dua cerita, satu masa

Aku jarang ke masjid sebenarnya. Mungkin sibuk atau kemalasan tu yang membuatkan aku jarang ke masjid ni. Walhal masjid bukanlah jauh pun. Tak sampai 1km dari rumah.

Kisah ni pun bukan menarik sangat tapi ada juga sedikit moralnya. Mulanya aku pergi tengok perlawanan bolasepak, biasalah pasukan kegemaran aku yang main waktu tu. Perlawanan pukul 7ptg iaitu waktu maghrib. Rehat separuh masa perlawanan aku pun terus ke masjid menunaikan solat maghrib. Masjid pun kebetulan sebelah kedai mamak je.

Kebetulan waktu tu ada orang sedang solat iaitu seorang ayah dan mungkin juga anak lelakinya. Aku agak je. Aku tak ikut serta sebab mungkin mereka sedang solat jamak. Jadi aku solat jauh sedikit dari mereka. Sesudah salam, si ayah mengajar anaknya tentang cara solat yang betul. Kerana pada mulanya, si anak yang menjadi makmum tadi mengikut solat ayahnya di sebelah kiri, sedangkan kedudukan yang betul adalah di sebelah kanan ayahnya. Si anak yang masih kecil mendengar dengan khusyuk akan kesalahannya. Bagus betul si ayah mengajar anaknya.

Dalam keadaan tergesa-gesa, aku pun terus keluar dari masjid setelah selesai solat untuk menuju ke arah motor, takut-takut terlepas 45minit perlawanan seterusnya. Sampai di motor, seorang makcik tua menegur aku.

Makcik: Kat sini pelajar MFI ramai kan?
Aku: Betul tu makcik, tapi budak KPTM pun ramai.
Makcik: Anak makcik pun belajar kat MFI. Makcik tengah tunggu dia la ni.
Aku: Ooo, dia ambik kursus ape? Dia baru masuk ke?
Makcik: Tu pun dia anak makcik.(Sambik menunjuk dan berjalan ke arah anaknya).

Makcik tadi peluk dan cium anak lelakinya sepuas hati. Mungkin makcik tu terlalu rindu akan anaknya sampaikan aku yang ditegur tadi dilupakannya. Bengang juga aku. Mungkin kerinduan teramat sangat terhadap anaknya. Rindu seorang ibu. Si anak tadi pun memeluk erat ibunya. Aku pun terus berlalu pergi.

Sesampai kat kedai, aku mula pikir. Sebenarnya dalam sekaligus tadi aku dipertontonkan oleh Allah akan kasih seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Mungkin juga petunjuk padaku yang jarang ke masjid ni. Agungnya kuasaMu Ya Allah.

4 KOMEN:

Tomato Gurl's Life said...

betul tue...setiap apa yg terjadi tue pasti ada hikmahnya..cuma kita sebagai manusia ni tak menyedari akan segala hikmah/kurniaan Allah pada kita..tue la bak nasihat dr. fadzilah kamsah, seelok2nya kita perlu muhasabah diri sebelum tidur..betapa bersyukurnya Allah bagi peluang kita hidup di dunia ni..untuk buat amal ibadah sebanyak mungkin..(nasihat pada diri sendiri)

seepot seedot said...

ok...
best ayat ciktom.
memukau.

harzharun said...

(^_^)

akalili said...

:-)