaku bila org ramai pndg isu ni dari lensa politik..ulama skang penakut..xberani nak luahkan kenyataan yg betul sbb dah bayar utk tutup mulut..akhirat nati jawab la..

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

tu la pasal..
smua media dikontrol supaya tak sensasikan isu ni.

Nauzubilah.