Alhamdulillah, dah lama rasanya nak buat mende ni. Tadi berkesempatan juga buat fan page tentang apa yang saya join dan usahakan selama. Cuma cara dan kaedahnya tak tahu. Tapi semalam terskodeng satu entry dari ciktom iaitu sahabat sekolah rendah dahulu mengenai cara membuat fan page pada blog.
Dalam masa tak sampai 5minit, siap juga fan page tu. Mula-mula tu ciktom ada tanya, awak nak buat blog awak ni private atau open. Kalau nak buat private kenalah letak password atau email login supaya setiap yang masuk kena login dulu dan segala yang saya tulis hanya orang2 berkenaan sahaja yang dapat baca dan tengok. Kalau nak buat open, takapalah. Semalaman pikir, akhirnya saya kata terpulanglah. Terima seadanya, kalau ada yang sudi baca blog ni, bacalah.Tapi saya tak suka nak promote-promote ni. Leceh sebab kena jadi blogger tegar untuk lakukan semua ni. Sesiapa boleh baca blog ni walaupun kadang-kadang ada terpikir juga yang blog ni dah macam diari je.
Ciktom ni memang banyak membantu dalam penerbitan fan page tu. Fan Page tu ade di sebelah. Namanya Herba Penawar Al-Wahida. Kalau nak tahu lanjut, klik je pada logo HPA tu.


