Minyak TURUN Lagi...!!!!

Majoriti rakyat Malaysia hari ini bolehlah tersenyum riang rasanya sebab minyak dah turun lagi. Kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI hari ini telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok (1/11/08).

Aku sebagai rakyat Malaysia merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada PAKLAH sebab menurunkan lagi harga minyak...Walaupun penurunan ini masih dirasakan belum memenuhi kehendak rakyat tapi sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung...

Harga petrol RON97 atau dipanggil minyak hijau dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 atau dipanggil minyak merah dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Walaupun aku dah tiada kenderaan, tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakan2 aku yang terpaksa memberi tumpang pd aku setiap kali pergi ke kelas...hehe!

HIDUP PAKLAH HADHARI!!!