Showing posts with label CERITA KEDAI KOPI.... Show all posts
Showing posts with label CERITA KEDAI KOPI.... Show all posts

Jangan Menyerah...


tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cubaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi


syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Selamat Hari IBU


Pendapat mengatakan,
menyambut Hari Ibu itu HARAM.
Tapi rasanya tak salah kalau mengenang jasa
dan pengorbanan IBU pada diri kita.
Dengan niat dan hati yang ikhlas,
IBU permata hati!

Ya Allah...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta...
Cintakanlah aku pada seseorang...
Yang melabuhkan cintanya padaMu...
Agar bertambah kekuatanku...
Untuk mencintaiMu.

Ameen.

Mencuci Hati

PETUA MENCUCI HATI - Dr. Fadhilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

selamat bulan Februari

Salam semua...
saje menulis...
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN
BULAN FEBRUARI.


buat sahabat dan semua

D'Masiv – Rindu Setengah Mati

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski telah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Kuliah ILMU

Taklah susah nak mencari kuliah ilmu ni.
Cuma terpulang pada kita
untuk mencarinya atau tidak.
Alhamdulillah, majlis ilmu yang sentiasa
dipayungi oleh sayap-sayap malaikat ni dapat diikuti dengan redhaNya.

Kuliah ni dibuat setiap hari di Masjid Batu, Permatang Pauh.
Diri sebenarnya terasa sudah kurang berilmu setelah lama MENGURANGKAN MASA untuk sibuk kepada urusan ukhrawi ni.
Namun sekarang, mungkin usia yang semakin tua memerlukan lebih banyak ilmu untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Syukur Allah masih meletakkan hati ini kepadaNya.

Moga hati yang terpaut kepada masjid akan terus-menerus istiqamah.
Harap-harap.
Ameen.

kawan saya ni...?

Saya ada sorang rakan kerja.
Dia baik, tak kedekut ilmu,
dan suka tolong rakan-rakan sekerja.
Tapi ada satu masalah...

Dia: Kalau aku nak baiki mesin ni, aku duduk je. Sebab aku tak pergi surau. Aku duduk bersila je atas lantai.
Saya: Oh, yeke? (Dalam fikiran, apa kawan aku ni sedang fikir pasal aku. Adakah dia fikir yang aku ni malas duduk sebab takut kotorkan seluar? Atau saje je nak perli aku yang takut kotor seluar? Tapi, dia ni tak solat ke sampai boleh cakap macam tu?)

Isk.
Apa 'moral of the story' untuk hal sebegini...?
Tepuk dada tanya IMAN KITA.

Masjid Batu

Alhamdulillah...
Allah masih memberi kesempatan,
untuk solat Jumaat berjemaah.

Tadi sempat bersolat Jumaat di Masjid Batu,
Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Masjid kawasan ni ada dua sebenarnya...
ianya saling berdekatan.
Setiap kali Jumaat,
orang kampung akan bersolat Jumaat...
secara bergilir
di kedua-dua masjid ini.
Jika minggu ni solat Jumaat di masjid ini,
minggu depan solat Jumaat dibuat di masjid satu lagi.

Pengisian khutbah:
"Manusia sebenarnya masih ramai yang tidur lena dan akan terjaga apabila Malaikat Maut datang menjemput"

Pelik...sebab jarak kedua-dua masjid ni hanya beberapa meter.
Mungkin Masjid UMNO dan Masjid PAS.

IBU...6tahun berlalu.

Dia insan paling istimewa...tiada bandingan atau tandingan...walau berjuta yang lain hadir...Dia tetap satu.

Dia bersusah-payah demiku...mengatur makan dan pakaianku...mencorakku dari seorang biasa...menjadi insan seperti kini.

Dia yang berhujan panas... mencari sesuap nasi untukku...Dia tidak kenal erti lelah...mencurah keringat mengatur hidup keluarga.

Dia banyak berpesan...ada yang kuingat dan lupa...tutur katanya sentiasa tepat...mengukir senyuman indah selalu.

Hari ini dalam kenangan,
6 tahun sudah berlalu,moga IBU kekal abadi di 'alam sana',moga Allah merahmati IBU selamanya.
-Al Fatihah-

Hari ni saya 25!

25???
banyaknya nombor ni...
isk..
dah tua rupanya diri ni.

Apapun, semua manusia akan jadi tua.
Tapi tak sangka secepat ni jadi tua.
Masih banyak yang belum dicapai,
dalam kehidupan ni.

Namun dalam usia 25 ni,
rasa masih banyak ibadah yang tak terlaksana,
tuntutan kepadaNya yang paling penting.

Moga2 diri ini diberi perlindungan olehNya sentiasa.
Ameen.

1st Day Praktical

Hari pertama praktikal,
kebetulan sama tarikh mula sekolah,
semacam baru masuk sekolah.
Hari pertama,
penuh dengan perasaan malu.
Tapi demi segulung ijazah,
perasaan tu dibuang jauh-jauh.
Rasa gembira masih ada
kerana selamat berpraktikal di negeri orang.

Syukur, hambaMu masih dalam redhaMu.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!
Alhamdulillah, syukur pada Ilahi.
Masih lagi diberi peluang,
untuk sambut lagi tahun baru,
setelah tahun baru Hijrah,
yang tiba dulu.
Tahun baru kali ni,
disambut di negeri baru,
dalam suasana baru,
ragam manusia yang baru,
dan semuanya semacam baru.
Moga semuanya baik,
sepanjang praktikal di Pulau Mutiara ini.

Ameen...

Lagu Blog

Buat masa sekarang, inilah lagu tema blog ni.
Sambil dengar, sambil muhasabah diri.

Jiwa yang kacau memang elok dengar lagu ni.


Afgan - PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Gadis Futsal

Lelaki dan futsal sememangnya kami bersatu. Namun perempuan dan futsal pun kadang-kadang boleh juga bersatu. Ikut tempat dan kesesuaian.

Biasa kita lihat di gelanggang futsal, biasanya gadis-gadis atau awek-awek ni bersepahan duk menemani pakwe-pakwe bermain futsal. Bukan main bola pun. Atas kepentingan apa mereka2 ni datang? Lepas datang tu buat-buat sembang dengan pakwe, kawan si pakwe dan mungkin si penjaga gelanggang futsal. Hitung punya hitung, dah tak terkira dosa yang berjaya dibuat untuk seharian. Pahala entahkan belum tentu dapat tapi dosa confirm dah dapat!

Apa yang dibengangkan lagi, si pakwe duk bermegah sambil hisap rokok lambang seorang jantan, dalam hati berbangga yang inilah makwenya. BODOH!

Kesian kat makayah. Hantar anak belajar bukan main jauh lagi. Tapi balasan anak mungkin tak sejauh harapan makayah untuk anak-anak mereka.

p/s: Maaf jika kasar, terlampau marah dan berbulu biji mata tengok 'betina' gedik kat gelanggang futsal. Pakaian dahlah menjolok mata...GEDIK!

Last Result...

Alhamdulillah...
tadi dah keluar result terakhir di MFI.
Bukan main susah lagi nak 'check' result,
mula dari petang kelmarin,
hingga subuh tadi baru boleh 'check'.
Kalau belajar kat Harvard,
macam mana la agaknya...

Syukur...
result tidaklah teruk,
dan tidaklah hebat mana,
boleh la.

Langkah seterusnya ialah latihan industri...
Moga tercapai cita-cita nak jadi 'engineer' ni...
Ameen.

dulu...aku.

Tuhanku,

Aku masih ingat,

saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu…

Lembar demi lembar kitab kupelajari…

Untai demi untai kata para ustaz kuresapi…

Tentang cinta para nabi.

Tentang kasih para sahabat.

Tentang mahabbah para sufi.

Tentang kerinduan para syuhada.

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam.

Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi...

dan idealisme yang mengawang di awan…


Tapi Ya Rabbi,

Berbilang detik, minit, jam, hari,bulan...

dan kemudian tahun berlalu…

Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,

tapi… Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu…

Aku makin merasakan gelisahku membadai…

Dalam cita yang mengawang.

Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi…

Hingga aku terhempas dalam jurang Dan kegelapan…


Wahai Ilahi,

Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan...

dan tahun masih berlalu…

Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku kembali.

Menatap, memohon dan menghibaMu...


Ya Allah,

Jika ini pengakhirannya...

Akhirilah ia dengan ingatanku kepadaMu.

Ameen.

Kakak yang semakin sihat

Syukur ke hadrat Ilahi...
Kakak yang sakit tenat dahulu,
sudah semakin sembuh...
Tiada ucapan lain yang dapat dikongsi,
selain ucapan Alhamdulillah di atas ketentuan Allah ini.

Ameen.


Terengganu kehujanan...

Alhamdulillah...
dah dua hari di negeri sendiri.
asalnya malas sangat nak balik.
sebab cuti kebiasaannya dihabiskan tanpa buat apa-apa.
lepak bersama kawan-kawan, jalan sana-sini.
tapi mengenangkan kakak-kakak yang masih ada,
dan anak sedara yang nakal-nakal tu,
serta sanak sedara yang dah lama tak jenguk,
keinginan untuk balik sudah bertukar perasaan riang gembira.
GEMBIRA sangat-sangat dapat jumpa semua dalam kehujanan.
TERENGGANU yang sudah hampir seminggu kehujanan!

Nasib kakak sulung di Felda Chini masih dalam redha Ilahi lagi.
keadaan masih begitu dengan kaki yang tak mampu bergerak.
tangan kanan yang asalnya tak boleh bergerak,
sekarang dah boleh bergerak.
namun tangan kiri pula yang tak boleh bergerak.

Moga Rahmat Allah sentiasa berada bersama dia.
moga dipermudahkan Allah dalam mengharungi kesakitan yang dialami.
Ameen.


~menulis dalam kehujanan~

Cerita 3: Kakak yang sakit tenat

Alhamdulillah...
Sampai juga ke Chini Timur 3 kat Pahang ni.
Sesampai je di rumah kakak yang sulung ni,
terus tengok keadaan dia yang sakit tu.
Kaki tak dapat nak bergerak seperti biasa.
Tangan pun begitu cuma tangan kiri sahaja yang boleh bergerak seperti biasa.
Mata tak dapat nak buka sepenuhnya.
Tapi syukur sebab dia masih kenal adiknya yang bongsu ni.
Itu dah cukup memadai.
Sungguh sedih tengok keadaan kakak yang sebegitu rupa.
Ujian dari Allah kepadanya.

2 hari di Chini,
akhirya malam Isnin saya balik ke Terengganu.
Hati sebenarnya masih tak dapat nak tinggalkan kakak yang dalam kesakitan tu.
Namun terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambil motor yang sudah dipos melalui 'courier service' tu.