Anwar menuju ke PUTRAJAYA



Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Permatang Pauh sekali lagi digegarkan dengan Tsunami pilihanraya yang ke-12 yang lalu..esok secara rasminya akan keluarlah orang2 Permatang Pauh bagi menentukan siapa yang layak memegang tampuk pemerintahan Permatang Pauh...dan jugak segala debaran tentang siapa yang layak ke Parlimen bagi mewakili orang2 Permatang Pauh juga akan terungkai pd petang esok selepas keputusan diumumkan...bagi Pakatan Rakyat dan UMNO,keputusan esok adalah amat penting dlm menentukan halatuju Malaysia...Pakatan Rakyat begitu komited dengan kemenangan Anwar Ibrahim sementara UMNO dalam dilema kerana kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan sekali ke Parlimen selepas beberapa tahun 'menyendiri'...dan jika itu berlaku,maka terkedulah PAKLAH dan Najib dengan kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh...tu kalau menang laa...

Penat mendengar kempen UMNO di tv belum lagi habis...apa tidaknya,setengah jam berita di TV3 (Buletin Utama),semuanya memaparkan tentang keyakinan UMNO akan kemenangan mereka pada pilihanraya esok...tak habis setengah jam,sambung semula selepas berita sukan..isu yang dimainkan apa lagi,tentang Saiful Bukhari Azlan laa...orang yang dalam masa beberapa jam sahaja telah menjadi popular mengalahkan MAWI WORLD...semua orang dah tahu akan perihal si Saiful ni...tak payah diulas lebih lanjut sebab perabis air liur je!!!Najib,PakLah dan pemimpin UMNO yang lain semuanya mengulas akan yakinnya kemenangan UMNO di Permatang Pauh...bagai nak pecah telinga mendengar kempen UMNO yang terang-terangan menggunakan media massa sebagai alat kempen atau kepentingan politik semata-mata...kalau rakyat Malaysia ni buka mata dan minda dengan seluas-luasnya,aku yakin UMNO keparat tu akan tumbang di Permatang Pauh dengan takde langsung undi...tak ada ruang langsung untuk Pakatan Rakyat berkempen selain daripada berkempen di Permatang Pauh...TV dan segala alat media massa diperalatkan oleh UMNO demi kepentingan mereka...!!!inikah yang dikatakan demokrasi?nilah demokrasi HADHARI tajaan PAKLAH HADHARI!!!sampai sekarang entah kemana perginya ISLAM HADHARI PAKLAH tu...entah ada entah tidak..datangnya tak diundang,perginya tak bersahut...apa lah yang diagungkan sangat dengan ISLAM HADHARI tu sedangkan ISLAM ciptaan ALLAH ni adalah lengkap dan sempurna...tak ada keraguan yang boleh disabitkan dengan kebenaran ISLAM ciptaan ALLAH yang MAHA ESA!!!

Harap2 orang Permatang Pauh tidak tersilap dengan undi yang akan mereka pangkah esok...kalau tersilap,padahlah jawabnya...moga ISLAM yang Syumul akan terus bergemerlapan di bumi wakafan ALLAH ini dengan kemenangan Pakatan Rakyat...ALLAHUAKBAR!!!

0 KOMEN: