Al-Fatihah buat Din Beramboi


Arwah sentiasa membuat kita ceria.
Walauapapun perasaan kita, beliau tetap menghiburkan kita seadanya beliau dahulu.

Rasanya masih belum terlambat untuk buat ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri di atas pemergian insan teristimewa ciptaan Allah itu.

Beliau pergi meninggalkan kita pada 2 April yang lalu setelah hampir 4hari bertarung dengan nyawa di Hospital Selayang.

Begitulah cerita kisah suka-duka manusia. Allah tidak pernah sesekali 'berlawak' apabila mengambil nyawa setiap umatNya. Tak kira siapa beliau dan tak kira dimana beliau berada. Apa yang disedihkan ialah, Allah mengambil nyawanya tatkala beliau masih mampu bergelak ketawa bersama semua orang. Bukan menyangkal kuasa Allah, tapi itulah bukti Allah mampu dan boleh berbuat apa sahaja walau umatNya di dalam keceriaan sekalipun.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin...

0 KOMEN: