Dato' Seri Anwar Ibrahim dah kembali

Akhirnya Anwar akan bersumpah esok

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen esok.

Ia diumumkan di Dewan Rakyat sebentar tadi dan ia menjadi kenyataan, Anwar dipercayai menjadi anggota Parlimen pertama mengangkat sumpah dalam tempoh kurang 48 jam selepas memenangi pilihan raya kecil.

"Keputusan pilihan raya umum kecil Permatang Pauh sudah diketahui dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau akan mengangkat sumpah esok. Segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kemudian," kata Pandikar.

Anwar yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

0 KOMEN: