Dah Lama Tak Rasa 'KEKALAHAN'!



Dah lama tak rasa kekalahan kan? Sebelum ni asyik menang dan menang sahaja. Semalam segalanya membuktikan bahawa semua pertandingan mesti ada yang menang dan mesti ada yang kalah...takkan ada yang seri!

Tetapi kekalahan semalam amatlah memeritkan hati. Bayangan kekalahan sudah aku jangkakan sebab Alex Ferguson teramatlah berani dengan tidak menurunkan langsung ROONEY dan RONALDO dalam kesebelasan utama atau setidak-tidaknya sebagai simpanan. Sehinggakan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan ManUtd tidak berjaya menyumbat masuk dua daripada empat sepakan yang diambil.

Ini bermakna ManUtd terpaksa gulung tikar dalam Piala FA kerana sudah tersingkir. Everton akhirnya menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat seri tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan.

Dengan kemenangan ini, Everton menempah tempat ke perlawanan akhir untuk menentang Chelsea pada 30 Mei depan. Bagi Manchester United, kekalahan ini memusnahkan hajat untuk meraih lima gelaran musim ini.

p/s: Pengajaran buat ALEX FERGUSON supaya lain kali tidak mempertaruhkan pemain-pemain muda sahaja!

0 KOMEN: