Sekolah Harapan



Dah cukup rasanya beraya untuk 10hari tu. Sekolah MFI ni pun dah bermula kembali. Berlambak kerja yang tertangguh. Assignment... Projek..bnyaknya!

Tapi dah lama rasanya tak menulis pasal isu semasa ni. Sekarang mesti tengah heboh pasal kes pembunuhan ngeri Dato' Sosilawati tu. Takziah buat keluarganya yang menyambut Syawal dengan sangat mendukacitakan tahun ni. Takdir Allah takada siapa dapat halang.

Namun, satu lagi fenomena baru iaitu Sekolah Harapan juga tak kurang hebohnya, walaupun sedikit tenggelam dengan kes pembunuhan Dato' Sosilawati tu. Sebagai remaja rasanya terpanggil dengan bermulanya sesi persekolahan bagi Sekolah Harapan ni. Sampai sekarang aku masih bingung dengan halatuju, visi serta misi penubuhan sekolah ni. Sedangkan sekolah bakti yang sedia ada seperti di kampung aku tu sudah tak mampu nak tanggung jumlah kemasukan pelbagai permasalahan remaja saban tahun. Inikan pula diwujudkan sekolah khas untuk menempatkan remaja-remaja dan mungkin golongan dewasa yang hamil luar nikah. Semacam menggalakkan saja gejala hamil luar nikah ni dilakukan.

Baru-baru ni dah 5orang pelajar pertama diterima masuk ke situ. Mereka ni diharap dapat berubah sambil dapat menjalankan kehidupan biasa yang akan dibantu oleh kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan lagi ialah mereka akan menjadi senior bilamana ada kemasukan baru pada masa akan datang.

Mungkinkah lepas ni akan timbul suara-suara sumbang yang mengambil mudah masalah anak luar nikah ni. Apa yang dibimbangkan ialah mungkin lepas ni kaum Adam akan ambil mudah sahaja kalau dapat memuaskan nafsu masing-masing sebabnya Sekolah Harapan kan dah ada. Tak perlu la kot nak susah-susah atau bimbang ataupun takut-takut dengan apa yang dah terjadi. Nauzubillah...

Harap-harap Malaysia tak jadi seperti tu dan juga harap-harap tak akan wujud 'tempat-tempat HARAPAN' yang lain seperti Klinik Harapan, Hospital Harapan ataupun Kampung Harapan...

6 KOMEN:

Tomato Gurl's Life said...

sekolah harapan 1 penyesalaian bg masalah yg dah pregnant..maybe perlu lakukan cara nak atasi juga..mencegah lebih baik mengubati..lalala~

seepot seedot said...

betul ciktom...

k.e.r.i. said...

tang mana positifnya sekolah ni pun tak tahu lah.

keTAM betul!

seepot seedot said...

yie: mu lebih tahu psal Melaka ni.
maklum la, org MElaka dulu kan...hehe.

Nobita Sensei said...

aku memang tak setuju penubuhan sekolah macam ni. menggalakkan lagi zina.

seepot seedot said...

ntah la nobita..
dah UMNGOK yg memerintah kan.