Tuah Ayam Nampak Dikaki,Tuah Manutd Nampak Dikaki Ronaldo


Manchester United memulakan aksi minggu ini dengan penuh keyakinan apabila berjaya menundukkan kelab yang dah tak berapa konsisten dlm EPL iaitu Bolton Wanderers dengan kemenangan 2-0...dah lama rasanya Manutd tak menang dengan jumlah jaringan 2-0 ini terutamanya dengan kehadiran semula penggempur berbisa Manutd iaitu Cristiano Ronaldo yang berjaya menjaringkan gol pada pertengahan babak kedua melalui sepakan penalti...Abang kesayanganku,si Wayne Rooney tak kurang hebatnya apabila berjaya menjaringkan satu gol menarik yang biasa dilakukannya pada minit-minit akhir perlawanan setelah masuk menggantikan Carlos Tevez..Walaupun aksi Dimitar Berbatov masih lagi tidak mampu menjaringkan sebarang gol buat Manutd namun gerakan-gerakan serta hantaran-hantaran berbahayanya kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Bolton......purggh!!!ada gaya pengulas sukan ni!!!hehehe...see the team laa brother...ni kan Manchester United!!!

Apa pun,game malam semalam telah memberi bekalan moral yang tinggi buat Manutd yang sedang mengejar Chelsea dan Liverpool bagi mempertahankan gelaran EPL musim 2008/2009 ini..hampir 100% 'ball possession' game semalam dikuasai oleh Manutd namun gol yang dicari-cari muncul hanya pada pertengahan babak kedua hasil lakonan bersahaja yang ditunjukkan oleh si pelakon utama Manutd,Cristiano Ronaldo...tak tahu macam mana pengadil malam semalam boleh memberikan penalti kepada Manutd..Sir Alex
Ferguson sendiri pun terkejut besar dengan penalti yang dberi kerana sebelum ini memang susah pengadil EPL nak bagi free je penalti kpd Ronaldo yang sentiasa berlakon untuk menjatuhkan badan di dlm kotak penalti...ternyata pengadil malam semalam mudah ditipu oleh Ronaldo..tapi ni la yang dikatakan tuah manusia...tuah ayam nampak dikaki tapi tuah Manutd nampak di kaki jugak..dikaki Ronaldo..hahaha!!!

tapi yang tak sedapnya semalam ialah musuh-musuh Manutd iaitu Chelsea dan Liverpool turut memenangi perlawanan masing-masing..Chelsea berjaya mengalahkan Stoke City dengan 2-0 dan Liverpool berjaya mengalahkan Everton juga dengan kemenangan 2-0...walaubagaimanapun,nasib Arsenal malang minggu ni kerana tewas kepada HullCity dgn jaringan 2-1..

Apa yang hendak dikatakan lagi ialah halangan dan perjalanan masih lagi jauh untuk ditempuh...macam biasalah,Manutd memang bermula agak lembap seperti season-season sudah...namun begitu,Manutd sedang mengejar dari belakang dan hanya menunggu masa sahaja untuk kembali merampas kedudukan teratas EPL..sebarang kesilapan akan membawa padah kepada pasukan-pasukan diatas terutamanya Chelsea dan Liverpool yang sentiasa
menjadi musuh utama kepada Manutd...GLORY GLORY MANUTD!!!

0 KOMEN: