ROONALDOOOOO!!!!


Menang lagi...

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo ditabal Pemain Terbaik Eropah 2008 semalam, sekali gus membolehkannya meraih anugerah Bola Emas. Kejayaan Ronaldo menggondol anugerah tersebut menghampakan penyerang muda Barcelona, Lionel Messi yang sekadar berada di tempat kedua. Manakala penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres di tempat ketiga berdasarkan undian yang dilakukan oleh majalah France Football.

"Ini adalah salah satu daripada hari yang terhebat dalam hidup saya. Saya telah mengimpikan untuk memenangi trofi ini sejak kecil lagi,"kata Ronaldo.

Berdasarkan undian yang dibuat di kalangan wartawan-wartawan sukan bola sepak, Ronaldo ternyata unggul apabila meraih 446 mata diikuti Messi (281) dan Torres (179). Jumlah undian yang diperoleh Ronaldo itu hanya dua mata melebihi undian yang diterima perancang AC Milan, Kaka ketika memenangi anugerah yang sama tahun lalu. Ketika itu, Ronaldo sekadar berada di tempat kedua apabila meraih 277 mata, manakala Messi di tempat ketiga dengan 255 mata.


Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya sambil berkata: "Saya berharap untuk memenangi anugerah ini sekali lagi."

Untuk rekod, Ronaldo menjadi pemain keempat United yang memenangi anugerah ini selepas kali pertama diraih George Best pada tahun 1968. Ronaldo menyumbang 42 gol dalam semua pertandingan musim lalu yang turut menyaksikan dia membantu United muncul juara Liga Perdana England serta Liga Juara-Juara.

Terdahulu, Ronaldo telah meraih dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFPro selain menggondol anugerah Kasut Emas Eropah dan Pemain Terbaik Kelab Eropah. Dengan dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah, Ronaldo juga muncul pemain pertama yang beraksi pada kempen Liga Perdana England meraih anugerah tersebut selepas bekas penyerang Liverpool, Michael Owen melaku- kannya pada tahun 2001.


Dia juga muncul pemain ketiga Portugal meraih anugerah itu selepas Eusebio pada tahun 1965 dan Luis Figo (2001)...

Go...Go...Go...ROONALDOOOO!!!!