Balik kampung ke TIDAK????

Raya dah dekat dan selalunya keputusan ni memang susah nak dibuat iaitu antara balik kampung atau tidak...TOLONG!!!! Beginilah selalunya setiap kali nak raya sejak kebelakangan ni. Kalau raya di kampung memang tiada maknanya lagi. Sebolehnya aku ingin nak beraya di tempat lain contohnya rumah kakakku di Pahang atau di kelantan. Raya di kampung dah jadi rutin biasa iaitu selepas ziarah pusara ayah ibu dan melawat rumah jiran-jiran, acara seharian ialah tidur sepuasnya.

Hari raya sebenarnya sudah tiada makna lagi selain menyambutnya sebagai hari kegembiraan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan. Apa lagi yang nak diharapkan setelah perginya dua insan tersayang dalam hidup. Ibu ayah telah dipanggil olehNya bertahun yang sudah.

Rasanya baru semalam dpt mendengar leteran ibu menyuruh itu ini. Rasanya baru semalam ayah pulang membawa rezeki untuk aku dan keluarga. Rasanya baru kelmarin aku dapat tengok ibu dan ayah gembira dengan pencapaian aku di sekolah. Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama ibuayah untuk diingati sehinggakan pernah kurasa bahawa aku berada di tengah tengah hiruk-pikuk lautan manusia yang tidak pernah tahu akan kewujudan aku. Semuanya dah jadi igauan ngeri dan mimpi hitam dalam kamus perjalanan hidup ini. Tiada lagi ucapan atau nasihat dari ibuayah untuk aku terus menimba ilmu. Tiada lagi detik ceria jika aku berjaya mengecapi nikmat dunia ini, hanya senyuman dan ucapan tahniah dari ahli keluarga kuharapkan dpt kuterima di hari kejayaanku nanti.

Apa yang lebih memburukkan keadaan dan merunsingkan diriku sekarang ialah tiada lagi doa seorang ibu untuk aku jadikan pendinding menempuh hari-hari mendatang. Aku bimbang jika hidupku dahulu 'dilindungi' oleh doa ibuku yang tak putus-putus memohon kesejahteraan untukku. Apa akan jadi untukku di masa mendatang jika doa ibu sudah tidak melindungiku lagi.

Memang sukar untuk menjejakkan kaki ke kampung yang sudah sepi dan sunyi tu. Perasaan selalunya bercampur-baur setiapkali terpandang rumah pusaka tinggalan arwah. Hanya teman-teman sekampung yang menghiburkan suasana. Tiada apa lagi yang tinggal disana kecuali hingar-bingar kanak-kanak menyambut hari raya sepertiku semasa kecil dahulu.
Tiada apa lagi yang dpt kusaksikan kecuali kemeriahan org2 kampung menyambut hari
kegembiraan seluruh umat Islam nanti.

Oh Tuhan, sungguh agung kuasaMu menjadikan diri ini tabah menghadapi segalanya. Aku percaya janjimu kepada umat sekerdil aku tidak pernah padam dan aku terus berdoa agar aku terus diberi kemudahan untuk menjalani hidup ini sebaik mungkin. Berilah aku membuat keputusan yang sebaik mungkin.

2 KOMEN:

akalili said...

tabahkan hati...pasrah dg ketentuanNya...syukri,hambaNya yang kuat dan tabah,sebab tu syukri diuji...sabar lah..bykkan berdoa utk ibu bapa syukri di sana...insyaAllah,syukri akan berjumpa mereka 1hari nnti di sana...

SEEPOT SEEDOT said...

insyaAllah...