Misi Kemanusiaan ke Kedah


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Dua hari yang telah lalu, saya dan sahabat-sahabat dari Jabatan Amal Serdang telah memberikan bantuan yang tak seberapa bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah. Walaupun kami lambat sampai menghulurkan bantuan dikala ramai sukarelawan telah datang membantu sebelum ini, namun pengalaman menceritakan kisah yang sebenarnya.


sukarelawan Unit Amal PAS...

Dipendekkan cerita, ternyata apa yang dihebohkan media terutama RTM dan Media Prima semuanya bohong dan fitnah karut yang dibuat ke atas kerajaan negeri Kedah. Apa yang berlaku pada dua hari kami disana ternyata menggambarkan keadaan sebaliknya. Tiada seorang pun penduduk berkata yang mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan Kedah. Kalau adapun cuma bantuan tu lambat sedikit untuk sampai kepada semua mangsa banjir. Malahan ada penduduk yang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak membantu dari segi wang ringgit dan juga tenaga manusia yang sememangnya susah dibekalkan oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO BN. Inilah yang terjadi jika kita hanya bergantung pada TV di rumah semata-mata.Media yang memainkan isu kononnya kerajaan Kedah tidak membantu ternyata menipu rakyat semata-mata tanpa mempedulikan perasaan dan rasa hormat kepada kerajaan Kedah. Tak hairanlah jika Menteri Besar Kedah sangat marah dengan tindakan beberapa media yang membuat liputan keadaan banjir di Kedah dengan menemurah mangsa-mangsa banjir di tepi jalan tanpa bertanya hal yang sebenar kepada kerajaan Kedah. Main hentam keromo je. Ini apa yang saya dapat tahu dari penduduk negeri Kedah sendiri.


sukarelawan dari Nisa'...


sukarelawan dari Briged Amal Selangor...

Sepanjang dua hari disana, masalah utama yang dapat dilihat ialah kurangnya alat untuk membuat proses pembersihan termasuk tenaga manusia yang sememangnya tidak mencukupi. Nasib baik ratusan sukarelawan dari Pakatan Rakyat dan NGO memberi bantuan mengurangkan beban semua mangsa banjir. Kami langsung tidak tahu dimana khemah bantuan dari UMNO BN dan lebih teruk lagi, ada penduduk kecewa dengan UMNO BN yang hanya membantu ahli-ahli mereka sahaja. Ada juga beberapa kedai barangan plastik dikatakan membuat jualan lelong kepada mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung. Tahniah diucapkan.


keadaan rumah seorang OKU...


kerja pembersihan dengan 'water jack'...


sepakat membawa berkat...


siap...

Kami disana pun cuma membantu sekadar yang termampu dengan membuat pembersihan ke atas rumah seorang OKU dan ibu tunggal. Rumah OKU tersebut ternyata sukar dibersihkan tanpa tenaga manusia dan alat yang betul seperti 'water jack' dan lain-lain. Selut basah yang tebal dan juga kering tidak mungkin mampu dibersihkan oleh OKU tersebut. Apa yang lebih memilukan bila melihat seorang ibu tunggal menyusun semula barangan yang telah rosak akibat terlalu lama ditakung air. Pelbagai barangan termasuk bekalan makanan dan pakaian
disumbangkan oleh orang ramai namun tidak semua barangan ini diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir kerana apa yang lebih diperlukan ialah sumbangan berbentuk wang ringgit dan tenaga manusia untuk membantu kerja-kerja membersih kawasan rumah.

seorang ibu tunggal menyusun peralatan yang rosak...


bantuan yang dihulurkan orang ramai di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut.

Dalam menghadapi keadaan banjir buruk tu, penduduk di Kedah sekarang sebenarnya sibuk dengan majlis memperingati mangsa-mangsa Memali iaitu tragedi menyayat hati yang berlaku pada 19 November 1985 semasa pemerintahan Mahathir dulu. Pelbagai majlis diatur sempena majlis tersebut yang diadakan setiap tahun di Kampung Memali. Solat hajat, membaca Al-Quran dan lain-lain diadakan sempena memperingati mangsa-mangsa yang terbabit.

Akhirnya kami pulang dengan jawapan konkrit dari penduduk bahawa ternyata semua fitnah dan hasutan pihak media sebelum ini adalah mengarut tentang kerajaan negeri Kedah. Dan yang terbaru, Sultan Kedah murka kepada media yang membuat liputan apabila memberitahu kerajaan Kedah tidak membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Sultan sungguh kecewa!

Sekian.


1 KOMEN:

Tomato Gurl's Life said...

bagusnya buat kerja amal..biasa anak muda xramai nak buat kerja amal camni..teruskan ye ^_^