Tahniah Encik GIGGS


Meskipun beliau hanya beraksi 12 kali dalam kesebelasan utama Manchester United sehingga artikel ini ditulis, RYAN GIGGS membuktikan bahawa keringat dan tenaga yang jitu membolehkannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Profesional (PFA) England awal pagi semalam.

Beliau yang kini berusia 35 tahun adalah berasal dari Wales, berjaya menewaskan lima calon lain termasuk empat rakan sepasukan di ManUtd termasuk Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Edwin van der Sar dan Rio Ferdinand serta kapten Liverpool, Steven Gerrard.

Sebagai informasi, GIGGS pernah menang dua kali anugerah Pemain Muda Terbaik tetapi anugerah kali ini betul-betul mengharukan beliau kerana merupakan anugerah peribadi terbaik yang merupakan undian dari rakan-rakan pemain sendiri, termasuk undian daripada pemain-pemain EPL yang lain.

TAHNIAH ENCIK GIGGS!

0 KOMEN: