Siapa Bunuh???



Anda mungkin tertanya-tanya, siapa yang bunuh gambar perempuan di atas. Saya sendiri pun tertanya-tanya siapa sebenarnya yang membunuh perempuan tersebut? Bagaimanapun, ketua pihak pendakwaan kes tersebut, Tun Majid Tun Hamzah, berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Dua hari yang lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.”

Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan “bodoh” (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).

Sebelum ini, pemimpin parti pembangkang telah berkali-kali mengaitkan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isterinya, Datin Rosmah Mansor, dengan pembunuhan Altantuya. Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah, bagaimanapun, telah menafikan dengan keras tuduhan itu.

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

p/s: Bila lagi keADILan akan ditegakkan? Bila Najib dan Rosmah akan dibicarakan?
credit to: harakahdaily.net & kerajaanrakyat.com


0 KOMEN: