8 tahun berlalu...

28hb Sept...
Tak ada yang penting sangat pasal tarikh ni. Cuma tarikh peringatan je, walaupun dah dua hari tarikh ni berlalu. Seperti biasa, tarikh ni datang lagi. Sebenarnya dah 3kali aku tulis entry tentang tarikh ni sejak wujudnya blog ni. Tarikh yang lengkapnya ialah 28hb September 2002 pukul 6.20 petang. Tarikh perginya ayahku ke Rahmatullah. Memang sampai bila-bila pun takkan luput tarikh ni.

Hari sabtu 28hb Sept tu, aku sepatutnya menghadiri kursus pengawas asrama sekolah. Semua kelengkapan telah aku siapkan untuk ke kursus tu. Aku amat berkeyakinan yang ayah memang akan sihat seperti biasa mengikut apa yang diberitakan. Jadi aku pulang ke rumah sehari sebelum 28hb tu untuk menyusun kelengkapan kursus. Aku sempat berbisik pada ayah, "Jangan lupa tgk gusti malam ni". Sebab hari sebelum ayah pergi ialah hari Jumaat iaitu hari gusti Smackdown disiarkan di TV3. Itulah rancangan kegemaran ayah aku sebenarnya, gusti. Dan akulah peneman setianya untuk menonton gusti ni, sejak kecik sampailah dia meninggal.

Pagi 28hb Sept tu, aku dah siap dgn semua kelengkapan kursus. Namun khabar kurang baik aku terima. Ayah dalam keadaan tenat. Aku masih lagi tak percaya sebab keadaan ayah pada malam sebelumnya aku tengok Ok je. Aku sebenarnya amat berbelah bahagi antara kursus dan ayah. Kursus tu juga sangat penting sebab dah lama cikgu sekolah rancang nak buat. Entah macam mana aku bawak juga beg kursus ke hospital sambil berharap agar keajaiban mungkin ada. Rasa tak selesa pun ada sebab mungkin ayah diletakkan di nombor dua, kepentingan diberi kepada kursus tu. Aku bawak juga beg tu.

Sampai saja di hospital, doktor beritahu yang ayah sudah tidak bertindak balas dengan peralatan hospital. Doktor menyuruh agar keluarga berdoa dan memohon agar segalanya dimudahkan oleh Allah. Aku terpaksa jua membatalkan kursus tu, walau nada cikgu aku masa tu semacam je sambil berharap agar aku dapat pergi juga berkursus jika ayahku kembali stabil.

Dalam suasana penuh pengharapan tu, aku turun ke tingkat bawah hospital untuk membeli makanan selepas disuruh salah sorang kakakku. Balik dari membeli makanan tu, aku tengok dah ramai orang kat katil ayah. Semua orang pandang ke arah aku. Rupa-rupanya ayah dah pergi menemui Ilahi. Hanya deraian airmata dan penyesalan yang amat sangat tak dapat digambarkan pada masa tu. Aku hanya turun sekejap sahaja, namun Allah tak menunggu untuk mengambil nyawa umatnya. Ingatkan sempatlah untuk bersama dengan arwah di saat-saat kematiannya. Aku hanya redha dengan ketetapan Allah ke atas apa yang berlaku pada hari tu. Selesai sahaja pihak hospital menguruskan jenazah, aku pulang ke rumah bersama dengan jenazah menaiki van untuk urusan pengkebumian.

Seminggu aku bercuti selepas arwah pergi...
Al-Fatihah untuk ayah...

5 KOMEN:

akalili said...

sabar dan tabahkan hati..

seepot seedot said...

ok...
cik fiza...
smpai skrang xbleh komen kt cik fiza pnya blog...

tak tahu la...

Tomato Gurl's Life said...

Tabahkanlah hati ye..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kita sama2lah berdoa semoga ayah awak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..al-fatihah~

seepot seedot said...

amenn...

g0m0k9enDek said...

yea.. kita pasti akan igt..........