Nasib LABU LABI


Nasib dua pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan tatatertib kerana RASUAH aku rasakan dah nasib LABU LABI agaknya. Macam filem P.Ramlee. Kedua-dua pemimpin tertinggi tersebut telah bersandiwara mengatakan yang mereka tidak melakukan rasuah tersebut, walhal semua itu telah disuarakan sendiri oleh Lembaga Disiplin Parti. Bukannya Lembaga Disipin Parti KeADILan atau Lembaga Disiplin PAS. Itulah yang dikatakan sebagai nasi dah jadi bubur, apa lagi yang nak dikata, semua telah tersurat. Itulah juga yang dikatakan sebagai sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi UMNO main RASUAH!
Inikah rupa pemimpin yang kita nak sokong untuk memimpin negara Malaysia yang kita cintai. Apakah identiti dan integriti yang dilaungkan oleh PAKLAH HADHARI semakin memakan diri ahli UMNO sendiri, sedangkan aku sendiri pun masih tidak memahami erti sebenar maksud INTEGRITI itu. Kalau begitulah rupa dan keadaannya, senjata dah memakan tuannya sendirilah yang jadi sekarang ni. Hai Pak Ali Ketam dan Khairy Jamaluddin, dah nasib korang. Nasib LABU LABI!
Tapi yang aku hairan, kenapa hukuman yang diterima oleh kedua-dua ahli tertinggi UMNO itu adalah berlainan sekali dengan kesalahan yang mereka lakukan, walaupun pada dasarnya kesalahan itu adalah sama. Kenapa yang sorang tu dihalang dari menjadi calon perhimpunan UMNO dan yang sorang lagi hanya diberi amaran supaya tidak melakukan lagi kesalahan itu. Apakah yang menerima hukuman berat itu memang berbaloi sebab beliau dah tua manakala yang menerima hukuman kecil itu, hanyalah budak hingusan. Pening...kalau ditanya pada ahli UMNO sendiri pun, diorang tak tahu jawapan kenapa Lembaga Disiplin UMNO bertindak sedemikian rupa. Dan kedengaran juga suara-suara sumbang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin UMNO itu perlu dikalji semula peranannya. Maknanya, mungkin ahli UMNO mahu Lembaga itu dibubarkan. Hai, UMNO UMNO!!!

Suka aku merujuk kepada keadaan dan tekanan yang dihadapi oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Pak Ali Rostam. Sekarang dah terang lagi bersuluh, itulah wajah sebenar Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah. Pernah suatu ketika dahulu, mulut Pak Ali Ketam terlalu celupar kerana tak beri orang Melaka melawat Kelantan dan hentam Tuan Guru Nik Aziz, tetapi akhirnya segala tindakannya itu seolah-olah dah menjadi 'senjata makan tuan'. Itulah, jangan buat main-main dengan taraf Ulama' yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz! Tuan Guru bukan calang-calang orang!

Abang KJ pula dikira bernasib baiklah agaknya sebab hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO. Walaupun diberi amaran, dirasakan hukuman itu tidak setanding dengan seberat hukuman yang dihadapi oleh Pak Ali. Terlalu ringan rasanya dan Khairy masih boleh bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang. Pemilihan yang dirasakan penuh dengan isu RASUAH yang memakan parti! Apabila ditanya kenapa Abang KJ tidak menerima hukuman seperti PAK ALI, Lembaga itu mengatakan bahawa Abang KJ tidaklah melakukan RASUAH yang berat. Cuma sikit-sikit je, ala ringan-ringan. Dalam soal ini bukan masalah rinagn atau berat, kalau salah ianya tetap salah! Maknanya kita kena tunggu Abang KJ melakukan RASUAH yang amat berat, barulah boleh dihukum dengan apa yang diterima oleh Pak Ali. Kalau inilah keadaannya, nampaknya Malaysia akan sentiasa dipayungi oleh perasuah-perasuah yang sentiasa kebal dengan Parti. Dan jangan takut suatu hari nanti, ahli UMNO tidak takut MERASUAH!

Dalam soal kedua-dua pemimpin itu, sandiwara yang dimainkan adalah sama kerana masing-masing tidak mengaku bersalah. Masing-masing masih berani tampil di kaca TV dengan seribu satu alasan untuk menegakkan keadilan yang kononnya mereka berdua tidak pernah beri RASUAH! Kalau aku yang jadi mereka, memang tebal muka nak masuk dalam kaca TV tu. Seluruh dunia tahu tentang apa yang kita buat, tapi mereka masih boleh tersenyum dengan kesalahan yang mereka lakukan. Masih boleh menaruh harapan kepada penyokong supaya bersabar demi kebaikan parti. UMNO UMNO!!!

HANYA SATU CARA SAHAJA UNTUK MENGHUKUM UMNO!!!
LAKUKAN PERUBAHAN UNTUK PILIHANRAYA SETERUSNYA!!!
UBAHLAH MALAYSIA KE ARAH NEGARA YANG ADIL DAN BERKEBAJIKAN!!!

0 KOMEN: