Showing posts with label Diari Syawal 2010. Show all posts
Showing posts with label Diari Syawal 2010. Show all posts

Selamat Tinggal Syawal

Alhamdulillah,
kita masih diberi nikmat Iman dan Islam..
yang merupakan nikmat terbesar yang diberi ALLAH kepada umatNya.

Setelah Ramadhan meninggalkan kita...
sekarang Syawal pula menurut jejak langkah Ramadhan tu.
kedua-duanya pergi meninggalkan kita...
tanpa kita tahu adakah tahun hadapan masih ada Ramadhan dan Syawal ni lagi...
tanpa kita tahu amalan kita diterima atau tidak sepanjang beribadah kepadaNya...

Ya ALLAH...
kuharapkan keampunanMu..
dari segala dosa yang telah dilakukan...
sepanjang ku berada di muka bumiMu ini...
ku hanya insan lemah..
dan lebih teruk lagi,
kuhanyalah hambaMu yang serba kekurangan..
kurang dari amalan dan zikir serta ibadah mengingatiMu.

Ya ALLAH...
sesungguhnya Ramadhan dan Syawal yang telah berlalu...
telah sedaya upaya kuisikannya dengan ibadah..
walaupun ada kalanya aku seakan lupa mengingatiMu...
dek kesibukan duniawi membatasi upayaku...
namun kuharap segala yang kuisi pada Ramadhan dan Syawal lalu..
diterima olehMu sebagai amalan yang menjadi tiket penting buatku di akhirat kelak.

Ameen...
Ya Rabbal Alamin.

~Selamat Hari Raya~

Selamat Hari Raya semua..
bunyinya macam janggal je...
sebab raya pun dah nak habis...
kalau ada yang masih ucap selamat hari raya sebegini,
mungkin akan ada yang pandang semacam je.

Tapi ada sebab kenapa ucapan Selamat Hari Raya diucap hari ni...

Alhamdulillah...
setelah bertungkus-lumus memerah keringat..
akhirnya semalam aku beraya juga untuk kesekian kalinya...
Beraya setelah penat berpuasa enam.

Huh...
Cabaran dan dugaan orang berpuasa enam ni...
mungkin lebih susah...
daripada puasa Ramadhan...
dugaan tu datangnya dari pelbagai openhouse sempena raya ni...
sememangnya susah nak kawal.
namun berkat kegigihan diri..
aku berjaya!

Moga Syawal tahun hadapan akan dapat dinikmati lagi.

Open Campus EidulFitri


Raya...Raya...Raya!!!
Raya kan sebulan...
Selagi tak habis sebulan...
kita kena beraya.
Kalau yang puasa tak cukup tu...jangan la nak beraya lebih-lebih.

Alhamdulillah,
kelmarin 5hb Oktober 2010 MFI berjaya anjurkan open campus.
Ramainya tetamu yang hadir...
yang sebilangan besarnya ialah student, lecturer dan staff MFI.

Suasana tak payah cerita la...
Memang penuh sesak dengan lautan manusia...
Sebab dapat FREE kan...
Tak macam tahun yang sudah, kena bayar untuk masuk ke open campus ni...
Makanan yang dihidangkan pun semuanya enak-enak belaka...

sesak...

awok2 semua...sedang posing.

nenas???

Tahniah buat pengurusan MFI...
Berjaya anjurkan majlis sebegini...
Harap berkekalan sampai tahun akan datang...
Tak payah kutip-kutip duit sebagai yuran masuk untuk program sebegini.

ini kambing pusing...special edition.

SELAMAT HARI RAYA...

open house weekend


Sibuk sungguh hari minggu ni. Dua hari cuti ni jarang ada kat rumah. Sibuknya sampai jarang-jarang ade kat rumah. Apa lagi, sibuk open house la, bukan sibuk studi pun. Walaupun assignment tertangguh dan projek terbengkalai, tapi openhouse mesti kena pergi sebab orang dah jemput. Jumlah kesemua openhouse sepanjang weekend ni ialah 7 buah termasuk satu open masjid. 4buah pada hari sabtu dan 3buah lagi pada hari ahad. Letihnya badan, sakit sana-sini. Memenuhi undangan openhouse ni sebenarnya seronok, dapat makan-makan, minum-minum, berkenal-kenalan merapatkan silaturrahim dan selainnya.


openmasjid...Masjid Teras Jernang.



openhouse Pakatan Rakyat Bangi...

Apakan daya, raya sebulan ni memang dah jadi trademark orang di bandar. Raya di kampung hanya seminggu sahaja meriah ataupun selepas berakhirnya raya enam bagi yang berpuasa enam. Bagi orang bandar(saya orang bandar ke?), raya itu adalah sebulan lamanya untuk dihabiskan. Jadi memang tak hairanlah di Selangor atau KL ni, bersepah openhouse bagai cendawan tumbuh selepas hujan banyaknya. Tuhan saje yang tahu betapa banyaknya openhouse minggu ni.

open house Abang Budia & Kak Noni...sepupu.


open house Aidil...jauhnya nun di Seremban.

Hurm, sedapnya makan, tapi ada juga part yang tak berapa nak seronok tu. Part makan tu yang bahaya sebenarnya. Kalau tak kawal habis la. Makin bertambah kalori dalam badan. Tapi ramai yang kata, takapalah raya setahun sekali je...Nanti rugi.


ni bukan openhouse...ni raya dengan sorang sahabat lama di Tati dulu.

Raya kesepuluh...

Perjalanan jauh tak kurasa. Kerna hatiku melonjak sama. Ingin berjumpa kawan-kawan. Yang selalu bermain dimata...hehe.

Cukup sudah raya kesepuluh...
Raya kesepuluh ni aku habiskan atas highway je...
Jauh juga perjalanan ku tempuh. Semata-mata nak balik ke MFI dengan motor buruk aku tu. Aku terpaksa 'tipu sunat' kakak aku agar dia tak bimbang. Yang sebenarnya aku pulang ke MFI sorang diri. Cuma takmahu dia risau.

Aku bertolak dari rumah pkul 7.25pg. Berhenti rehat di Petronas Dungun. Isi minyak di Petronas Bukit Kuang. Lepas tu isi minyak lagi di Petronas Gambang. Berehat dan isi minyak di Shell Temerloh. Akhir sekali isi minyak di Petronas Genting Sempah. Pukul 2.15ptg aku sampai ke Bangi.

Alhamdulillah..selamat juga sampai ke Bangi walau sorang diri bawak motor. Yang sebenarnya bukanlah sorang diri pun, kat atas highway penuh dengan penunggang motor balik dari beraya. Jadi kesimpulannya aku taklah keseorangan.

Raya kesembilan...



Raya kesembilan ni xde foto aku rakamkan...
sbbnya dah jenuh aku duk ambik gambar beraya ni...
nanti ape pulak org sekeliling kata...hehe.
aku yang dulunya mmg xsuka bergambar...
entah mcm mana suka pulak dengan foto-foto ni.

Raya kesembilan ni sebenarnya cukup bermakna...
kelmarin aku dapat khabar gembira lahirnya seorang lagi rakyat Malaysia...
tepat jam 2.15ptg iaitu pada raya kelapan kelmarin...
rakyat Malaysia kat atas tu ialah cucuku...
dalam kata lain...cucu saudara iaitu anak kepada anak saudara aku.

Pening juga ada...
Aku sebagai pak saudaranya pun belum kawen...
tapi dah dapat cucu pulak...
yang jumlah cucu terkumpul sekarang ialah 7 orang..
sorang lagi tengah dikandung oleh anak saudaraku...
Aku dapat pangkat Atuk Muda sebenarnya.
suka!

Hari ni sebenarnya bnyk open house..
dan juga kenduri kawen...
tapi kat kampong je la...

Moga Mohamad Adill Hakimie membesar dengan sebaiknya.
Atuk sayang kamoo...

Raya kelapan...


Beraya lagi...
Kali ni beraya ke rumah kakak aku yang keenam di Bachok, Kelantan.
Plan ni sebenarnya dibuat pada saat-saat akhir.
Asalnya tak jadi, tapi aku dan kakakku yang kedua setuju nak pergi.
Kakakku yang kedua pergi dengan keluarganya,
manakala aku pergi dengan motor buruk tu.
Aku bertolak selepas balik dari rumah terbuka Ahmad Syahmi di Gong Badak, Terengganu.
Habis juga minyak satu tangki untuk sampai ke Bachok ni.


Sampai je dekat Maghrib,
terus berehat sambil melayan anak saudara yang jarang-jarang berjumpa ni.
Tak banyak aktiviti dapat dibuat sebab hanya sehari je disini.
Syukur pada malamnya dapat makan bersama dengan keluarga kakakku yang keenam ni.
Esoknya terus balik ke Rusila.

Si manja..Zatil Hannan dan maknya.


kakakku yang nombor enam...


keluarga kakak keenam...suaminya tak dapat dikesan.



anak-anak saudaraku yang happening semacam je...



kakakku yang nombor dua....


keluarga kakak kedua...

Sebenarnya kat Kelantan ni, aku sempat beraya ke rumah dua sahabat iaitu
Badrul dengan Mohd Aza.
Kat sini juga aku dapat lagi duit raya RM40...hehe.
Walaupun masa terhad, raya tetap raya.

Raya ketujuh...


Raya...Raya...Raya!!!
Inilah open house pertama aku pergi sepanjang beraya ni.
Beberapa open house yang lalu tak dapat aku hadiri sebab...
erm....banyak sebab la.
Ini open house sorang sahabat iaitu Ahmad Syahmi di Gong Badak,Terengganu.

Memang dah plan nak pergi sini.
Sebab tulah macam ramai je dalam gambar tu.
Kat sinilah juga aku jumpa satay,
hidangan favourite untuk musim perayaan ni.

Hanya sebuah rumah je dapat pergi hari ni...
Sebab aku harus bertolak ke Bachok, Kelantan.
Rumah kakakku yang tersayang.

Raya keenam...


Raya keenam.
Masih lagi beraya seperti biasa.
Hari ni tak banyak rumah dapat ku pergi.
Sebabnya???

Pertama sebab adanya bola, Manchester United lawan Rangers semalam.
Keputusannya hanya seri 0-0 je.
Keduanya sebab anak saudara aku hampir-hampir masuk wad.
Cirit-birit, nasib baik tak kena denggi sebab kelmarin dah dua orang terkena denggi kat Rusila ni.

Namun hari ni plan dengan keluarga kakak aku yang kedua mesti menjadi.
Kami nak beraya ke rumah sedara-mara di Chendering.
Akhirnya, satu persatu rumah kami pergi, ada 4 buah rumah kesemuanya.
Namun tak semua ada kat rumah.
Maklumlah, raya dah nak msuk seminggu.
Ade yang pergi beraya dan ada yang dah mula bekerja.
Namun yang penting, tali silaturrahim tu tak putus.
Tapi rasa ralat juga sebab tak pergi beraya awal-awal dulu.

Lepas habis beraya di Chendering,
Raya diteruskan ke rumah Tokki tersayang di Simpang Empat, juga dalam kawasan Chendering.
Inilah satu-satunya 'orang lama' yang aku masih ada selepas ayah dan ibu tiada.
Beliau tinggal bersama mak sedare aku iaitu Puan Jarah.
Kat sini sebenarnya aku dapat duit raya RM50 dari mak sedare aku...hehe.

Tokki aku ni sebenarnya masih kuat,
masih mampu pergi ke masjid,
masih mampu mengayuh basikal,
dan yang penting dia pandai memasak!

Rumah terakhir aku pergi hari ni ialah rumah seorang sahabat di Seberang Marang.
Rumah Mohd Azmil bin Abdul Hanid.
Ustaz Azmil sebenarnya.

SELAMAT HARI RAYA...

Raya kelima...

Raya masih diteruskan...
Raya mesti sepuas-puasnya.
Rugi kalau duduk rumah je tengok TV.
TV tengok kita pun ada juga kadang-kadang tu....

Raya kelima ni aku beraya dengan sahabat-sahabat semasa Diploma dan juga MFI.
Hari ni sebenarnya hujan pada awal pagi...Lebat la juga.
Aku dah rasa gelisah pada mulanya, rosak la plan beraya hari ni.
Tapi naseb baik sahabatku, Ahmad Kamrorizuan ada kereta...
Setelah berbincang dan plan rumah mana nak terjah,
aku dgn Kamarol terus beraya.

Ingatkan si Kamarol ni nak terus pergi beraya,
tapi dia datang rumah aku dulu...ada juga org datang rumah aku ni.
Naseb baik la kakak aku dah balik dari rumah mak mertua dia.
Dapat la kami makan pagi berat sikit sebelum pergi beraya...hehe.
Kalau tak macam biasa la...hanya kuih raya je yang ada + air kosong.


Rumah ni wajib aku pergi setiap kali raya...Rumah Ahmad Maududi.


Ni rumah budak kembar...Nasir dan Nazri.
Yang ada hanya Nasir sebab adiknya pergi open house.
Naseb tak runtuh kerusi tu!

Hari ni sebenarnya 5 buah rumah berjaya diterjah.
Hanya dua yang berjaya dirakam sebagai kenangan raya 2010.
Raya masih perlu diteruskan esok.

Raya keempat...

Jadual raya keempat ni memang padat.
Dua orang sahabat lama dari Kemaman turun ke Kuala Terengganu untuk beraya.
Aku HOLD dulu semua rumah lain semata-mata nak beraya bersama dua sahabat ni.
Janji pukul 10pg nak sampai Terengganu, tapi sebab jalan sesak akhirnya pukul 11 lebih baru dua sahabat ni sampai.
Jenuh menunggu dari pukul 9pg..
Sampai kat rumah aku, aku layan je diorang.
Makanan memang tak ada sebab kakak aku balik rumah mak mertua dia di Pahang.
Aku pun mana la reti nak masak, kecuali masak air...ermm, maggi tu boleh la.
Yang ada hanya kuih raya je..Padan muka.

Kami pun terus je beraya....


Rumah pertama kami terjah...Rumah si doktor Hanif.
Rumah yang sudah aku pergi pada raya ketiga...
Tapi disebabkan sahabatku datang dari jauh, aku pergi lagi rumah ni.
Buat kali ketiganya...


Seterusnya rumah Ahmad Munzir.
Anak kepada Che Ghani Ambak, orang kuat PAS.


Ni sebenarnya rumah sahabat perempuan di Kampung Darat Pak Chan...
tapi tuan rumah malu nak bergambar.
Kami je yang bergambar.


Tuan rumah ni sporting...
Sahabat sewaktu di SHAMS dulu.
Rumahnya nun disana, Kampung Alor Limbat.



Last sekali...
Secara tak sengaja,
dapat makan-makan di Pantai Batu Burok.
Acara ni aku tak jangka pun.
Sehingga pukul 1pagi baru habis beraya hari ni.
Barbeque ni tajaan seorang sahabat iaitu Adhwa yang belajar di German.

Akhirnya, pkul 2pagi bru sampai di rumah.
Memang beraya sungguh hari ni.
Sebenarnya banyak rumah yang tak dapat pergi hari ni
seperti rumah Mitolib, Imi Iser dan lain2,
disebabkan masing-masing keluar beraya.
Ada yang buat reunion keluarga, reunion sekolah dan lain-lain.
Kesian sahabat-sahabat aku yang datang beraya jauh-jauh ni.

Apapun, hari ni sungguh seronok...beraya sakan.

Raya ketiga...

Raya ketiga ni barulah secara rasminya aku mula beraya.
Mulanya nak pergi beraya rumah saudara-mara,
tp disebabkan kakak-kakak aku sibuk, aku HOLD dulu bahagian saudara-mara tu.
Susahnya jadi anak bongsu ni.
Rasa mcm tak patut aku buat begitu, tapi tulah.
Malu sebenarnya nak pergi beraya sorang-sorang ni.
Walaupun gitu, aku beraya juga rumah bapak saudara aku yang paling rapat kat Permin Jaya...walaupun aku pergi sorang diri, hehe.

Lepas tu,mulalah misi beraya rumah kawan-kawan.

Inilah rumah kawan pertama aku pergi beraya.
Terletak di Kampung Wakaf Beruas.
Seorang doktor juga merangkap Hafiz Al-Quran.Doktor Hanif.
Setiap tahun aku beraya rumah dia.
Bangga aku ada kawan macam ni, mengenangkan diri aku yang kurang lagi dalam soal-soal agama ni.

Seterusnya rumah sorang kawan di Telok Menara.
Asalnya Syed Abdul Mun'em ni tinggal di Padang Tengir.


Seterusnya, rumah kawan lagi di Kampung Atas Tol.
Rumah Mohd Hanif Sidek.
Ayahnya terkenal sebagai cikgu sekolah memandu Bitara.
Aku pun dulu pernah jadi anak murid ayahnya.


Dekat nak maghrib, aku singgah rumah kakak keempat di Kampong Nibong.
Rasa macam jahat je.
Lepas letih baru singgah rumah kakak...hehe.
Tapi berbaloi aku pergi lambat rumah kakakku yang keempat ni,
sebab dia pun baru balik beraya.

kakakku yang nombor empat...

Raya kedua...


Balik kampung...
Ho Ho Ho Balik kampung...
Ho Ho Ho Balik kampung...

Raya kedua aku balik ke kampung halaman...
Dari Felda Chini, jaraknya lebih kurang 260km ke Rusila.
Jauhnya! Tapi inilah balik raya namanya...
Sepanjang perjalanan, aku rasa hanya aku sorang je manusia yang balik kampung naik motosikal pada hari tu.
Sempat singgah di Kijal, umah sahabat lama di SHAMS dulu.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus ke pusara arwah ayah dan ibu. Sedekahkan Al-Fatihah dan doa untuk keduanya yang telah pergi menemui Ilahi. Harap agar doa diterima oleh Allah untuk mententeramkan keadaan ibu dan ayah di alam barzakh.


pusara yang sebelah-menyebelah...

Kemudian aku beraya dengan keluarga kakak ketiga yang tinggal bersebelahan dengan rumah lama tinggalan arwah ayah dan ibu.

aku dan kakak ketiga, Puan Sipah...


anak-anak kakakku yang ketiga tu...

Petangnya, aku tidur sebab letih sangat bawak motor.
Malamnya sambung beraya dengan kakakku yang kelima iaitu Asnah.


aku dan kakak kelima, Puan Asnah...

Raya pertama...


Raya pertama aku kali ni tak seperti biasa.
Raya kali ni aku cuba meriahkan agar tidak menjadi suram seperti selalu...
Suram seperti biasa aku lalui sejak beberapa tahun yang lalu.
Kelihatannya seakan pelik,
sebab keputusan 'style' beraya tahun ni aku ubah pada saat-saat akhir...

Tak pernah aku buat sebelum ni, beraya sepertimana aku raya pada tahun ni.
Aku tak beraya di kampung, sebaliknya destinasi raya pertama aku kali ni ialah
rumah kakak sulung aku di Felda Chini Timur, Pahang.
Sehinggakan tahun ni adalah pertama kalinya aku tak berbuka puasa di kampung halaman.

Ada banyak tujuan aku ke situ...
Satunya ialah mengeratkan ikatan yang seakan nak putus...
Ikatan antara aku dengan anak2 saudara dan cucu2 saudara aku...
Keduanya mencari sesuatu yang hilang dari simpanan aku sejak beberapa tahun yang lalu...

sampai jua...hampir 45minit utk sampai kesini dari simpang utama.


insan yang aku nk jmpa sangat2...kakak sulung aku, Puan Hasnah.


ni bukan anak saudara, inilah gelagat cucu saudara aku...


cucu-cucu saudara ku beraya sakan...


kiri sekali isteri anak saudara aku yang lelaki, selebihnya anak saudara aku yg tgh mengandung!


the latest 'cucu saudara'...


Danish dengan ayahnya, Lan.

Kat sini sebenarnya aku dapat duit raya RM50...
hehe, dah besar pun masih dapat duit raya...
tak sia-sia beraya sejauh ni.

APA YANG AKU CARI DISINI???


Inilah dua keping gambar yang sangat aku cari selama ni...
Gambar insan teristimewa dalam hidup...
Arwah ibu dan ayah.
Gambar atas ialah aku sewaktu kecil dgn arwah ayah ibu serta kakak keenam.
Gambar bawah ialah arwah ibu dengan kakak sulung.