Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

BERSIH 2.0!!!



“BERSIH 2.0 telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan BERSIH 2.0 berjaya mencapai matlamatnya.

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas


Sumber: Harakahdaily.net

Pantai Batu Buruk

Ini kejadian air laut yang melimpah di Pantai Batu Buruk
di saat tragedi Tsunami melanda Jepun minggu yang lalu.
Ramai beranggapan ini adalah saki-baki tinggalan
yang telah melanda Jepun.
Video ini sebenarnya memberi pengajaran kepada semua
untuk sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.
ALLAH itu MAHA HEBAT.

p/s: Video ini khas untuk seorang kakak yang ingin menyaksikan sendiri fenomena alam yang maha hebat ini.

Isu Nasionalisme : Jawapan TokGuru Nik Aziz Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Futsal Interbatch Ex-SHAMS 2010

Berikut disiarkan iklan untuk Futsal Interbatch Ex-SHAMS 2010.

Kenyataan dari Admin:
Salam Silaturahim dari kami, Ex-SHAMS (2000, 2001 & 2002).

Kami sukacitanya menjemput semua bekas pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek ke pertandingan futsal interbatch yang akan diadakan di MPC UPM(Updated: Galaxy Futsal, Bangi (Map:click here), pada 1.1.2011 (Cuti New Year) jam 9.00 pagi, kemudiaannya diikuti Hi-Dinner beserta beberapa perancangan yang akan disediakan kelak.

Format pertandingan Futsal:
1. Setiap pasukan mempunyai 6 peserta, samada mengikut batch atau campuran, samada dari bekas pelajar atau keluarga terdekat.
2. Pasukan akan disusun oleh AJK untuk setiap batch ataupun anda boleh sendiri mendaftar di laman web (akan disediakan kelak)

Ajk Setiap Batch (buat masa ini adalah seperti berikut)

*untuk batch yang belum mempunyai wakil, diharap mendapat kerjasama dan cadangan dari anda

1998 – Areqim
1999 -
2000 – Safwan Ghani
2001 – Raimi Razak
2002 – Aniq

Hi Dinner – Restoran Taman Tasik Putrajaya
————————————————-
Dengan rendah diri, kami menjemput, Ex-Shams untuk bersama menghadiri majlis hi-dinner di Restoran Taman Tasik Putrajaya, aktiviti akan diupdate kelak.


p/s: Saya hanya siarkan iklan. Saya tak dapat hadir sebab menjalani Latihan Industri di Pulau Pinang pada 1hb tersebut. Sekian, terimakaseh.

Ranking 100 Blog dan Portal Politik Malaysia

Ranking Alexa Blog dan Portal Politik di Malaysia. Tranungkite.net menduduki tempat pertama diikuti Agenda Daily dan Parpukari ketiga. Tahniah buat semua pemenang.

Blog Alexa Ranking Malaysia



1 Tranungkite.net 131
2 Agenda Daily 404
3 House PK @ ParpuKari 418
4 Tukar Tiub 509
5 Gerakan Anti PKR @ GAP 559
6 The Unspinners 562
7 MyKMU 640
8 Chedet Blog 663
9 Anwar Ibrahim Blog 665
10 RBF 696
11 Pisau 759
12 The Flying Kicks 770
13 Perak Today – The Portal 812
14 Dr Novandri 821
15 Papa Gomo 933
16 Lim Kit Siang 961
17 Media Permatang Pauh 967
18 Taipingmali 988
19 Milo Suam 1,050
20 Kedah La Nie.. 1,163
21 Zulkifli Nordin 1,248
22 Pejuang Bangsa 1,305
23 Kelab Greenboc 1,326
24 Biaqpila 1,351
25 Anak Sungai Derhaka 1,417
26 Keris Putera 1,441
27 Gelombang Rakyat 1,450
28 Rocky’s Bru 1,535
29 Cina Islam 1,556
30 Ikut Suka Aku 1,589
31 Kita Gempur 1,720
32 MSO 1,777
33 McTheory- Kedah ke KL 1,820
34 Medan Info Kita 1,880
35 Warta Maya 2,006
36 AIDC 2,114
37 Haris Ibrahim 2,305
38 Darul Ehsan Today 2,375
39 UMNO Online 2,463
40 Semut Hitam 2,483
41 Malaysia-Instinct 2,519
42 Kerabu Bersuara 2,542
43 Panglima Perang Cyber 2,631
44 Ibnu Hasyim 2,657
45 Kerajaan Rakyat 2,679
46 Kickdefella 2,681
47 Din Merican 2,867
48 Blog PM Najib Razak 2,990
49 Selangor Daily 3,107
50 Azli Shukri 3,315
51 Gelombang Wangsa Maju 3,318
52 Ek-Ele Ada Ada je 3,399
53 Husin Lempoyang 3,480
54 Anak Seberang 3,570
55 Anwar Pembohong 3,688
56 Pengundi Setia Sg Rapat 3,721
57 Gunug Mat Cincang 3,746
58 Desperado 3,841
59 Celah Gelegar 3,860
60 Kedah Times 4,077
61 Wfauzdin 4,237
62 Gelombang Merah 4,280
63 Tulang Besi – Malaysia Waves 4,379
64 My Blog Hub 4,490
65 Sakmongkol 4,616
66 From Perak With Love 4,722
67 Big Dog 4,786
68 Bumiyang 4,790
69 Batu vs Kayu 4,921
70 Out Syed The Box 5,030
71 Blog Tamingsari 5,055
72 Badut Rakyat 5,464
73 Fakulti Siyasah Syariah 5,570
74 Apa Yang Tersirat 5,579
75 Warisan2057 5,590
76 Anil Netto 5,622
77 Penghuni Gua 5,666
78 Manjung Mari 5,686
79 Melayu Raya Daily 5,707
80 Perisik Rakyat 5,751
81 Cucu Tok Selampit 5,825
82 Siasah Daily 5,981
83 Gelagat Anwar 6,088
84 Aduka Taruna 6,198
85 Niamah 6,319
86 Bawean Termenung 6,426
87 Sahabat Gunung 6,570
88 Chegu Bard 6,682
89 Jeff Ooi 6,694
90 Dato Kadir Jasin 7,016
91 Rajahmas 7,057
92 Empayar Pemuda 7,152
93 UMB Penang 7,164
94 Jeffry Damien 7,190
95 Another Brick 7,191
96 Sanggul Melayu 7,355
97 Aku Budak Balun 7,515
98 Penarik Beca 7,578
99 Satu Melayu 7,860
100 Aspirasi Bangsa 7,876


*MERAH – Mesra Kerajaan | *BIRU - Pemimpin Politik Berblog | * HIJAU – Mesra Pembangkang | * HITAM – Neutral


Sumber: PerakToday

Salam EidulAdha 1431 Hijrah

الله أكبر,الله أكبر,الله أكبر
WALILLAH ILHAM...


Kepada semua kawan-kawan dan rakan-rakan taulan...
kepada ahli keluarga...
juga kepada pembaca setia blog saya ni...
suka rasanya saya mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA kepada semua.

Buat keluarga di kampung...
maaf tak dapat balik raya...
tugas menimba ilmu belum habis disempurnakan lagi...
sedih juga rasanya pertama kali beraya di perantauan.

Apa yang penting,
Jadikanlah ikhtibar kisah ketabahan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail...
yang saban tahun kita diingatkan dan diceritakan...
sebagai pengajaran yang berguna...
setiap kali tarikh 10 Zulhijjah tiba.

Ingatlah...
ketabahan dan pengorbanan Nabi Ibrahim tiada maknanya...
jika kita tidak mengambil ikhtibar akan peristiwa tersebut.

SALAM EIDULADHA 2010 dari saya...

Misi Kemanusiaan ke Kedah


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Dua hari yang telah lalu, saya dan sahabat-sahabat dari Jabatan Amal Serdang telah memberikan bantuan yang tak seberapa bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah. Walaupun kami lambat sampai menghulurkan bantuan dikala ramai sukarelawan telah datang membantu sebelum ini, namun pengalaman menceritakan kisah yang sebenarnya.


sukarelawan Unit Amal PAS...

Dipendekkan cerita, ternyata apa yang dihebohkan media terutama RTM dan Media Prima semuanya bohong dan fitnah karut yang dibuat ke atas kerajaan negeri Kedah. Apa yang berlaku pada dua hari kami disana ternyata menggambarkan keadaan sebaliknya. Tiada seorang pun penduduk berkata yang mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan Kedah. Kalau adapun cuma bantuan tu lambat sedikit untuk sampai kepada semua mangsa banjir. Malahan ada penduduk yang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak membantu dari segi wang ringgit dan juga tenaga manusia yang sememangnya susah dibekalkan oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO BN. Inilah yang terjadi jika kita hanya bergantung pada TV di rumah semata-mata.Media yang memainkan isu kononnya kerajaan Kedah tidak membantu ternyata menipu rakyat semata-mata tanpa mempedulikan perasaan dan rasa hormat kepada kerajaan Kedah. Tak hairanlah jika Menteri Besar Kedah sangat marah dengan tindakan beberapa media yang membuat liputan keadaan banjir di Kedah dengan menemurah mangsa-mangsa banjir di tepi jalan tanpa bertanya hal yang sebenar kepada kerajaan Kedah. Main hentam keromo je. Ini apa yang saya dapat tahu dari penduduk negeri Kedah sendiri.


sukarelawan dari Nisa'...


sukarelawan dari Briged Amal Selangor...

Sepanjang dua hari disana, masalah utama yang dapat dilihat ialah kurangnya alat untuk membuat proses pembersihan termasuk tenaga manusia yang sememangnya tidak mencukupi. Nasib baik ratusan sukarelawan dari Pakatan Rakyat dan NGO memberi bantuan mengurangkan beban semua mangsa banjir. Kami langsung tidak tahu dimana khemah bantuan dari UMNO BN dan lebih teruk lagi, ada penduduk kecewa dengan UMNO BN yang hanya membantu ahli-ahli mereka sahaja. Ada juga beberapa kedai barangan plastik dikatakan membuat jualan lelong kepada mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung. Tahniah diucapkan.


keadaan rumah seorang OKU...


kerja pembersihan dengan 'water jack'...


sepakat membawa berkat...


siap...

Kami disana pun cuma membantu sekadar yang termampu dengan membuat pembersihan ke atas rumah seorang OKU dan ibu tunggal. Rumah OKU tersebut ternyata sukar dibersihkan tanpa tenaga manusia dan alat yang betul seperti 'water jack' dan lain-lain. Selut basah yang tebal dan juga kering tidak mungkin mampu dibersihkan oleh OKU tersebut. Apa yang lebih memilukan bila melihat seorang ibu tunggal menyusun semula barangan yang telah rosak akibat terlalu lama ditakung air. Pelbagai barangan termasuk bekalan makanan dan pakaian
disumbangkan oleh orang ramai namun tidak semua barangan ini diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir kerana apa yang lebih diperlukan ialah sumbangan berbentuk wang ringgit dan tenaga manusia untuk membantu kerja-kerja membersih kawasan rumah.

seorang ibu tunggal menyusun peralatan yang rosak...


bantuan yang dihulurkan orang ramai di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut.

Dalam menghadapi keadaan banjir buruk tu, penduduk di Kedah sekarang sebenarnya sibuk dengan majlis memperingati mangsa-mangsa Memali iaitu tragedi menyayat hati yang berlaku pada 19 November 1985 semasa pemerintahan Mahathir dulu. Pelbagai majlis diatur sempena majlis tersebut yang diadakan setiap tahun di Kampung Memali. Solat hajat, membaca Al-Quran dan lain-lain diadakan sempena memperingati mangsa-mangsa yang terbabit.

Akhirnya kami pulang dengan jawapan konkrit dari penduduk bahawa ternyata semua fitnah dan hasutan pihak media sebelum ini adalah mengarut tentang kerajaan negeri Kedah. Dan yang terbaru, Sultan Kedah murka kepada media yang membuat liputan apabila memberitahu kerajaan Kedah tidak membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Sultan sungguh kecewa!

Sekian.


PAS kalah, PKR tak menang

Tahniah kepada calon BN yang berjaya merampas DUN Galas,
disamping mengekalkan parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar.
Kepada Pakatan Rakyat, PAS dan PKR jangan bersedih,
kita memang dah biasa kalah.
Ia tidak mengubah apa-apa kepada kerajaan PAS Kelantan.
Kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.


Macam biasa, ISLAM diketepikan bilamana kemenangan di pihak mereka!

yeah!!!


hooray!!!

PAS kalah...
PKR tewas...



Fenomena MaherZain!


Sape Maher Zain ni? Saya yang tanya dan saya akan jawab sendiri. Dia merupakan seorang rakyat Lubnan. Namun pada usianya 8tahun, dia dan keluarga telah berpindah ke Sweden dan proses pembelajaran Maher Zain pun beralihlah ke Sweden. Ketika usianya 10 tahun, dia telah mendapat keyboard pertamanya yang merupakan inspirasi untuknya bermain muzik. Dia juga merupakan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Bukan calang-calang orang nih!

Sejak dua menjak ni, orang Malaysia macam dah gila dengan fenomena nasyid dari Maher Zain. Ermm... Termasuklah saya sebenarnya. Lagu-lagu yang dibawa sangat berkesan dalam jiwa masyarakat kita ni, selain dari susunan rentak nasyidnya yang menarik. Kebanyakan remaja Islam mengenali Maher Zain ni. Bila ditanya,"kenal tak Maher Zain"...pasti mereka jawab "Mesti la!"..

Beberapa minggu sudah, banyak konsert Maher Zain dibuat di Malaysia. Tapi kerana harga tiket teramat mahal dan kesuntukan masa, tak dapat turut serta.

Sebenarnya, sejak dua tiga menjak ni juga saya sangat mudah untuk tidur bila mendengar lagu Maher Zain ni. Mulanya tak sedar kenapa mudah sangat nak tidur malam. Dua tiga hari ni baru perasan akan perubahan ni. Sebab setiap malam sebelum tidur, lagu Maher Zain nilah akan mengulit diri. Mujarab juga ubat tidur malam ni.

Jadi, kalau ada yang susah sangat nak tidur malam tu, cubalah cara saya ni. Namun terdapat lagi sebenarnya cara yang memudahkan kita untuk tidur seperti ambil wudhuk, selawat, mendengar alunan Al-Quran dan memaafkan kesalahan orang...

Selamat mencuba di tempat tidur masing-masing.

Islamic Festival Fashion (IFF)

Sungguh memalukan.
Rasa sungguh terhina dengan perbuatan sebegini.
Sanggup membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia.

Malas cerita panjang-panjang.
Inilah hasil naungan isteri PM ni...
sempena Islamic Festival Fashion (IFF) baru-baru ni.

Namun apa yang menyedihkan ialah...
kenyataan Ustaz Fathul Bari yang kononnya Ulama UMNO tu...
Melalui Malaysiakini,
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu. "Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata" .

Nama saje Ulama...tapi tak tahu nak bezakan penganjur dengan penaung.
Kalau tiada penganjur, tiadalah penaungnya!
Ulama muda Umno tu seakan cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.


Sering kali orang pertikai kenapa kita membantah perkara mungkar sebegitu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya? Kalau kita tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya Ulama dahulu? Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat.


Wallahua'lam....

tragedi 10.10.10

Allah Yang Maha Esa boleh menentukan apa sahaja...
Dia boleh melakukan apa sahaja yang diingini...
semua kehendakNya adalah betul dan sedikitpun tidak melencong dari tujuan asal...
menguji manusia sebagai hambaNya yang terpilih.
Itulah sebenarnya kuasa yang dimiliki tuhan semesta alam ini...
ALLAH Azzawajalla...

Semalam rasanya riang dan gembira menulis tentang uniknya tarikh 10.10.10...
Bermacam gaya dan ragam manusia menyambutnya...
Ada yang mengabadikan kenangan tarikh tu...
sebagai hari kawen atau bertunang...
Ada yang menyambutnya bersama ahli keluarga..
dan lain-lain.

Hari ni rasa cukup terkilan...terguris...sedih...kecewa...marah.
Semuanya berkaitan dengan tragedi menyayat hati...
yang berlaku di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan...
berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Apa yang boleh dikatakan...
CUKUP NGERI!

Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam...

WHO IS LEADING MALAYSIA TODAY???

Rasanya blog ni macam dah jadi diari hidup. Semua perkara dikongsi disini. Kalau boleh, apa yang dilakukan saban hari hendak dikongsi disini. Namun mungkin bukan semua perlu ditulis disini. Tak sesuai kot. Perkara yang patut dikongsi sewajarnya ditulis disini, yang tak patut perlu dibuang jauh-jauh...untuk dijadikan sempadan.

Tadi sesaje je boring melayari internet. Sumber rujukan terbesar seluruh umat manusia sekarang. Terjumpa satu gambar ni. Gambar yang sebenarnya hanya sebahagian daripada jutaan gambar dalam internet memaparkan kisah wanita ni.



Sekali tengok gambar ni hanya biasa sahaja. Tapi dua kali imbas baru perasan apa yang tersembunyi dalam gambar ni.

WHO IS LEADING MALAYSIA TODAY???

Anda jawab sendiri...

Ijtima' Tarbawi Pemuda-Pemudi Kebangsaan


1-3 Oktober ni sedang berlangsung Ijtima' Tarbawi Pemuda-Pemudi Peringkat Kebangsaan di Masjid Rusila, kampungku yang tercinta. Rugi rasanya tak dapat hadir sama-sama ke persidangan terbesar pemuda-pemudi ISLAM seMalaysia ni.

Ijtima' ini sebenarnya menghimpun 3500
jentera pemuda yang merupakan penggerak dan pengamal tarbiyah disemua peringkat organisasi Dewan Pemuda. Ia juga merupakan himpunan untuk memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda disemua peringkat [ Pusat , Negeri , Kawasan dan cawangan ].

Tentatif program:
1 October 2010
0945 pm - Majlis Perasmian oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

...2 October 2010
1100 am - Pidato tarbawi 1 - Pilihan raya dan Tarbiyah Jihadiyah oleh Al Fadhil Al Ustaz Dato Abu Bakar Chik , Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdullah

0900 pm - Pidato tarbawi 2- Palestin & Tarbiyah Jihadiyah oleh
1. YB Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
2. Ustaz Nasruddin Hassan
3. Ustazah Nuridah Salleh

3 October 2010

1000 am - Forum Tarbawi 2 - DPP dan Tarbiyah oleh
1. Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail (Dewan Ulama)
2. Al Fadhil Ustaz Hj Nik Zawawi Nik Salleh (DUP Pusat)
3. Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad bin Yahya (DPP Kedah)

"MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN"

Sekolah Harapan



Dah cukup rasanya beraya untuk 10hari tu. Sekolah MFI ni pun dah bermula kembali. Berlambak kerja yang tertangguh. Assignment... Projek..bnyaknya!

Tapi dah lama rasanya tak menulis pasal isu semasa ni. Sekarang mesti tengah heboh pasal kes pembunuhan ngeri Dato' Sosilawati tu. Takziah buat keluarganya yang menyambut Syawal dengan sangat mendukacitakan tahun ni. Takdir Allah takada siapa dapat halang.

Namun, satu lagi fenomena baru iaitu Sekolah Harapan juga tak kurang hebohnya, walaupun sedikit tenggelam dengan kes pembunuhan Dato' Sosilawati tu. Sebagai remaja rasanya terpanggil dengan bermulanya sesi persekolahan bagi Sekolah Harapan ni. Sampai sekarang aku masih bingung dengan halatuju, visi serta misi penubuhan sekolah ni. Sedangkan sekolah bakti yang sedia ada seperti di kampung aku tu sudah tak mampu nak tanggung jumlah kemasukan pelbagai permasalahan remaja saban tahun. Inikan pula diwujudkan sekolah khas untuk menempatkan remaja-remaja dan mungkin golongan dewasa yang hamil luar nikah. Semacam menggalakkan saja gejala hamil luar nikah ni dilakukan.

Baru-baru ni dah 5orang pelajar pertama diterima masuk ke situ. Mereka ni diharap dapat berubah sambil dapat menjalankan kehidupan biasa yang akan dibantu oleh kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan lagi ialah mereka akan menjadi senior bilamana ada kemasukan baru pada masa akan datang.

Mungkinkah lepas ni akan timbul suara-suara sumbang yang mengambil mudah masalah anak luar nikah ni. Apa yang dibimbangkan ialah mungkin lepas ni kaum Adam akan ambil mudah sahaja kalau dapat memuaskan nafsu masing-masing sebabnya Sekolah Harapan kan dah ada. Tak perlu la kot nak susah-susah atau bimbang ataupun takut-takut dengan apa yang dah terjadi. Nauzubillah...

Harap-harap Malaysia tak jadi seperti tu dan juga harap-harap tak akan wujud 'tempat-tempat HARAPAN' yang lain seperti Klinik Harapan, Hospital Harapan ataupun Kampung Harapan...

POLIS tembak orang awam


Sedih, kecewa pun ada mendengarkan kejadian ngeri ini.
Seorang budak muda, AminulRashid yang baru mengenal dunia diusia 15 tahun sudah meninggalkan dunia dalam keadaan mati yang tidak tersangka-sangka.

Bukannya menyangkal takdir dari Ilahi yang menetapkan ajal budak berkenaan, tapi dimana kredibiliti anggota POLIS MALAYSIA yang dikatakan berintegriti dan berdisiplin setaraf polis antarabangsa. Sebelum ini, aku sentiasa berasa kurang percaya yang POLIS MALAYSIA suka sangat menendang atau memukul orang bila orang yang ditahan itu dapat ditangkap. Mungkin ingin melepaskan geram dengan penat lelah mengejar orang yang ingin ditahan.

Melihat kepada salinan report berikut mengukuhkan lagi kenyataan bahawa POLIS MALAYSIA ni seperti yang didakwa.

SALINAN REPORT KAWAN ADIK AMINULRASHID
"Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…"

Salam 1Malaysia!!!

Al-Fatihah buat Achik Spin


Namanya tak usah disebut kepada peminat seni Malaysia.
Pasti yang ramai mengenalinya.
Semalam kita dikejutkan lagi dengan kehilangan sebutir bintang
dengan kembalinya Achik sebagai penggiat seni negara.
Beliau pergi meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Beliau terbunuh setelah keretanya terbabit dalam kemalangan di lebuhraya ketika hendak pulang ke rumahnya di Negeri Sembilan.

Teringat lagi lagu-lagu merdunya seperti Buah Hati Diambil Orang, Malam Semakin Dingin dan Utusan Rindu yang pernah suatu ketika dulu menjadi halwa telinga aku.

Pemergiannya mengikut jejak Din Beramboi yang baru sahaja pergi meninggalkan kita.
Nampaknya, sekarang musim artis meninggal dunia.
Innalillah.

Moga dirinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin....

Malangnya Malaysia jadi PakTurut Amerika!

Sedih dan pilu bilamana negara kita, yang dilabel sebagai kononnya sebuah negara Islam tidak berpendirian tegas dalam isu keamanan sejagat atau lebih tepat lagi disebut isu nuklear.

Malang...Malang....dan Malang!!!! Amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Sehinggakan Agensi Berita Asing, AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran. Kalau apa yang dikatakan AFP itu benar, maka Perdana Menteri seharusnya menjawab tuduhan tersebut, tetapi malangnya dan amat malang sekali, Perdana Menteri senyap seribu bahasa. Sama lah juga dengan isu royalti minyak, Perdana Menteri kelu tak berjawab!

Kita seharusnya mengambil sikap yang sama dengan Republik Turki yang konsisten, berani dan tegas bahawa hak penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan tidak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Apa yang paling dikesalkan ialah regim zionis haram Israel yang terbukti telah dan sedang bertindak ganas tanpa batas tamadun manusia pula dibiarkan bermaharajalela dengan mempunyai teknologi nuklear sekian lama tanpa pula dikecam oleh mana-mana pihak di Washington.

Apa yang lebih buruk ialah dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia yang sentiasa 'lemah-lembut' juga telah gagal untuk menyuarakan tekanan kepada regim zionis Israel dalam persidangan Nuclear Summit 2010 di Washington sekarang ini.

Inilah yang sebenarnya menjadi punca krisis keamanan dunia di waktu ini iaitu ISRAEL LAKNATULLAH bermaharajalela di muka bumi Allah ini.

Al-Fatihah buat Din Beramboi


Arwah sentiasa membuat kita ceria.
Walauapapun perasaan kita, beliau tetap menghiburkan kita seadanya beliau dahulu.

Rasanya masih belum terlambat untuk buat ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri di atas pemergian insan teristimewa ciptaan Allah itu.

Beliau pergi meninggalkan kita pada 2 April yang lalu setelah hampir 4hari bertarung dengan nyawa di Hospital Selayang.

Begitulah cerita kisah suka-duka manusia. Allah tidak pernah sesekali 'berlawak' apabila mengambil nyawa setiap umatNya. Tak kira siapa beliau dan tak kira dimana beliau berada. Apa yang disedihkan ialah, Allah mengambil nyawanya tatkala beliau masih mampu bergelak ketawa bersama semua orang. Bukan menyangkal kuasa Allah, tapi itulah bukti Allah mampu dan boleh berbuat apa sahaja walau umatNya di dalam keceriaan sekalipun.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin...

Sultan Pahang silap ke?


Peminum Arak diberi hukuman menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat?
Macam tak logik aje.
Betul ke ni wahai Sultan Pahang, ampun jika patik tersalah kata.

Seorang peminum arak iaitu bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dikenakan hukuman tersebut di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan selama 3 minggu.

Pada asalnya, dia dikenakan hukuman 6 sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang tetapi atas alasan apa, dia dikenakan hukuman sedemikian, walhal dia sendiri meminta dikenakan hukuman berdasarkan Hukum ISLAM. Dia juga pernah berjumpa TokGuru Nik Aziz untuk mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai hukuman yang dirayunya itu.

Adakah Sultan Pahang berdosa dalam isu ini, kerana jika sesuatu Hukum Islam dijatuhkan, tiada siapa yang boleh menghalangnya atau memindanya waima Ketua Negara sekalipun. Merujuk kepada artikel ini , Sultan Pahang dan Muftinya adalah berdosa dan perlu bertaubat.

TokGuru selamatkan org lemas


Sebenarnya, tak ramai yg tahu psal benda ni.
Tuan Guru Hj Hadi menyelamatkan orang lemas.
Bukalah suratkhabar harian kalau ade(erm..ade kot), tp kalau anda beli harakah pasti anda akan tahu.

Inilah kehebatan jiranku, yang sememangnya dikenali dgn sikap baiknya selain petah berbicara mengenai Islam.
Waktu sebelum kejadian Tok Guru sedang memancing kat tepi pantai dengan cucu-cucunya. Selang beberapa minit lepas itu, kedengaran orang minta tolong memberitahu ada orang lemas.
Dalam suasana kalut ini, Tokguru sendiri hendak turun ke laut tetapi dihalang oleh keluarganya.


~aksi menyelamat~

Ekoran itu, anaknya Abdul Rahman, 28 tahun, yang berenang ke laut dan menarik ke tepi. Abdul Hadi bersama anaknya Khalil dan menantunya Zaharudin kemudiannya sama-sama terjun ke laut dan membawa mangsa ke pantai.

Itupun, Tokguru tenggelam sekali apabila dipukul ombak besar.
HEBAT kan???