MU get it late!


-FEDERICO MACHEDA-

Manchester dapat pada minit yang terakhir! Itu mungkin maksud yang tepat untuk ungkapan di atas apabila MU berjaya menundukkan Aston Villa semalam. Setelah mengharungi dua kekalahan yang amat mengecewakan serta memalukan sebelum ini, ditambah dengan ketiadaan beberapa pemain termasuk ROONEY, SCHOLES dan VIDIC, Manchester United menunjukkan bahawa pasukan juara tak mudah dijinakkan!
video

Gol terakhir pada minit ke-93 semalam menyaksikan MU berjaya menundukkan Villa dengan jaringan 3-2. Gol pembukaan MU dihasilkan oleh Ronaldo sebelum John Carew menyamakan kedudukan. Selepas itu, Agbonlahor terus menekan MU selepas berjaya menyumbat gol 2 Villa menjadikan kedudukan 2-1. Ronaldo kembali meletakkan MU di landasan kemenangan apabila menjaringkan gol kedua MU pada minit ke-80. Pemain muda MU yang membuat penampilan pertama bersama pasukan senior MU, FEDERICO MACHEDA, dimasukkan pada minit-minit akhir permainan dan kemasukannya tidak sia-sia apabila menjadi hero dalam kemenangan penuh emosi MU semalam.

GLORY GLORY MANUNITED!!!

3 KOMEN:

kahfi said...

nasib je 2.....

Anonymous said...

MU ni bukan mudah nak jinakkan.. Tapi hampir dijinakkan Aston villa... Apa yang penting, kena belasah Liverpool baru2 ni 1-4 dan time tu rooney masih ada lagi.. apa macam bro... and lastly kena pulak belasah fulham sebelum hampir dijinakkan oleh Aston villa...

seepot seedot said...

biasa la..adat perlawanan..ada menang ada kalah...redha je la!

haha!

sapa hang ni?