Manusia Kadang-Kadang Boleh Menjadi BINATANG!

Manusia kadang-kadang boleh menjadi binatang, tetapi binatang memang tak akan boleh menjadi seperti bijaknya akal fikiran yang dimiliki oleh manusia. Pelik bunyinya tu kan. Bagi yang tahu maksudnya, ia memang tersirat yang amat sangat. Bagi yang tidak tahu, bolehlah membuat sebarang andaian yang kemungkinannya boleh memberikan gambaran yang jelas mengapa seseorang manusia boleh dikategorikan sebagai haiwan!

Buang bayi lagi. Kes terbaru dilaporkan di Senawang dimana dalam tempoh tidak sampai sebulan ni, tiga kes pembuangan bayi dan janin telah dilaporkan. Jika haiwna pun tahu erti kasih sayang, inikan pula manusia yang diberi akal fikiran untuk bertindak. Tak akan ada alasan munasabah yang boleh diberikan sebab kesilapan itu dilakukan oleh “tangan-tangan” manusia sendiri!

Aku sempat membelek akhbar Kosmo! tadi. Kes terbaru ialah pada malam semalam apabila seorang bayi perempuan ditemui masih hidup dalam keadaan merengek dalam beg plastik sampah berwarna hitam, dijumpai di Taman Senangin, Senawang.

Inilah manusia yang berjaya UMNO-BN lahirkan sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan mereka di Malaysia. Apalah sangat erti kes sebegini kepada UMNO-BN, tak ada maknanya sebab tak akan mengubah apa-apa pun. Bagi mereka, kes tetap menjadi kes, perlu disiasat dan jika bersalah, sabitkan kesalahan dan kenakan hukuman yang setimpal seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara. Tak ada pun setitik dalam diri UMNO-BN untuk mengubah sistem keadilan di Malaysia kepada perundangan ISLAM yang lebih telus, adil serta menjamin hak keperibadian dan keadilan seseorang individu, tak kiralah individu itu Muslim atau pun tidak. Sebaliknya apa yang dilakukan UMNO-BN ialah memporak-perandakan sistem keadilan ISLAM dengan melaga-lagakan pemimpin tertentu supaya kelihatan seolah-olah sistem keadilan ISLAM itu tidak menggambarkan keadilan yang baik dan berterusan.

UMNO-BN seringkali berkata bahawa masyarakat bukan ISLAM susah hendak menerima hukum ISLAM. Kalau begitu, usahakanlah untuk diadakan satu dialog bagi menjelaskan kedudukan sebenar tentang keadaan dan perjalanan hukum kanun ISLAM. Jangan pandai bercakap sahaja sedangkan tak ada usaha yang dibuat, kalau tak mencuba, mana kita tahu hasilnya. Jika tak ada usaha yang berterusan, macam mana akan adanya perubahan! Harap perkara ini diambil berat terutamanya apabila Malaysia akan mendapat pengganti yang baru bagi jawatan nombor satu dalam kerajaan iaitu PERDANA MENTERI yang baru tak lama lagi...

0 KOMEN: