10.10.10


Apa yang menariknya tentang tarikh 10 Oktober 2010 ni? Masing-masing punya pendapat tersendiri. Masing-masing ada aktiviti untuk tarikh ni.

Tapi 10.10.10 sememangnya punya banyak kenangan, bagi yang suka tarikh pelik-pelik ni. Bermula dari tarikh lahirnya seseorang ke dunia ini, tarikh hari lahir seseorang pada 10 Oktober, tarikh orang bertunang atau berkahwin, tarikh acara-acara yang menarik dan sebagainya.

Namun apa yang ada pada tarikh jika Iman dihati tidak kukuh. Apa yang ada pada tarikh ni jika Islam masih tidak membawa apa-apa perubahan pada diri kita. Tepuk dada tanyalah Iman dan Islam tu...hehe. Tazkirah dan peringatan je pada diri sendiri dan semua orang.

Hari ni, dengar khabarnya angkasawan pertama negara dah kawen sempena uniknya tarikh ni kot. Apa yang mengejutkan lagi, hari ni pun masih ada openhouse sempena AidilFitri walaupun hari ni sebenarnya dah masuk 1 Zulkaedah. Macam-macam hal la. Mungkin tak sempat nak tempah dewan untuk openhouse tu atau tempahan dah penuh.

Tapi hari ni sebenarnya aku terlepas dua events menarik. Satunya marathon KL-Nike akibat lambat dapat info. Pukul 2pagi kelmarin baru dapat info sedangkan marathon pukul 7pagi. Memang tak sempatlah. Satu lagi Moto-GP kat Litar Sepang. Ini pula sebab tiket yang terlalu mahal, tiket yang asalnya hanya 20ringet dah habis...Dah la hari tu kejadian sama berlaku akibat tak dpt tgk konsert Maher Zain...adoyai.

Tapi tak mengapalah, bukannya rugi apa-apa pun. Hiburan semata-mata semua tu. Namun rasa ralat tu tetap ada. Mungkin bukan rezeki kot. Cuba lagi la di lain masa.

Tarikh yang unik seterusnya ialah 11.11.11.
Seterusnya 12.12.12...
Seterusnya...tak tahu la.
Sama-sama kita tengok apa akan jadi dengan tarikh ni.
Mungkin tarikh kawen saya...hanya Allah yang tahu.

3 KOMEN:

yhe ❤ said...

Mga Allah ttpkn iman kt.

p/s:Nk gtaw lagu kat blog ni sy sgt100x suke.. seyes, tp xjumpa2x sehingga dgr kt blog n... sgt mengharukn. Teruskn jari2 anda berbicra, ok...
salam pjuangan! berusaha! ^^

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

sama2...

Tomato Gurl's Life said...

ada apa pada tarikh?tapi tue la manusia sekarang dok kejar2..skang konon peristiwa maut 10.10.10..macam tarikh tue satu bagi bencana/rahmat..sebenarnya semuanya datang dari Allah..