Rentak Sang Juara!


Langkah sumbang Manchester United untuk beberapa perlawanan lalu ternyata tidak mengganggu emosi pemain-pemain apabila berjaya menewaskan FC PORTO semalam dan seterusnya melangkah penuh bergaya ke semi final UEFA Champions League menentang Arsenal. Syabas buat ayam tambatan ManUtd, Cristiano Ronaldo yang nampaknya tidak berjaya 'ditambat' sepenuhnya oleh pemain-pemain FC PORTO. Ronaldo membuktikan sentuhannya masih lagi berbisa apabila merembat kencang dari jarak sukar menewaskan penjaga gol PORTO, Helton yang nampaknya seakan-akan gugup!

Rembatan peluru Cristiano Ronaldo dari jarak 37 meter sudah cukup untuk memberikan kemenangan bersejarah buat Manchester United!!!

video

credit to: http://manunitedfcvideoclips.blogspot.com/

0 KOMEN: