Whats, OPERATION???!!!!!!!!!!!!

Lamanya rasa tak menulis.
bnyk juga perkara yg berlaku dua tiga menjak ni.
laptop buat masalah.
masalah FYP yang asalnya nampak mudah, sebenarnya menyusahkan.
subjek2 MFI yg belum dihabiskan.
masalah keluarga yang berpanjangan dan tak mungkin akan berkesudahan tu!

dan yang terbaru, aku disuruh doktor menjalani satu pembedahan
secepat yang mungkin.
apa??? PEMBEDAHAN?????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TAK MUNGKIN AKU!!!!!!!!!!!!!! TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!

entah la...aku pun tak tahu mcm mana ianya terjadi.
kesakitan yang aku alami rasanya dah lama.
tapi aku buat tak tahu je selama ini, bercampor dgn aku ni memang
malas nak jmpa doktor sebenarnya.
sampai satu ketika terdetik kat hati nak buat pemeriksaan
kat klinik.

kusangkakan panas hingga ke ptg rupanya hujan di tengahari.
lain yang jadi, sampai je kat klinik tu dlm pkul 10pg...doktor suruh aku
bukak seluar...dia tengok-tengok kat bahagian 'tu',
lalu kes aku dirujuk ke bhgn pakar di tingkat atas klinik tu.temujanji dibuat.

pukul 2ptg, aku datang kembali ke klinik tadi dan doktor pakar tu
pun tengok-tengok sekejap kat bahagian 'tu' lantas dengan selambanya
menyuruh aku menjalani satu pembedahan secepat yang boleh.
tak ade perasaan betol punya doktor, isk isk isk!!!
bagi la nasihat ke, kata-kata hikmat ke...baru la suruh bedah..
ini tidak, nak buat pembedahan mcm nk suruh makan ubat!

apa lagi..aku pun memang kecut perut...dah la nak gi jumpa doktor
pun dah takot, ni kan pulak nak buat pembedahan...
boleh melayang nyawa aku tu!

dua tiga hari pikir punya pikir,
aku tak akan menjalani pembedahan tu.
TAKOOT!!!

sekarang aku mencuba rawatan dari HPA yang menggunakan
herba asli bumi.
apa yang disarankan oleh seorang pengamal perubatan HPA atau dipanggil Herbalis
ialah aku disuruh makan ubat Tuju Angin 6 biji satu hari, 3biji
waktu pagi dan 3biji waktu ptg. selain disuruh makan pisang
dalam kadar yg bnyk setiap hari dan urut bahagian 'tu' dengan
Minyak But-but dari HPA.

apa yang penting, aku perlu yakin dgn perubatan herba nidan juga dgn kuasa dari Allah.
ini juga adalah peluang untuk aku memantapkan diri dengan HPA sbb aku dah menjadi ahlinya
sejak setahun yang lalu. harap-harap HPA dapat menolong aku
dan dengan kuasa dari Allah jualah aku memohon perlindungan
dan keselamatan.

InsyaALLAH dan harap-harap aku kembali normal mcm orang lain.
Amin...

2 KOMEN:

Salsabila said...

operation ape tu? huhu

seepot seedot said...

mslh lelaki...
malu nk royat whai doctor.

hehe.
dia suruh bedah, tp takut effect
lepas bedah tu.

skrang guna ubatan herba dlu.