ROONEY buat skill lagi

Selaku antara pemain terbaik Eropah ketika ini, tak hairanlah jika Wayne Rooney senantiasa melakukan yang terbaik untuk dirinya serta pasukan Manchester United. Perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah kelmarin sekali lagi menjadi saksi kemampuan sebenar Rooney apabila berjaya membuat skill individu terbaik semasa perlawanan menentang FC Porto.

Sebenarnya, memang dah banyak kali beliau melakukan aksi sebegini, cuma kita je antara sedar dengan tak sedar. Seingatnya, kali terakhir dilakukan ketika menentang Chelsea dimana kesilapan dilakukan oleh Ricardo Carvalho membolehkan Rooney melakukan jaringan seperti di bawah. Jom kita sama-sama saksikan...

0 KOMEN: