Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

BERSIH 2.0!!!



“BERSIH 2.0 telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan BERSIH 2.0 berjaya mencapai matlamatnya.

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas


Sumber: Harakahdaily.net

Isu Nasionalisme : Jawapan TokGuru Nik Aziz Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Bila ISLAM dimainkan!

Umat Islam yang menolak hanya satu ayat dari Al-Quran sudah dianggap KAFIR. Apatah lagi apabila Hukum Hudud Allah diBODOHkan yang sudah terang-terangan dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran. Ini ucapan MB Johor beberapa hari ni yang katanya ISLAM!

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan: "Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"

Anda nilaikan sendiri...

Politik di mana2.


Politik di mana-mana...
JOM!


ISLAM suku POLITIK suku

Mengapa selama ini UMNO mengatakan
Islam tidak boleh bercampur dengan POLITIK?
ISLAM mesti asing dan POLITIK mesti asing.

Hujah ini membuktikan segalanya...
Apabila dibacakan satu-satu kebenaran,
maka terdiamlah lidah
dan terkunci rapat segala pancaindera.

Ranking 100 Blog dan Portal Politik Malaysia

Ranking Alexa Blog dan Portal Politik di Malaysia. Tranungkite.net menduduki tempat pertama diikuti Agenda Daily dan Parpukari ketiga. Tahniah buat semua pemenang.

Blog Alexa Ranking Malaysia



1 Tranungkite.net 131
2 Agenda Daily 404
3 House PK @ ParpuKari 418
4 Tukar Tiub 509
5 Gerakan Anti PKR @ GAP 559
6 The Unspinners 562
7 MyKMU 640
8 Chedet Blog 663
9 Anwar Ibrahim Blog 665
10 RBF 696
11 Pisau 759
12 The Flying Kicks 770
13 Perak Today – The Portal 812
14 Dr Novandri 821
15 Papa Gomo 933
16 Lim Kit Siang 961
17 Media Permatang Pauh 967
18 Taipingmali 988
19 Milo Suam 1,050
20 Kedah La Nie.. 1,163
21 Zulkifli Nordin 1,248
22 Pejuang Bangsa 1,305
23 Kelab Greenboc 1,326
24 Biaqpila 1,351
25 Anak Sungai Derhaka 1,417
26 Keris Putera 1,441
27 Gelombang Rakyat 1,450
28 Rocky’s Bru 1,535
29 Cina Islam 1,556
30 Ikut Suka Aku 1,589
31 Kita Gempur 1,720
32 MSO 1,777
33 McTheory- Kedah ke KL 1,820
34 Medan Info Kita 1,880
35 Warta Maya 2,006
36 AIDC 2,114
37 Haris Ibrahim 2,305
38 Darul Ehsan Today 2,375
39 UMNO Online 2,463
40 Semut Hitam 2,483
41 Malaysia-Instinct 2,519
42 Kerabu Bersuara 2,542
43 Panglima Perang Cyber 2,631
44 Ibnu Hasyim 2,657
45 Kerajaan Rakyat 2,679
46 Kickdefella 2,681
47 Din Merican 2,867
48 Blog PM Najib Razak 2,990
49 Selangor Daily 3,107
50 Azli Shukri 3,315
51 Gelombang Wangsa Maju 3,318
52 Ek-Ele Ada Ada je 3,399
53 Husin Lempoyang 3,480
54 Anak Seberang 3,570
55 Anwar Pembohong 3,688
56 Pengundi Setia Sg Rapat 3,721
57 Gunug Mat Cincang 3,746
58 Desperado 3,841
59 Celah Gelegar 3,860
60 Kedah Times 4,077
61 Wfauzdin 4,237
62 Gelombang Merah 4,280
63 Tulang Besi – Malaysia Waves 4,379
64 My Blog Hub 4,490
65 Sakmongkol 4,616
66 From Perak With Love 4,722
67 Big Dog 4,786
68 Bumiyang 4,790
69 Batu vs Kayu 4,921
70 Out Syed The Box 5,030
71 Blog Tamingsari 5,055
72 Badut Rakyat 5,464
73 Fakulti Siyasah Syariah 5,570
74 Apa Yang Tersirat 5,579
75 Warisan2057 5,590
76 Anil Netto 5,622
77 Penghuni Gua 5,666
78 Manjung Mari 5,686
79 Melayu Raya Daily 5,707
80 Perisik Rakyat 5,751
81 Cucu Tok Selampit 5,825
82 Siasah Daily 5,981
83 Gelagat Anwar 6,088
84 Aduka Taruna 6,198
85 Niamah 6,319
86 Bawean Termenung 6,426
87 Sahabat Gunung 6,570
88 Chegu Bard 6,682
89 Jeff Ooi 6,694
90 Dato Kadir Jasin 7,016
91 Rajahmas 7,057
92 Empayar Pemuda 7,152
93 UMB Penang 7,164
94 Jeffry Damien 7,190
95 Another Brick 7,191
96 Sanggul Melayu 7,355
97 Aku Budak Balun 7,515
98 Penarik Beca 7,578
99 Satu Melayu 7,860
100 Aspirasi Bangsa 7,876


*MERAH – Mesra Kerajaan | *BIRU - Pemimpin Politik Berblog | * HIJAU – Mesra Pembangkang | * HITAM – Neutral


Sumber: PerakToday

Misi Kemanusiaan ke Kedah


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Dua hari yang telah lalu, saya dan sahabat-sahabat dari Jabatan Amal Serdang telah memberikan bantuan yang tak seberapa bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah. Walaupun kami lambat sampai menghulurkan bantuan dikala ramai sukarelawan telah datang membantu sebelum ini, namun pengalaman menceritakan kisah yang sebenarnya.


sukarelawan Unit Amal PAS...

Dipendekkan cerita, ternyata apa yang dihebohkan media terutama RTM dan Media Prima semuanya bohong dan fitnah karut yang dibuat ke atas kerajaan negeri Kedah. Apa yang berlaku pada dua hari kami disana ternyata menggambarkan keadaan sebaliknya. Tiada seorang pun penduduk berkata yang mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan Kedah. Kalau adapun cuma bantuan tu lambat sedikit untuk sampai kepada semua mangsa banjir. Malahan ada penduduk yang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak membantu dari segi wang ringgit dan juga tenaga manusia yang sememangnya susah dibekalkan oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO BN. Inilah yang terjadi jika kita hanya bergantung pada TV di rumah semata-mata.Media yang memainkan isu kononnya kerajaan Kedah tidak membantu ternyata menipu rakyat semata-mata tanpa mempedulikan perasaan dan rasa hormat kepada kerajaan Kedah. Tak hairanlah jika Menteri Besar Kedah sangat marah dengan tindakan beberapa media yang membuat liputan keadaan banjir di Kedah dengan menemurah mangsa-mangsa banjir di tepi jalan tanpa bertanya hal yang sebenar kepada kerajaan Kedah. Main hentam keromo je. Ini apa yang saya dapat tahu dari penduduk negeri Kedah sendiri.


sukarelawan dari Nisa'...


sukarelawan dari Briged Amal Selangor...

Sepanjang dua hari disana, masalah utama yang dapat dilihat ialah kurangnya alat untuk membuat proses pembersihan termasuk tenaga manusia yang sememangnya tidak mencukupi. Nasib baik ratusan sukarelawan dari Pakatan Rakyat dan NGO memberi bantuan mengurangkan beban semua mangsa banjir. Kami langsung tidak tahu dimana khemah bantuan dari UMNO BN dan lebih teruk lagi, ada penduduk kecewa dengan UMNO BN yang hanya membantu ahli-ahli mereka sahaja. Ada juga beberapa kedai barangan plastik dikatakan membuat jualan lelong kepada mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung. Tahniah diucapkan.


keadaan rumah seorang OKU...


kerja pembersihan dengan 'water jack'...


sepakat membawa berkat...


siap...

Kami disana pun cuma membantu sekadar yang termampu dengan membuat pembersihan ke atas rumah seorang OKU dan ibu tunggal. Rumah OKU tersebut ternyata sukar dibersihkan tanpa tenaga manusia dan alat yang betul seperti 'water jack' dan lain-lain. Selut basah yang tebal dan juga kering tidak mungkin mampu dibersihkan oleh OKU tersebut. Apa yang lebih memilukan bila melihat seorang ibu tunggal menyusun semula barangan yang telah rosak akibat terlalu lama ditakung air. Pelbagai barangan termasuk bekalan makanan dan pakaian
disumbangkan oleh orang ramai namun tidak semua barangan ini diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir kerana apa yang lebih diperlukan ialah sumbangan berbentuk wang ringgit dan tenaga manusia untuk membantu kerja-kerja membersih kawasan rumah.

seorang ibu tunggal menyusun peralatan yang rosak...


bantuan yang dihulurkan orang ramai di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut.

Dalam menghadapi keadaan banjir buruk tu, penduduk di Kedah sekarang sebenarnya sibuk dengan majlis memperingati mangsa-mangsa Memali iaitu tragedi menyayat hati yang berlaku pada 19 November 1985 semasa pemerintahan Mahathir dulu. Pelbagai majlis diatur sempena majlis tersebut yang diadakan setiap tahun di Kampung Memali. Solat hajat, membaca Al-Quran dan lain-lain diadakan sempena memperingati mangsa-mangsa yang terbabit.

Akhirnya kami pulang dengan jawapan konkrit dari penduduk bahawa ternyata semua fitnah dan hasutan pihak media sebelum ini adalah mengarut tentang kerajaan negeri Kedah. Dan yang terbaru, Sultan Kedah murka kepada media yang membuat liputan apabila memberitahu kerajaan Kedah tidak membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Sultan sungguh kecewa!

Sekian.


PAS kalah, PKR tak menang

Tahniah kepada calon BN yang berjaya merampas DUN Galas,
disamping mengekalkan parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar.
Kepada Pakatan Rakyat, PAS dan PKR jangan bersedih,
kita memang dah biasa kalah.
Ia tidak mengubah apa-apa kepada kerajaan PAS Kelantan.
Kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.


Macam biasa, ISLAM diketepikan bilamana kemenangan di pihak mereka!

yeah!!!


hooray!!!

PAS kalah...
PKR tewas...



WHO IS LEADING MALAYSIA TODAY???

Rasanya blog ni macam dah jadi diari hidup. Semua perkara dikongsi disini. Kalau boleh, apa yang dilakukan saban hari hendak dikongsi disini. Namun mungkin bukan semua perlu ditulis disini. Tak sesuai kot. Perkara yang patut dikongsi sewajarnya ditulis disini, yang tak patut perlu dibuang jauh-jauh...untuk dijadikan sempadan.

Tadi sesaje je boring melayari internet. Sumber rujukan terbesar seluruh umat manusia sekarang. Terjumpa satu gambar ni. Gambar yang sebenarnya hanya sebahagian daripada jutaan gambar dalam internet memaparkan kisah wanita ni.



Sekali tengok gambar ni hanya biasa sahaja. Tapi dua kali imbas baru perasan apa yang tersembunyi dalam gambar ni.

WHO IS LEADING MALAYSIA TODAY???

Anda jawab sendiri...

Ijtima' Tarbawi Pemuda-Pemudi Kebangsaan


1-3 Oktober ni sedang berlangsung Ijtima' Tarbawi Pemuda-Pemudi Peringkat Kebangsaan di Masjid Rusila, kampungku yang tercinta. Rugi rasanya tak dapat hadir sama-sama ke persidangan terbesar pemuda-pemudi ISLAM seMalaysia ni.

Ijtima' ini sebenarnya menghimpun 3500
jentera pemuda yang merupakan penggerak dan pengamal tarbiyah disemua peringkat organisasi Dewan Pemuda. Ia juga merupakan himpunan untuk memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda disemua peringkat [ Pusat , Negeri , Kawasan dan cawangan ].

Tentatif program:
1 October 2010
0945 pm - Majlis Perasmian oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

...2 October 2010
1100 am - Pidato tarbawi 1 - Pilihan raya dan Tarbiyah Jihadiyah oleh Al Fadhil Al Ustaz Dato Abu Bakar Chik , Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdullah

0900 pm - Pidato tarbawi 2- Palestin & Tarbiyah Jihadiyah oleh
1. YB Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
2. Ustaz Nasruddin Hassan
3. Ustazah Nuridah Salleh

3 October 2010

1000 am - Forum Tarbawi 2 - DPP dan Tarbiyah oleh
1. Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail (Dewan Ulama)
2. Al Fadhil Ustaz Hj Nik Zawawi Nik Salleh (DUP Pusat)
3. Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad bin Yahya (DPP Kedah)

"MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN"

Pakatan Rakyat tewas kali ni

Keputusan diumumkan nyata berpihak kepada BN dalam Pilihanraya Kecil kali ini.
Dato' Zaid Ibrahim dari PKR tewas dengan undi majoriti 1725.

PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725

Alhamdulillah.
Walaupun kalah, Pakatan Rakyat masih boleh menarik nafas lega kerana undi majoriti masih lagi berada dari lingkungan luar kawasan Felda. Janganlah difikirkan sangat akan kekuatan Felda itu sendiri. Felda lah satu-satunya kubu kuat UMNO BN yang terdiri dari majoriti orang Melayu dan asli.

Seorang rakan sempat berbisik tadi. Beliau berkata bahawa, itulah kesan penubuhan Felda yang menyimpan ribuan penyokong UMNO BN yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri dahulu, kalau tak silap Tun Abdul Razak. Orang-orang Felda ni memang dah menjadi lumrah kehidupan mereka menyokong UMNO BN yang sememangnya menjadi 'tuan tanah' atau tokei kepada mereka.

D. U. I. T (duit) atau wang menjadi asam garam politikUMNO BN! Bila rakyat dah diberikan sejumlah wang yang boleh membuatkan mereka jadi kaya sekejap, comfirmlah gelap mata jadinya. Tentu sekali segala kesalahan BN dapat dimaafkan. Rm 50, 000 tu.... Rm 1000 telah diberi tunai manakala Rm 49, 000 lagi kalau BN menang kalau tak menang tak dapat! Orang gila pun akan undi BN! Sape nak lepaskan duit.PKR setakat bagi air free, BN bagi Rm 50 000 x 263 = Rm 131 500 000 fuh gila dahsyat! Malah 363 x Rm 160, 000 lagi bakal menyusul! Memang tak terdayalah PKR nak lawan BN berbelanja sebesar itu semata-mata untuk Pilihanraya Kecil.

Kalau dilihat, Undi PKR berbanding PRU tempoh hari mencatatkan peningkatan iaitu dari 23 177 undi kepada 23272, tetapi BN juga yang menang jelas sekali Najib sanggup berbelanja besar untuk mengubah keadaan daripada 50-50 kepada menjadi sedikit kelebihan kepada BN walaupun dengan jumlah wang yang banyak. Tahniah kepada Dato' Najib!


Tak mengapalah kita dah kalah apa nak buat, kita pun memang dah biasa kalah. Cuma apa yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran, kebanyakkan penduduk felda kurang dapat maklumat, Pakatan Rakyat harus lebih keras berusaha pada masa akan datang!

Tunggu PRU seterusnya!!!

Melampaunya...PM Minum ARAK!


Permainan tuduh-menuduh mengenai isu meminum arak terutamanya yang diterima oleh Dato' Zaid Ibrahim seakan-akan suatu perlumbaan mengejar siapa sebenarnya yang lebih alim dan mulia disisi Allah. Namun, kemuncaknya hati ini terasa terpanggil setelah tadi terdiam seketika selepas didedahkan bahawa semua bekas Perdana Menteri kita pernah meminum arak kecuali PakLah. Maknanya, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir semuanya pernah minum arak ke?

Beberapa hari yang lalu, blog milosuam telah mendedahkan yang PM kita sekarang ni pun pernah meminum ARAK bersama PM Jepun!

Bagaimana reaksi anda bila diberitahu sedemikian?
Dimana moraliti anda sebagai seorang ISLAM yang menaruh kepercayaan tinggi terhadap pemimpin setinggi Perdana Menteri itu. Bukan calang-calang orang seperti PM tu. Orang tertinggi negara setelah Raja berperlembagaan.

Merujuk kepada laporan Malaysiakini hari ini, Dato' Mustafa Ali membuat pendedahan bahawa semua Perdana Menteri selain PakLah pernah meminum arak. Apa yang lebih mengukuhkan lagi hujah bahawa beliau sendiri pernah melihat dengan matanya akan perlakuan sumbang dan hina bekas-bekas PM kita itu. Nauzubillah!

Tambah Dato MustafaAli lagi, kalau hendak diikutkan, ini tidak termasuk dengan dosa-dosa lain selain meminum arak. Mudah kata, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan." "Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang pemimpin UMNO tu.

Sebenarnya susah juga hendak dipercayai kerana selama ini, pentadbiran Malaysia nampaknya licin dan berjalan lancar tanpa ada sesiapa yang berani membuat pendedahan seberani ini. Namun, mengambil kira yang Dato Mustafa Ali pernah berada dalam kerajaan ketika PAS bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an, rasanya tak mustahil yang semua ini hanyalah 'gurauan' Dato Mustafa Ali. Takkanlah Dato Mustafa Ali sanggup menipu mengenai perkara-perkara besar seperti minum ARAK ni. DOSA besar tu kalau memfitnah.

Menambahkan lagi keyakinan, tak ada pula sebarang tindakan menyaman yang dilakukan oleh UMNO BN ni, semacam mengiyakan sahaja pendedahan tersebut tanpa ambil peduli akan cakap-cakap masyarakat ISLAM di Malaysia. Malunya!

Malangnya Malaysia jadi PakTurut Amerika!

Sedih dan pilu bilamana negara kita, yang dilabel sebagai kononnya sebuah negara Islam tidak berpendirian tegas dalam isu keamanan sejagat atau lebih tepat lagi disebut isu nuklear.

Malang...Malang....dan Malang!!!! Amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Sehinggakan Agensi Berita Asing, AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran. Kalau apa yang dikatakan AFP itu benar, maka Perdana Menteri seharusnya menjawab tuduhan tersebut, tetapi malangnya dan amat malang sekali, Perdana Menteri senyap seribu bahasa. Sama lah juga dengan isu royalti minyak, Perdana Menteri kelu tak berjawab!

Kita seharusnya mengambil sikap yang sama dengan Republik Turki yang konsisten, berani dan tegas bahawa hak penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan tidak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Apa yang paling dikesalkan ialah regim zionis haram Israel yang terbukti telah dan sedang bertindak ganas tanpa batas tamadun manusia pula dibiarkan bermaharajalela dengan mempunyai teknologi nuklear sekian lama tanpa pula dikecam oleh mana-mana pihak di Washington.

Apa yang lebih buruk ialah dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia yang sentiasa 'lemah-lembut' juga telah gagal untuk menyuarakan tekanan kepada regim zionis Israel dalam persidangan Nuclear Summit 2010 di Washington sekarang ini.

Inilah yang sebenarnya menjadi punca krisis keamanan dunia di waktu ini iaitu ISRAEL LAKNATULLAH bermaharajalela di muka bumi Allah ini.

Pilihanraya Kecil lagi

Lama tak menulis pasal politik ni. InsyaAllah, dalam masa tak sampai 60 hari ni, satu pilihanraya kecil akan diadakan lagi.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak , Allahyarham berumur 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun sebelum meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada tahun 2005.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya terhadap pejuang keadilan ini.

TokGuru selamatkan org lemas


Sebenarnya, tak ramai yg tahu psal benda ni.
Tuan Guru Hj Hadi menyelamatkan orang lemas.
Bukalah suratkhabar harian kalau ade(erm..ade kot), tp kalau anda beli harakah pasti anda akan tahu.

Inilah kehebatan jiranku, yang sememangnya dikenali dgn sikap baiknya selain petah berbicara mengenai Islam.
Waktu sebelum kejadian Tok Guru sedang memancing kat tepi pantai dengan cucu-cucunya. Selang beberapa minit lepas itu, kedengaran orang minta tolong memberitahu ada orang lemas.
Dalam suasana kalut ini, Tokguru sendiri hendak turun ke laut tetapi dihalang oleh keluarganya.


~aksi menyelamat~

Ekoran itu, anaknya Abdul Rahman, 28 tahun, yang berenang ke laut dan menarik ke tepi. Abdul Hadi bersama anaknya Khalil dan menantunya Zaharudin kemudiannya sama-sama terjun ke laut dan membawa mangsa ke pantai.

Itupun, Tokguru tenggelam sekali apabila dipukul ombak besar.
HEBAT kan???

Rampasan Kuasa Terbesar di abad ini


Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Penantian hampir setahun siapakah yang menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah terjawab hari ini dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN).

Zambry dilantik sebagai menteri besar selepas BN memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran sokongan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) keluar parti masing-masing akhir Januari 2009.

Pada 13 Feb tahun lalu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei 2009, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah sah mengikut perlembagaan.

Sumber: wargamarhaen.blogspot.com/ harakahdaily.net

Royalti vs Wang Ihsan

Salam Royalti atau Wang Ihsan buat semua orang Kelate!!!

Akhirnya,perjuangan TOkGuru dan semua kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat selama ini hampir membuahkan hasil apabila kerajaan UMNO-BN terpaksa mengaku kalah dengan pemberian wang ihsan yang sepatutnya menjadi bayaran royalti kepada seluruh rakyat Kelantan. Walaupun UMNO-BN masih berdegil dengan jumlah yang diminta oleh kerajaan Kelantan iaitu berjumlah RM2 billion, tetapi pengumuman pemberian wnag ihsan dilihat sebagai suatu kemenangan moral kepada Kelantan yang selama ini sebenarnya dilabel sebagai negeri miskin di semenanjung Malaysia. Sekarang Kelantan dah hampir kaya walaupun kerajaannya masih tidka menerima sepenuhnya pemberian wang ihsan tersebut.

Apa yang lebih memeritkan ialah, Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN. Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani dilakukan oleh Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang. Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billion. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas. Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil iaitu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan. Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan. Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.

Sumber: harakahdaily.net

ISLAM dipermainkan

Lama tak berpolitik sejak sibook berfacebook dua tiga minggu kebelakangan nih. politik dan ISLAM tak dapat dipisahkan.

kita kini dibelenggu oleh pelbagai masalah tentang ISLAM,serangan terhadap org2 Islam Palestin terus-menerus berlaku dan yang terbaru ialah tentang isu kalimah ALLAH membelenggu Malaysia.






walauapapun, kita sebenarnya tak sedar yang ISLAM itu dipermainkan sewenang-wenangnya, hanya di depan kaca mata kita sahaja. sedih kan, mudahnya ISLAM dipermiankan sekarang. permainan bersandiwara yang wujud di depan mata kita ni pun masih lagi dikaburi oleh kebodohan manusia-manusia seperti kita.

lihat sajalah apa yang berlaku kepada 'first lady' negara iaitu Puan Seri Cantik ROsmah nan satu ini. seingat baru-baru ni,beliau dengan suami tersayang telah selamat menunaikan umrah di Makkah. tapi apa dah jadi sekarang takkanlah semasa umrah je kena pakai tudung. kemana perginya tudung tu selepas mengerjakan umrah dan yang penting sekali selepas balik ke Malaysia.takkan la panas sangat cuaca di Malaysia ni kot!


inilah muka depan Utusan Meloya hari ini!

sungguh menyedihkan jika inilah corak Islam satu Malaysia yang ingin dibawa dan diketengahkan oleh Rosmah kepada khalayak Islam Malaysiasetelah didokumentarikan semasa umrah di Makkah baru-baru ini. apa nak jadi ni, boleh ke kita berkata yang hanya semasa beribadat sahaja kita kena menutup aurat tetapi bila selesai beribadat contohnya solat, kita boleh buang tudung. kalau beginilah caranya, mautlah ISLAM di Malaysiakalau dibiarkan!

Nauzubillah...

PAS kembali bersatu!


Alhamdulillah...
Dah berakhir sessi percambahan minda sempena Seminar PAS tadi yang dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS seperti Tok Guru Hj Hadi, Tok Guru Nik Aziz dan lain2.
Ianya diadakan selepas kenyataan terbuka yang dibuat oleh Prof Aziz Bari baru-baru ini mengenai beberapa pemimpin PAS.
Syukur sebab pergolakan dalam kepimpinan PAS berjaya diharungi dengan baik.

Sebagai kesimpulannya, para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat. Para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu. Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya. Para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.

Sumber: Harakahdaily.net

UMNO menang RASUAH di Bagan Pinang!

Lama rasanya tak mengulas isu politik tanahair. Jadi kita ulas la sikit!
Dalam banyak2 ulasan mengenai kekalahan PAS di Bagan Pinang, saya tertarik dengan ulasan dari Dr Lo' Lo' Ghazali di harakahdaily.net...

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah. "Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tan Sri Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333. Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Dan saya percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang masih memperjuangkan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru sedikit masa lagi.