Alhamdulillah...hari ni dah hari keenam berpuasa.
Allah masih memberi peluang kepadaku untuk merasai
dan menikmati keenakan Ramadhan kali ini.
Ternyata, aku masih lagi diberi pilihan olehNya
tatkala ramai umat Islam yang lain sudah pergi menghadapNya.
Ramadhan...Bulan seribu Bulan.
Ungkapan yang sering aku dengar.
Bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat, pengampunan, kemuliaan, dan semuanya.
Janji Allah kepada umatNya sesungguhnya bukanlah suatu yang tipu semata-mata.
Allah telah memberi hadiah iaitu Ramadhan agar umatNya dapat mendekatkan diri kepadaNya.
Saat ni juga sudah 5 hari aku dapat menjalankan ibadah puasa, tidak termasuk hari ini.
Apa yang kuharap ialah semoga hari ini akan dapat kuhabiskan untuk yang keenam kalinya aku diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Sepanjang 5 hari ni, aku berbuka puasa di masjid dengan semua jemaah masjid.
Alhamdulillah rezeki dikurniakan Allah itu banyak melimpah ruah.
Malah sentiasa ada baki atau lebihan yang disumbangkan oleh
orang perseorangan atau badan kebajikan kepada pihak masjid.
Inilah antara kelainan yang aku buat pada tahun ini.
Tahun-tahun lepasnya, aku sentiasa berbuka puasa dengan membeli-belah di Bazar Ramadhan. Kalau dulu, aku tak biasa berbuka puasa di masjid
tapi sekarang semuanya sudah menjadi mudah.
Inilah juga kelainan antara cara berbuka puasa di kampungku
dengan gaya di Bandar Besar seperti Bandar Baru Bangi ni.
Moga sebulan puasa ini penuh dengan keberkatan dari Ilahi.
Ameen...