Ir. Nizar Calon PAS di Bukit Gantang


Harakah melaporkan, Menteri Besar Perak yang sah, Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy. Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu.

Nampaknya, UMNO-BN terpaksalah mengubah strategi pilihanraya selepas calon yang disebut-sebut sebelum ini iaitu Mat Sabu dan Ust Idris Ahmad tidak dicalonkan...

Jenayah di Selangor...

Takutnya aku berada di negeri Selangor. Apa tidaknya, kejadian jenayah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Terbaru,TV melaporkan semalam bahawa seorang mayat wanita ditemui dalam keadaan bogel dengan hanya memakai seluar dalam dan coli. Memang la lawa wanita tersebut kalau masih hidup, tapi dia dah kembali menemui-Nya. Nauzubillah, kejamnya manusia!!!

-Anggota polis hanya mampu menyiasat sahaja perilaku kejam manusia bertopengkan binatang-

Mayat wanita itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel yang melalui jalan pintas untuk ke tempat kerjanya di Sungai Choh, Hulu Selangor. Dia tergamam melihat satu mayat wanita dalam keadaan separuh bogel tergantung di sebatang pokok durian.

Pihak polis percaya selepas mangsa dirogol, suspek kemudian menjerut leher mangsa dengan menggantungnya pada dahan pokok durian tersebut.
Manusia lah jaguh paling kejam di muka bumi ini...

Sambungan Kisah Ayam


WOW..SEDAPNYA AYAM NI!!!

Oleh kerana sambutan dan penerimaan yang amat hangat sekali ke atas artikel aku dalam tranungkite.net kelmarin, aku sambung lagi tulisan mengenai kisah ayam yang dipertontonkan di kaca TV3 beberapa hari yang lalu. Kisah cara penyembelihan ayam yang amat diragui oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) sehingga ditemui 1,863 kilogram ayam yang telah siap disembelih dengan cara yang salah, akan dipasarkan ke seluruh Selangor dalam masa terdekat. Dan tidak mustahil, sebelum ini penduduk Selangor telah memakan ayam yang disembelih dengan cara yang tidak betul itu. Oleh sebab hal ini baru ditemui hari ini, bagaimana kalau perkara itu dah berlarutan sejak bertahun-tahun dahulu. Nauzubillah...Apa yang telah kita makan selama ini? Apa yang telah kita beri makan pada anak-anak kita untuk membesar dengan sempurna?

Memang la orang ramai atau kita sebagai masyarakat akan ambil peduli mengenai perkara ini untuk sementara waktu ini, tapi aku yakin dalam masa beberapa hari lagi masyarakat akan tidak akan ambil kisah mengenai kisah ayam tidak HALAL ini dek kerana ianya adalah tidak diberi penekanan sangat oleh pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN. Samalah juga dengan kisah kita memboikot barangan keluaran ISRAEL, pada masa Palestin diserang bertubi-tubi oleh ISRAEL Laknatullah, kitalah orang yang berada di barisan hadapan sekali dalam memboikot semua barangan keluaran ISRAEL Laknatullah. Kalau boleh, semua produk dari ISRAEL atau yang memberi sumbangan kepada ISRAEL hendak kita boikot. Tapi cuba kita tengok dan perhati sekarang, berduyun-duyun orang beratur di setiap Restoran McDonald, KFC, PIZZA Hut dan lain-lain. Seolah-olah jihad yang kita perjuangkan beberapa hari dahulu adalah untuk sementara sahaja. Kemana perginya semangat jihad 'kecil' kita untuk membantu umat Islam di Palestin. Sedarkah kita bahawa dengan membeli produk keluaran ISRAEL atau yang memberi sumbangan kepadanya, kita seolah-olah sedang menghantar sebutir peluru kepada penduduk Palestin yang sedang menanggung derita sengsara. FIKIRLAH! Janganlah kita menjadi orang yang membuat sesuatu perkara itu bermusim!

Berbalik kepada komen yang diterima dalam tranungkite.net, ramai yang mengatakan bahawa alangkah eloknya kalau diwujudkan atau diketengahkan pengeluaran AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Cadangan yanag amat bernas kerana ayam organik HPA adalah dijamin keHALALANnya dari segi hukum syarak, bukan sahaja kaedah penyembelihan tetapi kaedah penternakannya amatlah diyakini kerana tidak diberi makan dengan sembarangan makanan seperti yang biasa diberi kepada ayam-ayam bukan organik. Cara penternakannya juga adalah amat berbeza daripada ayam biasa. Secara ringkasnya, ayam organik HPA adalah bebas daripada penggunaan bahan kimia tidak halal, selain itu ianya diberi makanan herba serta bebas daripada penggunaan MSG bagi tujuan menyedapkan rasa yang digunakan dalam kebanyakan produk masa sekarang. Satu perkara lagi yang menarik tentang AYAM ORGANIK HPA ialah ramuannya disenergi dengan herba terpilih yang dikeluarkan khusus kepada semua pengguna Muslim. Kalau anda hendak mengetahui lebih lanjut, lawatilah laman web HPA.com.my yang akan memberi gambaran secara jelas dan nyata mengenai AYAM ORGANIK keluaran HPA Industries Sdn. Bhd.

Apa yang aku ingin nyatakan disini ialah bukan peluang perniagaan yang amat diimpikan dalam penulisan artikel ini tetapi masalah umat Islam sekarang yang sentiasa berdepan dengan permasalahan HALAL dan HARAM yang sentiasa membelenggu kita semua. Tanggungjawab yang diberikan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini menyedarkan kita bahawa kita perlu sentiasa pesan mengingati antara satu sama lain demi agama ISLAM yang kita cintai. Sebenarnya saban hari kita tidak sedar tentang status HALAH HARAM sesuatu produk yang kita makan, dan jika kita seseorang itu amat sensitif mengenai hal ini, belilah buku yang dikeluarkan khusus oleh CAP iaitu Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai status sesuatu produk di Malaysia. Aku yakin, anda akan terkejut jika membaca buku itu kerana sebenarnya hampir 90% produk di Malaysia adalah diragui status HALAL dan HARAMnya!

Sedih...Marah...dan Kecewa!

Apalah nasib orang-orang Islam seperti aku yang sentiasa dibayangi oleh kedegilan orang-orang bukan Islam. Walaupun telah diajar berkali-kali bahawa cara hidup orang-orang Islam tidak sama dengan orang-orang bukan Islam, tapi apakan daya, tuntutan kehidupan membatasi segalanya. Ada yang sanggup ambil jalan mudah untuk menjayakan agenda tersendiri sehingga sanggup mempertaruhkan akidah orang Islam.

Aku merujuk kepada perkembangan yang berlaku sekitar beberapa hari ini apabila TV3 menyiarkan berita mengenai kedegilan seorang pengusaha tempat sembelihan ayam kerana tidak mengikut garis panduan yang betul apabila penyembelihan dilakukan. Menonton berita di TV3 tu, aku rasakan telah termakan ayam itu kerana tempat penyembelihan itu berada di negeri Selangor iaitu tempat aku duduki sekarang.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam yang berada di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat. Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.

Ini sama halnya dengan ayam cucuk, ayam yang tidak disembelih tetapi menggunakan alat untuk mencucuk di leher ayam tersebut supaya mati. Ayam ini tidak halal dimakan oleh umat Islam kerana dikategorikan sebagai bangkai. Untuk mengenal ayam cucuk ialah di leher ayam tersebut ada kesan lubang seperti dicucuk. Seperti gambar di bawah:

-Gambar diambil dari isuhangat.blogspot.com-

Kalau dalam Islam syarat sah sembelihan ialah mesti putus urat halkum dan urat merih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh di angkat pisau tersebut semasa proses penyembelihannya.

-Gambar diambil dari isuhangat.blogspot.com-

Tapi bagi pemimpin negara, aku amat kesal kerana tak ada sebarang tindakan susulan pun diambil ke atas berita itu. Malahan,pemimpin berkenaan rilek je, seolah-olah masalah tu bukan masalah utama umat Islam. Padahal itulah yang akan mengenerasikan umat Islam suatu hari nanti, yang kini sentiasa dipengaruhi oleh perbuatan yang tidak bermoral. Seperti kata Imam Al-Ghazali, kalau kita mahu anak kita soleh dan solehah, makanlah dari apa yang HALAL sejak dari janin lagi. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka jika diberikan makanan dari sumber yang HARAM atau kotor! Biiznillah...

Nasib LABU LABI


Nasib dua pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan tatatertib kerana RASUAH aku rasakan dah nasib LABU LABI agaknya. Macam filem P.Ramlee. Kedua-dua pemimpin tertinggi tersebut telah bersandiwara mengatakan yang mereka tidak melakukan rasuah tersebut, walhal semua itu telah disuarakan sendiri oleh Lembaga Disiplin Parti. Bukannya Lembaga Disipin Parti KeADILan atau Lembaga Disiplin PAS. Itulah yang dikatakan sebagai nasi dah jadi bubur, apa lagi yang nak dikata, semua telah tersurat. Itulah juga yang dikatakan sebagai sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi UMNO main RASUAH!
Inikah rupa pemimpin yang kita nak sokong untuk memimpin negara Malaysia yang kita cintai. Apakah identiti dan integriti yang dilaungkan oleh PAKLAH HADHARI semakin memakan diri ahli UMNO sendiri, sedangkan aku sendiri pun masih tidak memahami erti sebenar maksud INTEGRITI itu. Kalau begitulah rupa dan keadaannya, senjata dah memakan tuannya sendirilah yang jadi sekarang ni. Hai Pak Ali Ketam dan Khairy Jamaluddin, dah nasib korang. Nasib LABU LABI!
Tapi yang aku hairan, kenapa hukuman yang diterima oleh kedua-dua ahli tertinggi UMNO itu adalah berlainan sekali dengan kesalahan yang mereka lakukan, walaupun pada dasarnya kesalahan itu adalah sama. Kenapa yang sorang tu dihalang dari menjadi calon perhimpunan UMNO dan yang sorang lagi hanya diberi amaran supaya tidak melakukan lagi kesalahan itu. Apakah yang menerima hukuman berat itu memang berbaloi sebab beliau dah tua manakala yang menerima hukuman kecil itu, hanyalah budak hingusan. Pening...kalau ditanya pada ahli UMNO sendiri pun, diorang tak tahu jawapan kenapa Lembaga Disiplin UMNO bertindak sedemikian rupa. Dan kedengaran juga suara-suara sumbang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin UMNO itu perlu dikalji semula peranannya. Maknanya, mungkin ahli UMNO mahu Lembaga itu dibubarkan. Hai, UMNO UMNO!!!

Suka aku merujuk kepada keadaan dan tekanan yang dihadapi oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Pak Ali Rostam. Sekarang dah terang lagi bersuluh, itulah wajah sebenar Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah. Pernah suatu ketika dahulu, mulut Pak Ali Ketam terlalu celupar kerana tak beri orang Melaka melawat Kelantan dan hentam Tuan Guru Nik Aziz, tetapi akhirnya segala tindakannya itu seolah-olah dah menjadi 'senjata makan tuan'. Itulah, jangan buat main-main dengan taraf Ulama' yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz! Tuan Guru bukan calang-calang orang!

Abang KJ pula dikira bernasib baiklah agaknya sebab hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO. Walaupun diberi amaran, dirasakan hukuman itu tidak setanding dengan seberat hukuman yang dihadapi oleh Pak Ali. Terlalu ringan rasanya dan Khairy masih boleh bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang. Pemilihan yang dirasakan penuh dengan isu RASUAH yang memakan parti! Apabila ditanya kenapa Abang KJ tidak menerima hukuman seperti PAK ALI, Lembaga itu mengatakan bahawa Abang KJ tidaklah melakukan RASUAH yang berat. Cuma sikit-sikit je, ala ringan-ringan. Dalam soal ini bukan masalah rinagn atau berat, kalau salah ianya tetap salah! Maknanya kita kena tunggu Abang KJ melakukan RASUAH yang amat berat, barulah boleh dihukum dengan apa yang diterima oleh Pak Ali. Kalau inilah keadaannya, nampaknya Malaysia akan sentiasa dipayungi oleh perasuah-perasuah yang sentiasa kebal dengan Parti. Dan jangan takut suatu hari nanti, ahli UMNO tidak takut MERASUAH!

Dalam soal kedua-dua pemimpin itu, sandiwara yang dimainkan adalah sama kerana masing-masing tidak mengaku bersalah. Masing-masing masih berani tampil di kaca TV dengan seribu satu alasan untuk menegakkan keadilan yang kononnya mereka berdua tidak pernah beri RASUAH! Kalau aku yang jadi mereka, memang tebal muka nak masuk dalam kaca TV tu. Seluruh dunia tahu tentang apa yang kita buat, tapi mereka masih boleh tersenyum dengan kesalahan yang mereka lakukan. Masih boleh menaruh harapan kepada penyokong supaya bersabar demi kebaikan parti. UMNO UMNO!!!

HANYA SATU CARA SAHAJA UNTUK MENGHUKUM UMNO!!!
LAKUKAN PERUBAHAN UNTUK PILIHANRAYA SETERUSNYA!!!
UBAHLAH MALAYSIA KE ARAH NEGARA YANG ADIL DAN BERKEBAJIKAN!!!

PECAH...PECAH...PECAH...!!! LIVERFOOL...


Rekod kebal Manchester United di OLD TRAFFORD dah berjaya dipecahkan oleh musuh utamanya iaitu LiverFOOL malam tadi. Aku dah rasa semacam je sebelum perlawanan bermula lagi. Petanda kekalahan dah berada di depan mata apabila hujan turun dengan lebat sebelum perlawanan bermula. Dari tengok LIVE ESPN di seksyen 15, terpaksa tumpang tengok kat umah Haikal di seksyen 3. Apa nak dikata, dah nasib. Tapi memang petanda kekalahan dah mula ditunjukkan ALLAH sebelum perlawanan bermula lagi, cuma kita je yang tak sedar.. hehe!
Akhbar hari ni memang sedap la duk tulis tentang kekalahan Manchester United ni. Sakit mata aku tengok akhbar hari ni, masing-masing duk kata tentang kekalahan memalukan Manchester United. Aku sempak gak selak sikit tajuk depan akhbar-akhbar tu. Nak buka bnyk2, malu la rasanya. KOSMO! dengan tajuk Liverpool Hina United manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuk Liverpool belasah Man. United 4-1. Biasa la, Vidic pun manusia jugak macam semua orang cuma dia sedikit leka je pada perlawanan semalam. Tapi geram la, dia buat kesilapan bodoh. Perlawanan semalam memang dia lah yang menjadi puncanya. Punca UTAMA!!! GERAM!!!Rasa nak tumbuk skrin laptop ni!!!
Sebelum perlawanan bermula, United unggul dengan kelebihan tujuh mata tetapi kekalahan kepada Liverpool telah menyebabkan kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan empat mata.
Cristiano Ronaldo menggembirakan Manchester United apabila meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-23 apabila Park Ji-sung dijatuhkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina dalam kotak penalti. Fernando Torres dan kapten Steven Gerrard masing-masing menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama.

Ferguson membuat tiga pertukaran serentak pada minit ke-74 dengan memasukkan Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan Paul Scholes menggantikan Michael Carrick, Ji-sung dan Anderson. Namun semuanya bertukar tragedi selepas itu apabila Vidic dilayangkan kad merah selepas mengasari Gerrard. Hasilnya, Liverpool berjaya menambah gol ketiga menerusi sepakan percuma yang diambil Fabio Aurelio sejurus selepas Vidic dikenakan kad merah. Andrea Dossena melengkapkan malam derita United apabila menjaringkan gol keempat Liverpool pada lewat perlawanan babak kedua.

Walaupun kalah, satu je yang aku suka pasal perlawanan semalam ialah komen dari kapten Liverpool, Steven Gerrard. Dia berkata bahawa kemenangan Liverpool adalah hebat kerana bukan selalu kita boleh lihat United kalah 4-1, di tempat sendiri pula. Memang dah terbukti, United susah dijinakkan. Manchester United masih unggul di takhta liga dengan kelebihan 4 mata. Dan tak mustahil, gelaran EPL masih dalam genggaman United!!!

MANCHESTER UNITED AKAN BANGKIT SELEPAS INI!!!!!!!

PAK NAJIB TUN RAZAK!!!

Hai....dah lama rasanya aku tak tulis tentang perihal pemimpin UMNO ni yang lebih kuah dari sudu. Terutamanya nasib seterusnya yang bakal dihadapi oleh bakal PEMIMPIN nombor satu negara selepas bulan MAC ni. Siapa lagi kalau bukan Pak Najib yang akan memerintah negara selepas berkhirnya era pendudukan PAK LAH HADHARI di Malaysia ini. Menjelang beberapa hari sahaja lagi perhimpunan agung UMNO atau lebih tepat dikatakan sebagai PEMILIHAN UMNO, PAK NAJIB ternyata berada dalam kelemasan dengan isu yang menghimpit beliau yang dikatakan sebagai seorang saksi penting dalam kes ALTANTUYA.

Rasa macam takut je bila dikatakan bakal pemimpin nombor satu ni dikaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia itu. Walaupun kita tidak tahu akan kebenarannya, namun sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa kekok apabila pemimpin yang bakal mengubah hala tuju Malaysia dikaitkan dengan kes yang amat berprofil tinggi ini. Dikatakan juga, PAK NAJIB sedang bertungkus lumus menghabiskan 'LAP' terkhir sebelum menanti ketibaan April 1 dengan halangan-halangan pelbagai isu yang sedang menjengah kancah politik UMNO dan BN. Sudah habis 'gear' digunakan untuk menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kepimpinan bakal PM Malaysia ini.

Dan yang paling terbaru sekali, isu pendedahan wartawan Perancis isitu Arnaud Dubus dalam surat khabar Liberation telah sekali lagi memeningkan kepala otak PAK NAJIB sekarang ni. Mana tidaknya, pendedahan tersebut secara tidak sengaja membuka kotak misteri kes Altantuya dengan dikaitkan kembali VIP-VIP tertentu Negara dan menjadi perbualan hangat seterusnya oleh masyrakat Malaysia. Warung-warung kopi dan gerai-gerai tepi jalan dah kembali riuh-rendah dengan kembalinya isu sensasi yang membabitkan PAK NAJIB ni.

Sebelum ini, ahli-ahli UMNO bolehlah berkata yang tuduhan yang dilemparkan kepada PAK NAJIB itu adalah tidak berasas sama sekali selepas ianya dilaporkan oleh akhbar Malaysia(kecuali UTUSAN MELOYA & BERITA HAIRAN). Apa yang pasti sekarang ialah, akhbar luar negara juga telah berani menyatakan pendirian tentang isu PAK NAJIB ni termasuklah isu pembelian kapal selam dan Eurocopter yang dikatakan berkait rapat dengan isu ALTANTUYA.

Kalau benar apa yang dilaporkan oleh akhbar itu, ianya bolehlah dianggap sebagai satu tamparan hebat terhadap kredibiliti bakal Perdana Menteri kita, apatah lagi berita ini luas tersebar di Eropah dan seluruh dunia amnya. Harus juga diambil kira bahawa pendedahan sebegini rupa terhadap seorang bakal PM pasti berdasarkan fakta dan bukti yg kuat kerana perkara tersebut bakal membawa komplikasi perundangan dan saman menyaman. Kalau difikirkan secara logik, takkanlah akhbar Perancis itu berani melaporkan berita yang membabitkan orang ternama seperti PAK NAJIB...kan kan kan???

Dan yang paling pasti, apa yang paling menyakitkan hati PAK NAJIB sekarang ialah tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Kelmarin, Ahli Parlimen itu mengherdik PAK NAJIB dengan kata-kata"Kamu pembunuh!" dalam sidang Dewan Rakyat. Malu besar la PAK NAJIB masa tu!!! Kata-kata itu merujuk kepada tuduhan yang dilemparkan kepada beliau tentang pembabitannya dengan kes ALTANTUYA...

UMNO PENGHAPUS TULISAN JAWI... DAN SEKARANG UMNO MAHU MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU MELALUI PPSMI!!!

Manchester United 2-0 Inter Milan


Tamat perlawanan semalam, Manchester United mengambil jalan selamat apabila berjaya menumbangkan Gergasi Itali iaitu Inter Milan dengan jaringan 2-0. Terima kasih kepada gol hasil jaringan Nemanja Vidic pada separuh masa pertama dan Crisitiano Ronaldo pada separuh masa kedua.
Kemenangan itu membolehkan United mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan pertama di Itali. Jose Mourinho telah cuba melakukan segalanya di Old Trafford namun Manchester United akhirnya tetap muncul sebagai pemenang selepas tamat 90 minit permainan.

Sejarah lalu banyak mengajar erti kemenangan Manchester United malam semalam. Lima tahun lalu, Sir Alex Ferguson akur apabila Porto, ketika itu dibimbing Mourinho, menunjukkan United jalan keluar dengan dua kemenangan pada saingan yang sama, dan keputusan itu secara mendadak telah menaikkan nama Mourinho, ditambah pula Porto berjaya merangkul kejuaraan pada musim itu.


Kali ini, United adalah pasukan yang lebih baik, dengan dua gol awal pada setiap babak oleh Nemanja Vidic dan Cristiano Ronaldo untuk membuktikan yang hanya Manchester United layak mara ke peringkat suku akhir.

Bereh Manchester United!!!
GLORY GLORY MANUTD!!!




HARAM sebut SELAMAT HARI KRISMAS!


Penting sangat perkara ni aku rasa...!!! Aku dapat tahu pun dari seorang kenalan. Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Wallahua'lam...

Penyertaan Ahli UMNO sempena Tahun Baru 1430Hijriah


Beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Hijrah baru dalam kalendar ISLAM iaitu 1430 Hijriah.Pelbagai peristiwa menarik berlaku sepanjang tahun 1429 Hijriah yang lalu dimana pengakhiran tragedi di Malaysia berlaku beberapa hari sebelum AIDILADAH iaitu tragedi runtuhan Bukit Antarabangsa yang sehingga kini meragut 5 nyawa.Disamping pelbagai lagi kisah suka duka rakyat Malaysia khususnya, masyarakat dunia juga dikejutkan atau lebih tepat dikatakan sebagai dipertontonkan dengan keberanian seorang wartawan IRAQ yang membaling kasut ke arah Presiden US iaitu George Bush beberapa hari yang lalu dalam satu sidang media.

PAS juga tidak terkecuali dari mengakhiri tahun 1429 Hijriah ini dengan koleksi-koleksi berita gembira selain kemenangan yang dilakar dalam PilihanRaya Umum ke-12 yang lalu yang dianggap sebagai Tsunami politik di Malaysia. Berita penting mengenai kemasukan seorang pemimpin penting UMNO telah diketahui beberapa hari yang lalu tetapi hanya namanya sahaja yang masih tidak diketahui umum. Pada awalnya,pengumuman itu akan dilakukan sekaligus dengan pengumuman calon PAS bagi Pilihanraya Kecil K.Terengganu tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pengumuman itu ditangguhkan.

PAS menerima khabar gembira hari ini 24/12/2008 apabila bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim sah menyertai PAS. Beliau amat dikenali ramai apatah lagi semenjak pendedahan beliau mengenai isu pembelian helikopter Eurocopter akhir-akhir ini. Ternyata,kedatangan bulan ISLAM yang baru ini disambut dengan kehadiran muka baru yang dianggap sebagai watak penting UMNO bagi bahagian Petaling Jaya suatu ketika dahulu. Keyakinan yang telah terhakis di peringkat akar umbi ini menyerlahkan lagi kekeruhan yang telah timbul sejak sekian lama dalam politik kepartian UMNO. Suatu tindakan yang boleh dikatakan sebagai berani dilakukan oleh pemimpin penting UMNO bagi bahagian Petaling Jaya ini amatlah diharapkan oleh PAS kerana memungkinkan pelbagai lagi pendedahan dan penyertaan dari beberapa orang lagi watak penting UMNO yang sekarang ini dirasakan terkial-kial samada hendak menyertai PAKATAN RAKYAT khususnya atau setia kepada agenda UMNO yang jelas merasuahi parti mereka akhir-akhir ini. SYABAS kepada Dato' Abu Zahar Hashim di atas keberanian beliau ini. Suatu pemilihan yang memang tepat dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada perjuangan menegakkan kebenaran di MALAYSIA.

Penyerahan keahliannya diserahkan sendiri oleh beliau kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi (24/12/2008). Turut menghangatkan lagi majlis penuh harmoni itu ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir yang sekaligus memberi sokongan dan galakan kepada penyertaan Dato' Abu Zahar Hashim kedalam PAS.

Di samping itu, Dato' Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama yang difahamkan bahawa pejabat itu adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu,harakahdaily.net melaporkan Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Dato' Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan yang diharapkan menjadi tonik semangat kepada permulaan tahun baru Hijriah yang lebih gemilang kepada perjuangan PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

Terdahulu, Dato' Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis penyerahan borang keahlian PAS tadi, Dato' Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS. Semoga segalanya berjalan dengan lancar terutama dalam menjamin kemenangan PAS dalam PilihanRaya kecil K.Terengganu pada 17hb Januari 2009 nanti yang mana diharapkan menjadi penentu kepada halatuju politik di Malaysia. Pelbagai isu yang dimainkan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini termasuk isu HUDUD PAS yang kembali dijaj oleh UMNO diharapkan tidak menjadi pemusnah kepada harapan dan impian PAS untuk menjatuhkan UMNO-BN di K.Terenggan nanti...Tidak kiralah siapa pun calon PAS di K.Terenggabu nanti tetapi yan penting, hanya PAS sahaja yang layak dipangkah demi memastikan kebenaran tertegak di bumi ALLAH ini!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Manchester United Juara Kelab Dunia


Tanggal 21/12/2008, Manchester United meneruskan rentak cemerlang bagi menutup tirai kejohanan musim 2007/2008 dengan menggenggam ssatu lagi piala terakhir untuk musim 2007/2008 apabila menewaskan Kelab dari Ecuador iaitu LDU Quito dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab-kelab Terbaik Antara Benua atau lebih dikenali sebagai Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2008. Terdahulu, LDU Quito merupakan kelab Amerika Selatan terbaik apabila pernah mengejutkan Fluminense untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan Piala Kelab Terbaik Dunia itu. Piala yang diperoleh itu merupakan Piala ketiga bagi musim gemilang 2007/2008 selepas menggengam trofi Liga Perdana Inggeris dan UEFA Champions League. dan bolehlah juga dianggap sebagai kejayaan treble United pada musim 2007/2008...


Kejohanan itu yang mewakilkan kesemua kelab terbaik dari semua benua menobatkan Manchester United sebagai kelab yang paling baik di bumi ini. antara pasukan lain yang menjadi wakil bagi setiap benua ialah Al-Ahly(Asia), Pachuca(Mexico), LDU Quito(Amerika Selatan), Adelaide United(Australia), Waltakere United(New Zealand), Gamba Osaka(wakil dari Jepun) serta Manchester United mewakili kelab terbaik dari benua Eropah.


Lebih menarik lagi, skuad kendalian Alex Ferguson itu menjadi satu-satunya pasukan British atau pasukan dari EPL pertama yang berjaya memenangi kejohanan yang disertai juara-juara kelab antara benua. Antara kelab lain yang pernah memenangi kejuaraan tersebut adalah AC Milan dari Itali dan dua kelab Brazil, Internacional serta Sao Paulo. Kejayaan itu juga membolehkan Manchester United dianggap sebaris dengan AC Milan, Internacional serta Sao Paulo yang pernah memenangi piala itu.


Pemain kesayangan, Wayne Rooney muncul wira Manchester United selepas membantu juara Eropah itu menjulang Piala Kelab Dunia dengan menewaskan juara Amerika Selatan, Liga de Quito 1-0. Penyerang antarabangsa England itu meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 selepas mendapatkan hantaran cantik daripada Cristiano Ronaldo. Sebelum itu, United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada awal babak kedua selepas pemain pertahanan, Nemanja Vidic dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas penyerang Quito, Claudio Bieler. Beraksi dengan 10 pemain, United cuba bertahan tetapi Ronaldo tetap mampu menyusahkan Cevallos menerusi rembatan jarak jauh sambil sesekali Rooney turut mengancam. Tambahan lagi, Rooney dan Ronaldo turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Apa yang lebih penting, jaringan menarik dari ROONEY itu sudah cukup untuk membolehkan Manchester United terus menambahkan koleksi piala yang diraih setakat ini untuk menjadi kelab Inggeris pertama memenangi kejuaraan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas Liverpool gagal meraih kemenangan pada 2005 apabila mereka ditewaskan pasukan Sao Paulo dari Brazil.

GLORY GLORY MANUTD!!!

Manchester United 5-3 Gamba Osaka


Perlawanan separuh akhir Piala Kelab Dunia antara Manchester United menetang Gamba Osaka semalam bolehlah dikatakan perlawanan yang sedikit mudah bagi Manchester United..lapan gol dihasilkan pada perlawanan itu dimana 5 gol daripadanya milik Man Utd dan 3 lagi berjaya dihasilkan oleh pemain-pemanin Gamba Osaka...Dengan kemenangan itu, Manchester United dijadualkan berdepan pasukan dari Ecuador, Liga de Quito pada perlawanan akhir pada hari Ahad ini 21/12/08...

Penyerang sensasi England, Wayne Rooney meledak dua gol bagi membantu Manchester United mara ke perlawanan akhir selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk Carlos Tevez. Terdahulu, Nemanja Vidic dan Cristiano Ronaldo meletakkan United selesa mendahului 2-0 pada babak pertama melalui dua sepakan sudut yang masing-masing tepat ditanduk oleh kedua-dua pemain itu.

Begitupun, anak buah Alex Ferguson itu tersentak seketika selepas Masato Yamazaki mengurangkan defisit apabila menjaringkan gol pertama Gamba pada minit ke-74. Ferguson kemudian memasukkan Rooney dan jelas ia membuahkan hasil apabila penyerang England itu menjadikan kedudukan 3-1 selepas menyudahkan hantaran Darren Fletcher pada minit ke-75. Fletcher juga meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila menanduk masuk bola hasil hantaran Patrice Evra pada minit ke-78.

Rooney kemudian menjaringkan gol keduanya pada minit ke-79 hasil lorongan cantik daripada Ryan Giggs untuk kedudukan 5-1. Namun Gamba kembali mengejar kedudukan menerusi sepakan penalti Yasuhito Endo dan jaringan lewat Hideo Hashimoto untuk menjadikan kedudukan rasmi 5-3 berpihak kepada United.

Semoga lagu GLORY GLORY MANUTD terus kedengaran di Jepun apabila Manchester United dijadualkan bertemu Liga de Quito pada perlawanan akhir PIALA KELAB DUNIA Ahad ini...
Manchester terus gah di pentas bolasepak dunia!

Buang lagi...Buang Lagi!!!


Kalau akal sudah tidak dapat menguasai diri...maka akan hilanglah pertimbangan akan HALAL dan HARAM...Betul dan Salah..serta BAIK dan Buruknya sesuatu perkara..seterusnya menjerumuskan manusia ke lembah yang hina lagi menyedihkan untuk memberi peluang kepada makhluk ALLAH yang bernama SYAITAN atau JIN untuk menguasai diri...Kita masih lagi segar dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menjelang AIDILADHA beberapa hari yang lalu...kesannya masih lagi terasa terutama kepada penduduk sekitar ibunegara yang masih lagi trauma dengan peristiwa yang menyentuh hati semua masyarakat MALAYSIA itu...tapi ada segelintir manusia yang masih tidak berasa takut akan musibah yang boleh dikatakan sebagai petanda akan hampirnya kita kepada kemusnahan bumi ini iaitu Hari Kiamat...seolah-olah akal sudah tidak mampu lagi menafsir mana yang patut dan mana yang tidak boleh dibuat...

Terkejut rasanya hati ini bila menatap akhbar KOSMO! mengenai kes pembuangan bayi yang masih lagi melanda negara walaupun dah banyak kempen dan pemantauan dibuat oleh kerajaan terhadap perkara ini...Hari ini(15 Disember 08),KOSMO! melaporkan bahawa seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap ibu jari tangan kanannya dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok pada hari kelmarin.

Semasa ditemui pada pukul 10.15 pagi, bayi lelaki itu masih lagi berlumuran darah dan bertali pusat. Kejamnya manusia, sanggup meninggalkan bayi dalam keadaan menghisap jari dan juga diletakkan dalam mangkuk tandas. Ketika ditemui, bayi itu juga sudah kebiruan dan badannya sudah lemah kerana kesejukan.

Selepas dijumpai, bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Changloon untuk rawatan lanjut. Suri rumah itu berkata bahawa bayi itu ditemui apabila dia dimaklumkan oleh seorang anak jirannya yang memberitahu terdengar suara bayi menangis dari dalam tandas di pasar tersebut. Pada awalnya, anak jirannya itu takut untuk pergi melihat lalu dia menggagahkan diri untuk melihat tempat di mana suara itu datang. Sebaik membuka pintu tandas, dia melihat seorang bayi sedang terlentang di dalam mangkuk tandas dengan badan mempunyai kesan darah dan masih bernyawa...NAUZUBILLAH!

Sehingga sekarang,masih ada lagi manusia yang sanggup membuat perkara yang lebih hina dari apa yang dibuat oleh binatang...Binatang lebih sayangkan anak dari manusia menyayangi anaknya jika inilah keadaannya...Apa akan terjadi kepada kehidupan bayi itu seterusnya dan apabila dewasa, cuba kita bayangkan apa perasaannya jika diberitahu yang dirinya ditemui dalam mangkuk tandas oleh seorang surirumah..Pelbagai musibah yang melanda sekarang ini tidak dijadikan panduan oleh kita sehingga ada yang sanggup berbuat perkara yang sedemikian rupa...ALLAH telah memberi pelbagai dugaan kepada manusia agar semuanya insaf dan kembali ke pangkal jalan untuk menemui keredhaan-Nya...

Tahun Baru 2009 bakal menjelang tiba dan di akhir Disember 2008 ini, sudah ada kes pembuangan bayi untuk kita ratapi...Apa akan berlaku pada malam sambutan Tahun Baru nanti yang rata-rata sedia maklum bahawa pelbagai aktiviti serta konsert melalaikan diberi permit untuk dianjurkan oleh kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI???Sedangkan baru menghampiri tahun baru,sudah ada kes seperti ini...Bukan niat untuk meminta agar ada lagi kes seperti ini pada tahun baru nanti, tetapi pengalaman lampau dalam menghadapi sambutan tahun baru memberi mesej yang berguna untuk kita sama-sama bersiap sedia menghadapinya...Eloklah rasanya diadakan majlis tahlil dan disusuli dengan solat hajat serta doa yang seikhlasnya demi kemajuan negara dan keharmonian rakyat MALAYSIA menjelang tibanya detik Tahun Baru 2009 nanti...

Wallhua'lam...!

Mengira Hari...PilihanRaya Kecil Kuala Terengganu



Satu...dua..tiga...LEKUK!!!Sekarang ini,masyarakat MALAYSIA terutamanya penyokong PAS dan terutamanya lagi kepada semua penghuni daerah Kuala Terengganu sedang menghitung hari demi hari untuk menerima kunjung tibanya sebuah lagi perjuangan menegakkan kebenaran dalam perundangan negara MALAYSIA...PilihanRaya Kecil Kuala Terengganu bakal mengambil tempat pada 17hb Januari 2009 seperti mana yang diputuskan oleh SuruhanJaya PilihanRaya Malaysia(SPR)...manakala penamaan calon akan dijalankan pada 6hb Januari 2009..satu pilihanraya yang bakal memacu halatuju kepimpinan daerah Kuala Terengganu untuk tempoh akan datang setelah bakti yang cukup besar disumbangkan oleh bekas Ahli Parlimen terdahulu iaitu Allahyarham Dato’ Razali Ismail...dan juga satu pilihanraya bagi menentukan samada pemerintahan UMNO-BN masih diterima atau sebaliknya oleh masyarakat MALAYSIA umumnya dan masyarakat Kuala Terengganu khasnya....kita tunggu dan lihat sahaja dengan penuh sabar sambil berdoa pada ALLAH agar segala kebenaran akan dibentangkan oleh-Nya YANG MAHA ESA...


Perang yang boleh dianggapkan sebagai perang psikologi sekarang tengah dimainkan oleh UMNO-BN melalui pelbagai media massa milik mereka termasuklah media elektronik mahupun suratkhabar-suratkhabar mereka seperti UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN! TV milik mereka sekarang duk heboh menyiarkan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sedia ada terutamanya yang memerintah di 5 buah negeri Pakatan Rakyat iaitu KEDAH,PENANG,SELANGOR,KELANTAN serta PERAK...ada sahaja berita yang disiarkan terutamanya ketika siaran berita-berita utama pukul 8malam dan lebih perit lagi,berita-berita ringkas pun kadang-kala turut mengambil tempat dalam menyiarkan sedikit berita mengenai kebaikan yang ditonjolkan oleh segerombolan pemimpin UMNO-BN dan kononnya kejelikan yang ditampilkan oleh segelintir kepimpinan Pakatan Rakyat...teringat akan kata-kata seorang rakan semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu..katanya,kalau tengok TV beberapa hari sebelum hari pembuangan undi boleh mengubah logo parti yang akan kita pangkah semasa hari pembuangan undi nanti...tak hairanlah nanti bila tibanya beberapa hari sebelum pengundian dijalankan,macam-macamlah berita atau provokasi yang akan disiarkan melibatkan Kuala Terengganu untuk menarik simpati pengundi terutamanya pengundi 'ATAS PAGAR' yang terkial-kial menentukan calon terbaik dihati masing-masing...DEMOKRASIKAH KITA SELAMA INI???kita sebenarnya sedang didemokrasikan oleh kepimpinan negara yang tak pernah tahu pun akan erti sebenar DEMOKRASI kepada diri mereka!!!


Perang kedua yang sedang mengambil tempat ialah tentang perihal calon yang akan menduduki kerusi pencalonan untuk merebut tempat dalam PilihanRaya Kecil itu nanti seterusnya menjadi Ahli Parlimen untuk Parlimen Kuala Terengganu...Saya suka menyentuh akan perihal calon bagi PAKATAN RAKYAT kerana kesemua calonnya adalah berkaliber dan menepati citarasa sebagai pemimpin...manakala calon untuk UMNO-BN tidak akan saya panjangkan kerana kesemuanya dirasakan tidak membawa apa-apa erti pun untuk perubahan serta kemajuan dalam pemerintahan dan undang-undang AGAMA ISLAM...calon yang sudah dipersetujui secara bersama oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat adalah tentunya datang dari PAS kerana mengambil kira sensitiviti serta mentaliti masyarakat setempat yang menginginkan calon Pakatan Rakyat dari kalangan PAS sendiri yang telah sekian lama bertanding di Parlimen Kuala Terengganu...pelbagai andaian dibuat oleh sesetengah pihak dengan menyatakan calon-calon yang sesuai untuk Pilihanraya itu nanti..dan senarai ‘PANAS’ tersebut termasuklah YB MAT SABU atau lebih dikenali sebagai ABANG MAT,Dr. Syed Azman,Dato’ Wan Mutalib Embing dan juga Dato’ Mustapha Ali..sambil Muryidul AM PAS menginginkan ABANG MAT sebagai calon,masyarakat setempat pula lebih terarah kepada calon dari negeri sendiri,mengikut cakap-cakap yang didengari dari pelbagai kedai kopi di Kuala Terengganu...tak kiralah siapa calon yang bakal menduduki kerusi ‘PANAS’ pencalonan itu kerana yang penting kemenangan berpihak kepada ISLAM...


Semoga segalanya berjalan lancar semasa hari pembuangan undi tanpa menimbulkan suasana atau kekecohan yang melampau yang boleh meragut nyawa serta harta benda mereka yang tidak berdosa... dan semoga kempen yang berterusan terus ditampilkan oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat tanpa mengira penat dan lelah termasuklah dari Tuan Guru Hj Hadi Awang,Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kalau boleh Lim Kit Siang sendiri hendaklah turun ke Kuala Terengganu membantu kempen yang berterusan itu bagi menjamin kemenangan yang diinginkan oleh PAKATAN RAKYAT!!!jangan biarkan kemenangan yang tidak membawa apa-apa erti serta perubahan kepada pemerintahan ISLAM terus bermaharajalela di bumi TERENGGANU!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Pindaan AUKU LULUS

Akhbar KOSMO! melaporkan,Dewan Rakyat semalam(11/12/2008) telah meluluskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2008 bagi menambah baik dan memperluas autonomi universiti.

Berdasarkan pindaan itu, beberapa kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong dan menteri akan dipindahkan kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

Ia juga menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti selain membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

Di samping itu, canselor turut diberi kuasa melucutkan ijazah daripada mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan skandal.

Terdahulu dalam sesi penggulungan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pindaan yang dibuat ke atas AUKU berdasarkan kepada pertimbangan dan prinsip pendidikan yang dirumuskan daripada matlamat pendidikan peringkat tinggi dan bukannya politik. Beliau berkata, pindaan akta itu dilakukan bagi memenuhi matlamat pendidikan untuk mewujudkan persekitaran pendidikan dan persekitaran kurikulum yang terbaik bagi pembinaan insan yang baik dan juga sentiasa berfikir.

Jika benar bagai dikata,bermakna selepas ini semua penuntut di IPTA atau IPTS tidak lagi berasa takut-takut atau gerun untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berasaskan pertubuhan politik termasuklah menganggotai PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS)!!!

sekian...ALLAHUAKBAR!!!

Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa


Masyarakat MALAYSIA dikejutkan lagi oleh kejadian tanah runtuh yang rasanya sudah lama tidak berlaku di negara kita yang tercinta ini. Tragedi menyanyat hati ini berlaku selepas terjadinya mimpi ngeri yang dicatatkan dalam lipatan sejarah negara apabila rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu. Masyarakat MALAYSIA semuanya terkejut dengan berita yang menggemparkan negara ini dikala beberapa hari sahaja lagi ulangtahun peristiwa Highland Towers rebah menyembah bumi kembali mengingatkan kita...dan juga beberapa hari sahaja lagi umat ISLAM akan menyabut Hari Raya Korban.

Apa yang dikesali ialah samada hal ini ada kaitan dengan kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers kembali berulang. Pelbagai andaian dibuat oleh beberapa pihak dimana masing-masing menuding jari kepada semua projek pembangunan yang dijalankan di lereng-lereng bukit sambil kerajaan lantas mengarahkan agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit berkenaan. Apa yang dikhuatiri ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban. Walaubagaimanapun,sebagai umat ISLAM,kita tidak boleh lari dari menerima ketentuan dari YANG MAHA ESA...

Ucapan takziah diucapkan atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat....

ROONALDOOOOO!!!!


Menang lagi...

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo ditabal Pemain Terbaik Eropah 2008 semalam, sekali gus membolehkannya meraih anugerah Bola Emas. Kejayaan Ronaldo menggondol anugerah tersebut menghampakan penyerang muda Barcelona, Lionel Messi yang sekadar berada di tempat kedua. Manakala penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres di tempat ketiga berdasarkan undian yang dilakukan oleh majalah France Football.

"Ini adalah salah satu daripada hari yang terhebat dalam hidup saya. Saya telah mengimpikan untuk memenangi trofi ini sejak kecil lagi,"kata Ronaldo.

Berdasarkan undian yang dibuat di kalangan wartawan-wartawan sukan bola sepak, Ronaldo ternyata unggul apabila meraih 446 mata diikuti Messi (281) dan Torres (179). Jumlah undian yang diperoleh Ronaldo itu hanya dua mata melebihi undian yang diterima perancang AC Milan, Kaka ketika memenangi anugerah yang sama tahun lalu. Ketika itu, Ronaldo sekadar berada di tempat kedua apabila meraih 277 mata, manakala Messi di tempat ketiga dengan 255 mata.


Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya sambil berkata: "Saya berharap untuk memenangi anugerah ini sekali lagi."

Untuk rekod, Ronaldo menjadi pemain keempat United yang memenangi anugerah ini selepas kali pertama diraih George Best pada tahun 1968. Ronaldo menyumbang 42 gol dalam semua pertandingan musim lalu yang turut menyaksikan dia membantu United muncul juara Liga Perdana England serta Liga Juara-Juara.

Terdahulu, Ronaldo telah meraih dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFPro selain menggondol anugerah Kasut Emas Eropah dan Pemain Terbaik Kelab Eropah. Dengan dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah, Ronaldo juga muncul pemain pertama yang beraksi pada kempen Liga Perdana England meraih anugerah tersebut selepas bekas penyerang Liverpool, Michael Owen melaku- kannya pada tahun 2001.


Dia juga muncul pemain ketiga Portugal meraih anugerah itu selepas Eusebio pada tahun 1965 dan Luis Figo (2001)...

Go...Go...Go...ROONALDOOOO!!!!

Harga Minyak Turun Lagi???

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia pimpinan PAKLAH HADHARI kerana mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini (3/12/2008).

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,"kata PAKLAH.

Beliau berkata, harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Ini merupakan kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos. Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November lalu.

Apa pun,ucapan terima kasih yang tak terhingga dari jutaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pimpinan PAKLAH akibat daripada penurunan harga minyak tersebut walaupun penurunan itu dibantu oleh desakan dari beberapa pihak termasuklah dari Pakatan Rakyat sendiri sejak beberapa bulan kebelakangan ini...

Gol ke-100 ROONEY untuk Manchester United


Semalam,perlawanan yang penuh dramatik antara Manchester United dan Manchester City berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni...dengan layangan kad merah yang dikenakan oleh pengadil Howard Webb kepada Cristiano Ronaldo, sedikitpun tidak merencatkan semangat Manutd untuk terus kembali berada di landasan kemenangan. Manchester United menang dengan jaringan 1-0. Perlawanan ini juga dianggap sebagai perlawanan 'derby' kerana menemukan dua musuh setempat atau musuh berjiran...kad merah yang diterima Ronaldo merupakan kad merah ketiga yang diterimanya sepanjang kariernya bersama United...

Kita lupakan seketika mengenai Ronaldo..sebaliknya,ROONEY terus membuktikan bahawa keupayaan selaku penjaring utama Manchester United masih lagi berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila berjaya menjaringkan gol yang ke-100 untuk Manchester United sepanjang dia bermain untuk Manutd...pasti WAYNE ROONEY berasa puas dengan pencapaiannya setakat ini setelah berhempas-pulas dalam beberapa perlawanan yang terdahulu dimana dia gagal menjaringkan gol setelah membantu England dalam kempen kelayakan Piala Dunia yang lalu...

Tahniah untuk WAYNE ROONEY kerana berjaya mambantu ManUtd kembali berada dalam kelompok teratas liga EPL selepas musuh utama iaitu Chelsea tewas kepada Arsenal semalam dengan jaringan 2-1...MANCHESTER UNITED akan kembali menggegar lagi selepas ini!!!

GLORY GLORY MANUTD!!!!

Kematian...

Innalillah...banyak sungguh rasanya kematian yang berlaku pada minggu ini...inilah sebenarnya ketentuan yang dah ditetapkan oleh ALLAH sebelum kita lahir di dunia ini lagi...setiap makhluk yang bernyawa itu pasti akan merasai mati...itulah ketentuan-Nya!



Kematian pertama yang paling menyedihkan ialah perginya seorang yang aku anggap sebagai pemberi semangat kepada setiap anak muda tanpa mengenal rasa jemu...Beliau ialah Dato' Razali Ismail,bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu suatu ketika dahulu atau jawatan sekarang(sebelum meninggal) iaitu Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia...Al-Fatihah buat Allahyarham...Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, dua hari yang lalu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika beliau menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan. Sebelum itu, beliau menutup konvensyen berkenaan dan pagi sebelum meninggal dunia, Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar bagi dunia pendidikan negara. Kepetahan dan semangat beliau semasa berucap amat diikagumi kerana suatu ketika dahulu ketika beliau menjadi Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, aku sempat mendengar ceramah beliau yang begitu bersemangat menaikkan semangat anak-anak muda ketika itu.

Kematian kedua yang sampai di pengetahuan aku ialah mangkatnya,Raja Perempuan Besar Perlis iaitu Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.47 pagi pada 28hb november yang lalu.

Berita kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu diumumkan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu melalui stesen Radio Malaysia Perlis. Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari hari tersebut sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar.Al-Fatihah buat Almarhum...

Berita kematian ketiga yang aku tahu ialah perginya ibu kepada Menteri Besar Terengganu iaitu Dato' Ahmad Said...Al-Fatihah jugak buat Allahyarham...moga semuanya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beroleh keredhaan dari ALLAH..Amin!