Rampasan Kuasa Terbesar di abad ini


Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Penantian hampir setahun siapakah yang menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah terjawab hari ini dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN).

Zambry dilantik sebagai menteri besar selepas BN memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran sokongan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) keluar parti masing-masing akhir Januari 2009.

Pada 13 Feb tahun lalu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei 2009, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah sah mengikut perlembagaan.

Sumber: wargamarhaen.blogspot.com/ harakahdaily.net

0 KOMEN: