
Wallahua'lam...
Lebih menarik lagi, skuad kendalian Alex Ferguson itu menjadi satu-satunya pasukan British atau pasukan dari EPL pertama yang berjaya memenangi kejohanan yang disertai juara-juara kelab antara benua. Antara kelab lain yang pernah memenangi kejuaraan tersebut adalah AC Milan dari Itali dan dua kelab Brazil, Internacional serta Sao Paulo. Kejayaan itu juga membolehkan Manchester United dianggap sebaris dengan AC Milan, Internacional serta Sao Paulo yang pernah memenangi piala itu.
Pemain kesayangan, Wayne Rooney muncul wira Manchester United selepas membantu juara Eropah itu menjulang Piala Kelab Dunia dengan menewaskan juara Amerika Selatan, Liga de Quito 1-0. Penyerang antarabangsa England itu meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 selepas mendapatkan hantaran cantik daripada Cristiano Ronaldo. Sebelum itu, United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada awal babak kedua selepas pemain pertahanan, Nemanja Vidic dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas penyerang Quito, Claudio Bieler. Beraksi dengan 10 pemain, United cuba bertahan tetapi Ronaldo tetap mampu menyusahkan Cevallos menerusi rembatan jarak jauh sambil sesekali Rooney turut mengancam. Tambahan lagi, Rooney dan Ronaldo turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.
Apa yang lebih penting, jaringan menarik dari ROONEY itu sudah cukup untuk membolehkan Manchester United terus menambahkan koleksi piala yang diraih setakat ini untuk menjadi kelab Inggeris pertama memenangi kejuaraan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas Liverpool gagal meraih kemenangan pada 2005 apabila mereka ditewaskan pasukan Sao Paulo dari Brazil.
GLORY GLORY MANUTD!!!
Begitupun, anak buah Alex Ferguson itu tersentak seketika selepas Masato Yamazaki mengurangkan defisit apabila menjaringkan gol pertama Gamba pada minit ke-74. Ferguson kemudian memasukkan Rooney dan jelas ia membuahkan hasil apabila penyerang England itu menjadikan kedudukan 3-1 selepas menyudahkan hantaran Darren Fletcher pada minit ke-75. Fletcher juga meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila menanduk masuk bola hasil hantaran Patrice Evra pada minit ke-78.
Rooney kemudian menjaringkan gol keduanya pada minit ke-79 hasil lorongan cantik daripada Ryan Giggs untuk kedudukan 5-1. Namun Gamba kembali mengejar kedudukan menerusi sepakan penalti Yasuhito Endo dan jaringan lewat Hideo Hashimoto untuk menjadikan kedudukan rasmi 5-3 berpihak kepada United.
Semoga lagu GLORY GLORY MANUTD terus kedengaran di Jepun apabila Manchester United dijadualkan bertemu Liga de Quito pada perlawanan akhir PIALA KELAB DUNIA Ahad ini...
Perang yang boleh dianggapkan sebagai perang psikologi sekarang tengah dimainkan oleh UMNO-BN melalui pelbagai media massa milik mereka termasuklah media elektronik mahupun suratkhabar-suratkhabar mereka seperti UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN! TV milik mereka sekarang duk heboh menyiarkan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sedia ada terutamanya yang memerintah di 5 buah negeri Pakatan Rakyat iaitu KEDAH,PENANG,SELANGOR,KELANTAN serta PERAK...ada sahaja berita yang disiarkan terutamanya ketika siaran berita-berita utama pukul 8malam dan lebih perit lagi,berita-berita ringkas pun kadang-kala turut mengambil tempat dalam menyiarkan sedikit berita mengenai kebaikan yang ditonjolkan oleh segerombolan pemimpin UMNO-BN dan kononnya kejelikan yang ditampilkan oleh segelintir kepimpinan Pakatan Rakyat...teringat akan kata-kata seorang rakan semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu..katanya,kalau tengok TV beberapa hari sebelum hari pembuangan undi boleh mengubah logo parti yang akan kita pangkah semasa hari pembuangan undi nanti...tak hairanlah nanti bila tibanya beberapa hari sebelum pengundian dijalankan,macam-macamlah berita atau provokasi yang akan disiarkan melibatkan Kuala Terengganu untuk menarik simpati pengundi terutamanya pengundi 'ATAS PAGAR' yang terkial-kial menentukan calon terbaik dihati masing-masing...DEMOKRASIKAH KITA SELAMA INI???kita sebenarnya sedang didemokrasikan oleh kepimpinan negara yang tak pernah tahu pun akan erti sebenar DEMOKRASI kepada diri mereka!!!
Perang kedua yang sedang mengambil tempat ialah tentang perihal calon yang akan menduduki kerusi pencalonan untuk merebut tempat dalam PilihanRaya Kecil itu nanti seterusnya menjadi Ahli Parlimen untuk Parlimen Kuala Terengganu...Saya suka menyentuh akan perihal calon bagi PAKATAN RAKYAT kerana kesemua calonnya adalah berkaliber dan menepati citarasa sebagai pemimpin...manakala calon untuk UMNO-BN tidak akan saya panjangkan kerana kesemuanya dirasakan tidak membawa apa-apa erti pun untuk perubahan serta kemajuan dalam pemerintahan dan undang-undang AGAMA ISLAM...calon yang sudah dipersetujui secara bersama oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat adalah tentunya datang dari PAS kerana mengambil kira sensitiviti serta mentaliti masyarakat setempat yang menginginkan calon Pakatan Rakyat dari kalangan PAS sendiri yang telah sekian lama bertanding di Parlimen Kuala Terengganu...pelbagai andaian dibuat oleh sesetengah pihak dengan menyatakan calon-calon yang sesuai untuk Pilihanraya itu nanti..dan senarai ‘PANAS’ tersebut termasuklah YB MAT SABU atau lebih dikenali sebagai ABANG MAT,Dr. Syed Azman,Dato’ Wan Mutalib Embing dan juga Dato’ Mustapha Ali..sambil Muryidul AM PAS menginginkan ABANG MAT sebagai calon,masyarakat setempat pula lebih terarah kepada calon dari negeri sendiri,mengikut cakap-cakap yang didengari dari pelbagai kedai kopi di Kuala Terengganu...tak kiralah siapa calon yang bakal menduduki kerusi ‘PANAS’ pencalonan itu kerana yang penting kemenangan berpihak kepada ISLAM...
Semoga segalanya berjalan lancar semasa hari pembuangan undi tanpa menimbulkan suasana atau kekecohan yang melampau yang boleh meragut nyawa serta harta benda mereka yang tidak berdosa... dan semoga kempen yang berterusan terus ditampilkan oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat tanpa mengira penat dan lelah termasuklah dari Tuan Guru Hj Hadi Awang,Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kalau boleh Lim Kit Siang sendiri hendaklah turun ke Kuala Terengganu membantu kempen yang berterusan itu bagi menjamin kemenangan yang diinginkan oleh PAKATAN RAKYAT!!!jangan biarkan kemenangan yang tidak membawa apa-apa erti serta perubahan kepada pemerintahan ISLAM terus bermaharajalela di bumi TERENGGANU!!!
ALLAHUAKBAR!!!
Berdasarkan pindaan itu, beberapa kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong dan menteri akan dipindahkan kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.
Ia juga menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti selain membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
Di samping itu, canselor turut diberi kuasa melucutkan ijazah daripada mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan skandal.
Terdahulu dalam sesi penggulungan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pindaan yang dibuat ke atas AUKU berdasarkan kepada pertimbangan dan prinsip pendidikan yang dirumuskan daripada matlamat pendidikan peringkat tinggi dan bukannya politik. Beliau berkata, pindaan akta itu dilakukan bagi memenuhi matlamat pendidikan untuk mewujudkan persekitaran pendidikan dan persekitaran kurikulum yang terbaik bagi pembinaan insan yang baik dan juga sentiasa berfikir.
Jika benar bagai dikata,bermakna selepas ini semua penuntut di IPTA atau IPTS tidak lagi berasa takut-takut atau gerun untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berasaskan pertubuhan politik termasuklah menganggotai PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS)!!!
sekian...ALLAHUAKBAR!!!
Masyarakat MALAYSIA dikejutkan lagi oleh kejadian tanah runtuh yang rasanya sudah lama tidak berlaku di negara kita yang tercinta ini. Tragedi menyanyat hati ini berlaku selepas terjadinya mimpi ngeri yang dicatatkan dalam lipatan sejarah negara apabila rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu. Masyarakat MALAYSIA semuanya terkejut dengan berita yang menggemparkan negara ini dikala beberapa hari sahaja lagi ulangtahun peristiwa Highland Towers rebah menyembah bumi kembali mengingatkan kita...dan juga beberapa hari sahaja lagi umat ISLAM akan menyabut Hari Raya Korban.
Apa yang dikesali ialah samada hal ini ada kaitan dengan kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers kembali berulang. Pelbagai andaian dibuat oleh beberapa pihak dimana masing-masing menuding jari kepada semua projek pembangunan yang dijalankan di lereng-lereng bukit sambil kerajaan lantas mengarahkan agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit berkenaan. Apa yang dikhuatiri ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban. Walaubagaimanapun,sebagai umat ISLAM,kita tidak boleh lari dari menerima ketentuan dari YANG MAHA ESA...
Ucapan takziah diucapkan atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat....
"Ini adalah salah satu daripada hari yang terhebat dalam hidup saya. Saya telah mengimpikan untuk memenangi trofi ini sejak kecil lagi,"kata Ronaldo.
Berdasarkan undian yang dibuat di kalangan wartawan-wartawan sukan bola sepak, Ronaldo ternyata unggul apabila meraih 446 mata diikuti Messi (281) dan Torres (179). Jumlah undian yang diperoleh Ronaldo itu hanya dua mata melebihi undian yang diterima perancang AC Milan, Kaka ketika memenangi anugerah yang sama tahun lalu. Ketika itu, Ronaldo sekadar berada di tempat kedua apabila meraih 277 mata, manakala Messi di tempat ketiga dengan 255 mata.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya sambil berkata: "Saya berharap untuk memenangi anugerah ini sekali lagi."
Untuk rekod, Ronaldo menjadi pemain keempat United yang memenangi anugerah ini selepas kali pertama diraih George Best pada tahun 1968. Ronaldo menyumbang 42 gol dalam semua pertandingan musim lalu yang turut menyaksikan dia membantu United muncul juara Liga Perdana England serta Liga Juara-Juara.
Terdahulu, Ronaldo telah meraih dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFPro selain menggondol anugerah Kasut Emas Eropah dan Pemain Terbaik Kelab Eropah. Dengan dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah, Ronaldo juga muncul pemain pertama yang beraksi pada kempen Liga Perdana England meraih anugerah tersebut selepas bekas penyerang Liverpool, Michael Owen melaku- kannya pada tahun 2001.
"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,"kata PAKLAH.
Beliau berkata, harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.
Ini merupakan kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos. Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November lalu.
Apa pun,ucapan terima kasih yang tak terhingga dari jutaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pimpinan PAKLAH akibat daripada penurunan harga minyak tersebut walaupun penurunan itu dibantu oleh desakan dari beberapa pihak termasuklah dari Pakatan Rakyat sendiri sejak beberapa bulan kebelakangan ini...
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.
"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.Alhamdulillah,kebelakangan ini sambutan ceramah KeADILan, PAS dan DAP kian hangat mendapat sambutan. Maka pimpinan UMNO yang dibantu oleh polis2nya kian gelabah dan mempersulitkan kelulusan permit ceramah. Tindakan tersebut nyata membingungkan rakyat yang seakan-akan semakin melupai insiden-insiden buruk yang pernah berlaku dahulu seperti kes Batu Burok dan Himpunan BERSIH di ibunegara.Rakyat semakin tertipu oleh janji kerajaan yang ingin melaksanakan sistem demokrasi di Malaysia...DEMOKRASIkah MALAYSIA ini???
Ceramah tersebut yang asalnya akan diadakan pada jam 9malam, malam kelmarin terpaksa dibatalkan atas arahan pihak polis yang dah siap sedia berkawal di tempat kejadian sebelum ceramah tersebut dimulakan. Sebetulnya,ceramah itu akan dihadiri oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat iaitu DS Anwar Ibrahim,TG Hj HAdi AWang dan Lim Kit Siang serta beberapa jemputan Pakatan Rakyat. Di atas sebab itu, ceramah yang dijangka panas itu terpaksa dibatalkan. Walaubagaimanapun, kehadiran orang kuat BERSIH iaitu YB Mat Sabu (atau Abang Mat di Terengganu) telah mengurangkan sedikit kekecohan daripada menjadi semakin panas. Dalam ucapan selama lebih kurang 3 minit di pentas Dataran MPAJ malam tadi, YB Mat Sabu telah melaungkan semangat ANTI-ISA yang mana sekaligus tidak melunturkan semangat Pakatan Rakyat dalam menghapuskan terus sisa-sisa perjuangan hukum rimba itu walaupun ceramah itu dibatalkan. YB Mat Sabu juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang JAKUN dimana terus menghalalkan hukum rimba itu.
Walaupun dibatalkan, menurut YB Mat Sabu, ceramah atau kempen mansuhkan ISA itu akan tetap diteruskan oleh Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan InsyaALLAH akan diadakan di Kawasan Selayang atau Rawang...Selain itu,agenda GMI untuk menghimpunkan ribuan rakyat demi menjayakan kempen mansuhkan ISA di ibunegara pada MAC depan tetap akan dilaksanakan dengan teratur. InsyaALLAH!
Oleh yang demikian,apa yang dikesalkan ialah sikap polis yang masih terus mengharamkan program-program anjuran Pakatan Rakyat walaupun ianya nyata tidak bertentangan dengan lunas undang-undang negara yang dikatakan DEMOKRASI ini! Insiden semalam mengingatkan saya akan kejadian di Batu Burok, Kuala Terengganu dimana program anjuran Bersih tidak diberikan permit atau kelulusan, dan halangan tersebut dikatakan atas arahan Menteri Besar ketika itu, iaitu Pok Derih!
p/s: Insiden yang aku hadiri malam semalam juga mempertemukan kembali sahabat lama yang rasanya dah hampir 3 tahun lebih tidak bersua muka...hanya sesekali berbalas msg di friendster...tu la dikatakan sebaga takdir...walaupun ceramah tidak dpt diadakan,tetapi ALLAH mempertemukan aku dengan dia...di medan ceramah pun ALLAH boleh mempertemukan kita...dah besar rupanya kau Yusalmie!!!hehe...
Episod malang yang mencalar imej Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter. Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba. Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.
Episod itu turut disaksikan oleh orang ramai yang kebetulan ada disitu dan mungkin juga datang dari jauh semata-mata utk melihat babak sedih dua 'pelakon terhebat' berkenaan! Orang ramai yang memenuhi kawasan hotel itu juga turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun. Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.
Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut. Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang. Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak. Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.
Apa nak jadi kepada muda-mudi di negeri kesayanganku ini...dah jatuh ditimpa tangga..dimana nak letak muka sebagai sebuah Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) ni..malu malu malu...dok sanggup rasanya kalau adegan sebegini berulang lagi...dan yang pasti, keadaan ini pasti akan berulang jika pemerintahan ISLAM tidak dilaksanakan di Terengganu secepat mungkin..hanya ISLAM yang akan merubah segalanya. ALLAHUAKBAR!!!
Wahai muda-mudi seangkatan denganku sekalian, sedarlah akan tanggungjawab anda yang masih lagi jauh dari kehidupan duniawi yang hnya sementara ini..Carilah bekalan untuk dibawa ke akhirat kerana akhirat itu adalah kehidupan yang lebih hakiki. Jangan digadaikan segalanya termasuk maruah dan harga diri dek kerana sesuatu tindakan yang bodoh dan tidak masuk dek akal fikiranmu yang waras..Sedarlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...!!!
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos. Beliau berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya. Selain itu, Najib juga berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga telah turun.
Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini. Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.
Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20."Saya mengaku membuang anak itu di Masjid Terapung."Itulah pengakuan Sabariah, ibu kepada bayi tersebut yang dilafazkan dalam keadaan tenang di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.Sabariah yang berasal dari Kampung Lubok Kawah, Jertih, Besut itu bagaimanapun tidak mengaku membunuh bayi itu sebelum diletakkan di ruang solat perempuan di tersebut.
Apa yang aku kesalkan disini ialah ibu tersebut dengan tenangnya mengaku bersalah mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atasnya...Ini adalah menurut akhbar Kosmo yang aku baca petang kelmarin..Kalau benarlah sebegitu yang dilaporkan,dimanakah nilai perikemanusian seorang ibu yang sanggup berbuat demikian...apa dah jadi dengan perumpamaan yang mengatakan bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu...???Hanya ALLAH sahaja yang tahu hati nurani ibu berkenaan dan kepada-Nya jualah ibu berkenaan diadili dengan sebaik mungkin...dan betapa beruntungnya bayi berkenaan yang dijamin syurga ALLAH ke atasnya...AL-FATIHAH!
Copyright © .::BiLa JaRi BerBiCaRa::.. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Wordpress theme by Deuced