Cerita 2: Jangan Malu Bertanya

Saya ni suka bertanya ke? Mungkin!
Kisah pergi ke Chini Pahang ni belum habis lagi. Sampai di Hentian Putra setelah ditolonghantarkan oleh dua orang sahabat baik, saya terpaksa tunggu bas selama dua jam akibat tiket awal tak ada. Solat Jumaat terpaksa ditinggalkan dan diganti dengan Solat Jamak dan Qasar untuk Zohor dan Asar.

Dengan harga tiket rm23, pukul 4 petang saya selamat menaiki bas untuk ke Chini Pahang. Hati berdebar-debar nak tahu keadaan kakak sulung yang khabarnya dah seminggu masuk hospital. Perjalanan melalui Seremban dan terus ke Kuala Pilah dan masuk ke Pahang.

Sampai kat Bandar Tun Razak, saya pun tanya pada drebar bas untuk ke Chini.
Saya: Pakcik, jauh lg ke simpang ke Chini ni pakcik?
Drebar: Jauh lagi, awak tidur dan mimpi 2 atau 3 kali lagi barulah sampai kat simpang Chini tu.

Kami ketawa sama-sama. Haha. Pakcik drebar tu bergurau tapi memang jauh lagi katanya dan sekejap lagi dia nak berhenti Solat Jamak dulu kat Muadzam Shah. Katanya bagus bertanya sebab nanti tak sesat.

Akhirnya jam 10mlm, saya sampai juga di Chini. Tak mengapalah asalkan selamat sampai.
Ingat, jangan malu bertanya.

1 KOMEN:

CIK TOM said...

wah hebat alexa rank website tranung..dl pernah jgk buka..byk info menarik..xsemuanya politik..