Baring ketika azan

Tak tahu apa nak ditulis sebenarnya. Tapi tetiba je teringat kenangan zaman sekolah agama dulu. Kenangan 5 tahun tinggal di hostel. Kenangan 5 tahun duduk berasingan dengan arwah makayah. Kenangan 5 tahun berdikari, itu yang lebih penting.

Tadi sebenarnya tengok tv. Lepas tu azan. Lepas tu terus baring. Semacam dah jadi tabiat bila dengar azan mesti nak baring. Automatik je tabiat ni. Tetiba je teringat. Kalau masa kat hostel dulu, sape-sape yang tidur atau tak bangun semasa azan, mesti kena rotan oleh ustaz. Pernah la juga kena marah tu, tapi taklah sampai kena rotan macam kawan-kawan yang lain. Nakal sikit je.

Tapi dah dewasa ni, susah nak amal apa yang kita dapat masa sekolah dulu. Walaupun sebenarnya memang tak elok tidur semasa azan ni. Orang tua dahulukala pernah kata, jenazah kita akan jadi berat sebab tak endahkan azan ni. Walaupun ni bukan hadis dan tiada nas menyatakan larangan ni, larangan ni sebenarnya nak menyatakan bahawa pentingnya menghormati azan.

Harap-harap dapatlah ubah tabiat ni sikit-sikit...Tak baik jika tabiat ni berterusan sepanjang hidup.

1 KOMEN:

Tomato Gurl's Life said...

betul..dulu suka jugak buat camtu..tapi kena tegur dgn kawan ms duk hostel..alhamdulillah skang dah xbuat lg..thanks to her ;)