Terengganu kehujanan...

Alhamdulillah...
dah dua hari di negeri sendiri.
asalnya malas sangat nak balik.
sebab cuti kebiasaannya dihabiskan tanpa buat apa-apa.
lepak bersama kawan-kawan, jalan sana-sini.
tapi mengenangkan kakak-kakak yang masih ada,
dan anak sedara yang nakal-nakal tu,
serta sanak sedara yang dah lama tak jenguk,
keinginan untuk balik sudah bertukar perasaan riang gembira.
GEMBIRA sangat-sangat dapat jumpa semua dalam kehujanan.
TERENGGANU yang sudah hampir seminggu kehujanan!

Nasib kakak sulung di Felda Chini masih dalam redha Ilahi lagi.
keadaan masih begitu dengan kaki yang tak mampu bergerak.
tangan kanan yang asalnya tak boleh bergerak,
sekarang dah boleh bergerak.
namun tangan kiri pula yang tak boleh bergerak.

Moga Rahmat Allah sentiasa berada bersama dia.
moga dipermudahkan Allah dalam mengharungi kesakitan yang dialami.
Ameen.


~menulis dalam kehujanan~

8 KOMEN:

Amy Syaquena said...

Assalam..

kat sini pun setiap hari hujan, wisau je banjir..hu3..

Tok Esah said...

terengganu kehujanan??? huhu apa macam family tok kat sana yer.. semoga selamat hendaknya.. 3mggu lagi bru balik kg

Aku_Insan said...

besnye balik ganu!!

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

kakamy: kat mana tu?KL erk...

tok esah...familt tok kat mana...nanti boleh saya jenguk2kan.
hehe

saefullah: kat mana tumpahnya darah kalau tak negeri sendiri...
salam.

Amy Syaquena said...

As'salam..

kat kelate dik...

Suhaila S. said...

ujan ke.. sy baru nok balik mlm ni eh..
kakak awk ape cerita? semoga cepat sembuh!

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

kak amy: Kelate bumi serambi Makkah.
best duk sana...hehe.

su: kakak masih spt diceritakan dlm blog ni...insyaAllah kuasa Allah tu Maha Agung. Maha Penyembuh.
dh hmpir smggu hujan ni...memanjang je...blik nnti hati2.

Amy Syaquena said...

As'salam..

singgah lagi membalas kunjungan malam..